Wednesday, 31 October 2012

makan2 bbq...



hohoo...malam tadi sangat best sb jo ajak aku join family die makan2. Mula2 sangat malas nak g tapi bila da sampai uma die tgk sedap je smua makanan..he

Bbq daging kambing + ayam + ikan kerisi...segar2 smua. Penoh la perot aku layan makanan tuh. Alhamdulillah, rezeki aku.

Smua adik beradik die ade n drg masih lg excited n teruja ngan johor, ni smua gara2 masa majlis tunang aku arituh sempat la drg g johor premium outlet n air hitam. Itu pon drg da teruja lg la kalo aku bawak kat banyak lg tempat best. K.norma siap shopping handbag fossil lg. Drg x sabar nak g johor lg...dasyat2..he

Harap sangat family aku pon nanti leh spend time together wat bbq cam drg wat nih. Meriah n sweet jer bila smua berkumpul. Jo da volunteer da nak jadi pengerusi majlis bbq bila da bersama family aku nt. Semoga ngan kehadiran dia dalam family aku nt memberi kebaikan.

Mak die sempat tapau kan aku gulai kambing + tapai yg dibungkus ngan daun getah n gula 2 paket. Best jugak la sebab family die x kedekut nak tapau2 kan makanan tok aku..he

Monday, 29 October 2012

Summarize e-day...

Summarize majlis pertunangan aku...


1. Gubahan 9 dulang hantaran smuanya DIY. sangat puas hati n jimat jugak..he

2. Pelamin aku amek dari Butik Andaman Melrose. Cantik n sangat sweet. Macam berkira2 nak amek jugak ngan diorang time kawin. Layanan n service best jer..

3. Makanan n kanopi smua ude n mak yang setelkan. Nasi beriani johor, best je tgk drg makan ngan berselera...he


4. Kerjasama family aku n org2 sekeliling sangat la aku hargai sb tanpa mereka pasti majlis aku x semeriah ini. Big thanks n sayang korang smua...hu




i'm engaged....



wooohaa...Alhamdulillah sabtu lepas (27/10/12) aku selamat da jadi tunangan org. Majlis berjalan dengan sangat lancar seperti yang dirancang. Paling bersyukur sangat petang selepas majlis hujan turun...aku anggap sebagai hujan rahmat. Aminn.

Jam 1130am pihak lelaki sampai dan berbincang hampir setengah jam then diadakan terus majlis bacaan tahlil tok arwah abah n abang aku n doa selamat bagi kelancaran majlis. Masa tahlil ni sangat sedey sebab terkenang kat arwah abah.

Setel je tahlil n doa selamat, mak panggil aku yg dari tadi dok tg kat bilik. Thanks to my bff yang sanggup menemani aku kat bilik sama gak kat adik aku shida. Tukang amek gamba peribadi aku tuh...he.  Selama duduk tunggu kat bilik tu xde la nervous pon tapi bila disuruh kuar tok sarung cincin tiba2 lak tangan aku mengigil. Seb baek hand bouquet tu dapat cover kalo x sah2 bakal mak mentua aku tu gelak jer. Mak Jo ni sporting giler sama je cam mak aku so senang aku nak closed ngan die.

Sementara rombongan pihak lelaki makan, aku lak x benti2 tangkap gamba ngan sedara mara n bff aku. Letih jugak kan. Camner la nanti time bersanding. Confirm lagi letih.

Jo turut join amek gamba. Ramai la yang dok mengusik. Tahan gelak je masa nih. Setel amek gamba pihak lelaki beransur balik. Jo je tinggal tok amek gamba ngan kuarga aku. Adil n saksama. Aku pon pelik gak masa die x ikot family die balik. Lastly baru aku tau die nak amek gamba ngan pihak aku jugak. Suka sangat sb awal2 da tunjok sikap adil ngan aku. Ni yang makin sayang kat en.tunang nih...he

Rombongan lelaki terus balik ke kuantan pas jalan2 shopin kat air hitam. Sementara kat uma aku lak masih x putus2 saudara mara datang. Syukur sangat majlis meriah n ramai yang hadirkan diri. Xde la makanan terbazir begitu sahaja.

Semoga ikatan pertunangan ini diberkati n dipermudahkan urusan jodoh kami hingga menjadi halal. Org kata dugaan bertunang ni dasyat, harap sangat dugaan kami kelak dapat dilalui dengan baek n berhemah....aminn.



Tuesday, 23 October 2012

Aidiladha...




26 aribulan nih umat islam akan menyambut AidilAdha.

Semoga semua umat mukmin yang mengerjakan ibadat haji sentiasa diberikan kekuatan dalam melakukan ibadah bagi mendapatkan haji mabrur. Amiin...

Indahnya beribadat di rumah Allah. Sangat merindui suasana disana ketika aku menjejakkan kaki di tanah haram bagi mengerjakan ibadah umrah. Smoga kenangan dan keindahan itu dapat aku rasai lg bersama insan2 yang aku kasihi.

Untuk mendapat kan pahala di bulan mulia ini tekadkan la diri untuk berpuasa sunat hari Arafah hari khamis nih. Smoga aku berpeluang merasai nikmat puasa dan ganjaran pahala itu...amiin.

Kelebihan puasa hari Arafah...


Rezeki + Ujian....

"Janganlah terlalu memikirkan tentang rezeki kerana ianya telah dijamin oleh Allah, sebaliknya curahkan perhatian kepada ibadat kerana itulah yang menjadi bekalan di akhirat kelak..."



Kata2 ni aku dapat dari facebook. Aku sangat yakin ngan kebenaran kata2 ni.Bila da melalui ujian Allah aku yakin rezeki itu memang ketentuan dari Allah. Usaha lah kita bagaimanapun jika bukan rezeki kita tetap juga tidak memilikinya. Usaha itu jalan untuk memiliki sesuatu tetapi ketentuan Allah itu adalah lebih besar.


Ibadat yang bersungguh atau istiqamah adalah jalan sebenar kepada bukanya pintu rezeki untuk kita. 


Aku sendiri kadangkala terlintas, bagaimana org yg tidak beribadat kepada Allah tetap mendapat rezeki iaitu rezeki dari kemewahan, rezeki dari pasangan hidup yang cantik atau hensem, rezeki memiliki pekerjaan n kawan2 yang ramai. Mereka sangat disenangi oleh org2 sekeliling. kenapa ekk Allah tetap bagi drg rezeki sedangkan drg xpenah pon nak beribadat, maksud aku solat. Bila tgk org yang beribadat ni atau tawaduk kepada perintah Allah, kehidupan mereka kebanyakan nya x mewah mana pon. 


Aku rasa bukan aku je kot yg terlintas camtu, ramai lagi yang bila ditimpa kesusahan dan melihat org2 terdekat ngan kita bahagia n mewah mst terasa mende yang sama. Terasa jeles je kan....huu


Dalam aku dok terfikir mende camtuh, tiba2 aku terbaca berkaitan artikel agama n ada menerangkan berkaitan keraguan hati aku nih. 


Artikel from iluvislam...


Ada kalanya ujian yang menimpa berbentuk kesenangan – kemewahan hidup, kejayaan dan sebagainya. Kesenangan seperti ini walau dilihat bukanlah sesukar ujian kepayahan dan keperitan hidup, namun hakikat ujian ini tidak kurang cabarannya. Seseorang yang diuji dengan kemewahan hidup, memiliki harta yang melimpah ruah dan kekayaan yang berganda tentu sahaja perlu memikirkan bagaimana dan ke mana perlu disalurkan wang dan harta yang dimiliki. Adakah untuk kegunaan sendiri dan keluarga semata-mata atau terfikirkah untuk menginfakkan ke jalan Allah?
Kesukaran dan kepayahan dalam hidup juga sebahagian dari ujian. Walau nyata berbeza sebagaimana ujian berbentuk kesenangan, realitinya ini adalah ujian, yang akan menguji tahap keimanan seorang hamba. Perjalanan hidup bagi seorang manusia lazimnya akan melalui berbagai cabaran dan dugaan. Untuk meneruskan kehidupan sebagai seorang insan, memerlukan perjuangan yang berterusan tanpa noktah. Hatta untuk mendapatkan sesuap nasi bagi mengalas perut sekalipun, memerlukan perjuangan, berkorban tenaga dan masa. Itulah perjuangan yang menuntut infiniti pengorbanan.
Allah berfirman kepada malaikat-Nya:"Pergilah kepada hamba-Ku. lalu timpakanlah bermacam-macam ujian kepadanya karena Aku mahu mendengar suaranya
(Hadis Riwayat Thabarani yang bersumber dr Umamah r.a)
Begitu juga ujian kesusahan dan kemalangan yang menimpa diri. Di sinilah ukuran keimanan yang sebenar bagi seorang mukmin.
Kehidupan merupakan satu medan ujian bagi hamba yang beriman, sehinggalah saat dan tikanya lambaian kematian menjelma. Kematian juga adalah sebahagian dari ujian setelah melalui detik perjalanan sebuah kehidupan yang telah ditetapkan. Kematian inilah saat yang tak mungkin dimungkiri dan dihindari walau seorang menteri, pegawai tinggi, hinggalah rakyat biasa. "Di mana sahaja kamu berada, kematian akan mendapatkan kamu.
Dialah sang Pencipta. Adalah hak-Nya untuk memberi ujian bagi hamba-hamba-Nya. Dia bebas dan tidak dibawah perintah siapapun dan Dia melaksanakan apa yang Dia kehendaki sesuai Kearifan yang dimiliki-Nya. Tak ada apapun yang dapat memerintah Dia, justru Dialah yang memerintah semuanya - dan Dia memerintah kan kita untuk melakukan kebaikan dan menjauhi keburukan.
أَحَسِبَ ٱلنَّاسُ أَن يُتۡرَكُوٓاْ أَن يَقُولُوٓاْ ءَامَنَّا وَهُمۡ لَا يُفۡتَنُونَ وَلَقَدۡ فَتَنَّا ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِهِمۡ‌ۖ فَلَيَعۡلَمَنَّ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ صَدَقُواْ وَلَيَعۡلَمَنَّ ٱلۡكَـٰذِبِينَ
Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji orang-orang yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta."
(Surah Al-Ankabut 29: Ayat 2-3)


Jangan cakap besar...

Hari ni nak tulis isu cakap besar atau terlepas cakap dalam kehidupan kita. Smua org ade pengalaman ni. Untuk kehidupan aku nih ada dua perkara yang sangat jelas kini hasil dari cakap besar atau kata2 yg sangat x sedar diri atau terlepas cakap sb xsuka nak berpikir bila nak cakap. Hasilnya adalah kehidupan aku yang aku lalui skarang.

Dua perkara ni aku rasa yg terbesar  n terjelas skali dalam penglihatan n penghayatan hidup aku. Kisahnya bermula dari zaman aku belajar lagi. Pengalaman pertama ialah pasangan hidup. Aku igt lagi dari kecik sampai la zaman x berapa nak muda nih aku mmg pantang atau x gemar nak berkasih ngan lelaki yang lebih muda dari aku. Rasa sangat pelik. Bila yg kita xsuka tu la yg slalu dtg kat aku. Smua yg lebey muda aku anggap adik n tolak dr menjadi gf drg. Xleh nak ubah da walaupon drg mencuba dengan pelbagai cara sebab aku da semat dalam diri xmo pasangan lebey muda. Ngan smua org pon aku cakap aku xmo n xkan berkasih ngan org lebey muda. Sb ape aku berlagak camtu skali. Ini smua gara2 aku dapat ape yg aku nak iaitu bf yg lebey berusia dari aku ngan jarak 2 thn n paling xpon sebaya.

Siapa la aku nak menidakkan kuasa Allah yang Esa. Bila bercinta ngan org yg lebey tua atau sebaya ngan aku smuanya x kekal. Ada je masalah yang timbul. Akhirnya pilihan aku adalah pasangan lebih muda. Malu sangat nak bgtau kat smua org yang aku bercinta ngan org lg muda nih. Paling terasa bila insan2 lebih muda yg usha aku dulu tu dok ungkit n perli2 kat aku. Nak wat camner kan aku da cuba elak tp Allah da tetapkan yg terbaik tok aku ialah insan yg lebey muda ni ar. Kdg2 aku terfikir gak ni smua balasan dari aku kecewakan perasaan insan2 yg lebey muda dari aku sebelum nih. Hakikatnya, xbetol pon smua tuh. Aku anggap smua ni petunjuk n rahmat dari Allah tok aku supaya aku x membenci sesuatu dengan bersungguh-sungguh sangat.

Walaupon Allah kurniakan pasangan lebey muda tapi aku x pernah rasa die muda dari aku sb kematangan pemikirannya. Die pon sangat memahami aku n penyabar sb aku jenis hangin n mood swing sket tapi die tetap cool n tau nak handle perangai giler aku nih. Da sayang kan smua nampak cantik  n indah jer. Harap sangat aku dpt lalui kehidupan yg baek bersama dia n xnak melalui trauma2 org yang berpasangan muda seperti yang aku dengar n baca. Andai aku melauinya pasti itu adalah ujian Allah untuk aku...hanya kekuatan yg aku pinta. 

Pengalaman kedua atau mende kedua yg aku benci tapi skang aku mendapat ialah kerja bersama tentera. Dulu zaman aku amek diploma aku ade join wataniah. Pasukan sukarelawan tentera. Bila aku da bercampur n g kursus wataniah nih, hati aku terus terdetik xmo da keje atau terlibat secara langsung atau x langsung ngan tentera. Aku xsuka n aku benci....

Tapi mmg da tertulis n pengajaran dari Allah untuk membuktikan sikap x baek aku tuh. Skang ni Allah beri aku rezeki pekerjaan bersama tentera. Aku bekerja ngan private company tp opis aku dalam kem tentera. Mula2 kerja aku rasa lemas sangat namun disebabkan kerja ni berkaitan ngan system n ia system pertama di Malaysia untuk flight training. Aku gagahi juga perasaan n diri aku untuk bekerja disini. Cuma aku bersyukur sb kerja aku x memerlukan aku 24 jam bergaul ngan tentera cuma terlibat secara x langsung dalam latihan penerbangan mereka jer. Nasib baek..he

Bila da ade pengalaman sendiri nih, aku kini lebih berhati2 dalam berbicara n meletakkan kebencian. Bimbang gak andai  kebencian kepada sesuatu itu menjadi milik aku suatu hari nanti. Besyukur adalah kata kunci yang aku pegang. Bila aku bersyukur dengan apa yang aku miliki jiwa aku lebih tenang. Rezeki, ajal n maut segalanya Allah yang tentukan. Lalui lah kehidupan dengan ketenangan tanpa memikirkan perkara yang negatif dalam kehidupan. Yang penting smile....

Firman Allah " Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahui"....





Tempat membeli barang hantaran di kuantan...

Membeli barang2 gubahan hantaran kat pahang ni senang aku kira. Harga amatlah berpatutan since aku da g survey kat air hitam, johor yg org dok cakap murah sangat tuh hakikatnya kat kuantan ni aku leh dapat harga yg lg menjimatkan.

Aku sangat bernasib baek sebab dapat menjumpai kedai2 yg menjual barang2 yg lengkap dan murah nih dengan cepat tanpa perlu nak survey2 selama berminggu-minggu. Kerja itu sangat leceh bagi aku. Kalo aku kat kg ni kompem2 x abis survey barang lagi sb terlalu banyak sangat kedai n pilihan. Bila mata jadi rambang adalah satu masalah besar untuk mereka yg mementingkan budget seperti aku. Rasa bersalah kalo x g smua kedai takut2 mereka tawarkan harga lagi murah dari tempat yg kite beli. Bila kat kuantan nih, kedai x banyak sangat so sng nak decide beli kat ner...hee.

Antara kedai2 yg aku da survey kat kuantan nih yg jual barang2 gubahan hantaran ialah:


SSF Kuantan, kat sini mmg banyak je pilihan n barang pon cantik2 tapi standat harga x menepati piawaian poket aku. In the end aku beli bowl yg sangat cantik tok makan megi kat sini...he

Yang ni lak small garden. Skang ni die da ade dua cawangan da. Dua2 pon aku pergi walaupon sama je barang yg dijual tp cawangan baru tu lebih selesa sb lagi besar. Tempat ni la aku borong smua kelengkapan tok hantaran aku sb cantik n murah. Sesuai ngan budget n citarasa aku...he


Ni lak cowboy yang menjual barang2 borong secara murah. Barang2 kelengkapan tok gubahan hantaran n souvenier pon ade jual gak kat sini. Mmg sangat murah especially bakul2 n dulang hantaran. Plan tok nikah nak beli kat sini jer. Kat sini tok bunga-bungaan x banyak pilihan kecuali bunga telur je yg banyak. Lepas survey smua barang kat sini akhirnya aku beli coklat n sweet tok goodies bag aku. Berbaloi la beli kat sini...Jimat banyak..he

Alamoda plak g tok membeli kain balut gabus yang aku beli kat small garden tuh. Aku x balut ngan kertas sb rasa x best plak. Harga kain kat sini affordable n banyak pilihan. Selain alomada aku da survey kat kamdar tp warna kain yg aku nak xde so alamoda telah menjadi hero dengan adanye kain pilihan aku...hee

Smua kedai2 ni aku akan g smula tok shopin barang2 nikah nt. Senangkan bila da survey n tau kat ner nak dpt kan barang. Nikah nt leh la wat muka lg cool...he













Monday, 22 October 2012

Shopin Barang Hantaran

Sabtu pagi aritu mood rajin aku mmg dasyat giler. Dengan keazaman yang tinggi tok menyiapkan gubahan hantaran aku pagi2 lg da kluar tok membeli segala barang yg aku da list kan. Idea da ade takot bila aku tangguh2 nt hilang lak idea bernas aku nih...he

Sampai je bandar aku terus tuju ke small garden dekat ngan ssf kuantan nih. Sini besar sket n banyak pilihan tok aku selain staff die yg ramah sangat. Aku suke. Smua yang aku nak dapat dalam sekelip mata. Jimat masa aku. Barang2 kat small garden je duit aku abis rm123. Ok la kan tok 9 dulang hantaran. Ni pon x smua mende kot aku guna terutama skali renda2 nih. Geram jer aku tgk smuanyer cantik2.

Pas g small garden aku g plak alamoda tok beli kain warna dark purple tok balut akunyer gabus. Xnak guna kertas sb x cantik dimata aku selain pilihan warna yang aku nak xde. Carik2 punyer carik kat alamoda tu akhirnyer aku jumpe warna kain yg aku nak kat bahagian langsir. Sangat2 happy sb kain tu da tinggal last piece. Aku nak semeter je tp da tinggal 2m so aku rembat je sb salesgirl tu bg aku diskaun. dapat la 2m kain RM24. Murah la kan sb kain tu cantik n lembut.

Setel je kat Alamoda aku g plak cowboy tok beli barang2 tok goodies bag aku. Mak soh beli coklat n gula2. Aku pon beli je la ape yg aku suka makan n sedap. Aku beli coklat + gula2+swiss roll cake+jelly smuanyer tok 100 pax tp lebey je aku rasa nih. Total kehabisan duit ialah RM98. Complete da siap ngan plastik tok isi barang2 nih. Sangat jimat n berbaloi aku rasa..he

Pas abis keje kat cowboy jo tepon lak n bila die tau je aku kat banda die ajak lunch sama2. Aku on jer sb perot pon da lapo n duit pon banyak abis so kalo org blanje mkn dapat la gak release akunyer stress n kepenatan shopin nih...he

Lepak makan kat Nasi Ayam Hainan. Tempat kegemaran die. Aku ajak makan chicken rice shop kat ecm pon die xnak. Lama gak la menghabiskan masa mkn tuh. Standat la kan bila da jumpe mmg banyak je la cerita yg kuar. Aku sampai lupa da mission aku nak wat gubahan ptg nih bila da jumpe yg tersayang nih...hee. Gedik sungguh. Die xcited ajak aku kuar mkn rupa2 nyer nak soh test cincin. Akhirnya die bg gak aku test before majlis. Penat pujuk nih...he. Cantik je cincin die pilih. Simple n sweet. Die beli emas gak sb die ckp rugi kalo beli white gold. Btol la kan sb white gold bukan leh gadai pon. Bukan nak jual sgt cincin2 yg die bagi tuh tp mana la tau kot terdesak satu hari nt. Harus la berfikiran panjang n jauh kedepan.

Sampai je uma sambil layan hindustan aku siapkan packing tok goodies. Sampai kol 6 gak la setel. Rehat jap layan cite korea.

Malam sambil layan bola aku balut gabus2 tu ngan kain purple. Abis bola abis gak akunyer keje. Sok tinggal hias ngan renda2 n bunga. Pantas gak aku wat keje nih tapi penat usah cite la. Dengan tgn yg hampir nak melecur maen ngan gam tembak tuh. Pengorbanan n pengalaman untuk b2b cam aku kot. Lega je rasa biler sebahagian keje da setel. Tidur lena aku malam tuh...zzzzz

Isnin..

Pagi isnin yang suram akibat dari hujan lebat berpanjangan dari malam tadi. Kawasan aku n sekitarnya nampak sangat suram n mengakibatkan mood aku tok g tempat keje pon suram jugak...alasan konkrit malas bekeje...hee

Selepas menghadapi cuti sabtu ahad yang penuh dengan aktiviti akhirnya hari ni da stat keje. Pagi selepas pekena kopi o cik nora mata aku terus segar n dapat la siapkan keje2 yang tergendala sebelom nih. Smua da setel. Cuti Aidiladha kali nih tenang la sket sb smua keje2 opis aku da siapkan. Sangat berdedikasi..

Breakfast hari nih ditaja oleh en.omar dengan baek hati telah blanje kitorang roti canai telur yg sangat sedap. Kenyang perut n keje pon smua da setel mula la stat stalker fb org n usha2 butik2 online nih. Aritu da terbeli tudung online hasil hasutan adik aku tuh. Barang x nampak lg sb pos guna alamat kg. Balik raya nih leh la bergaya ngan shawl baru. Mesti gorgeous giler...ekekke


Friday, 19 October 2012

Tertinggal Solat Atau Terlupa Solat Dan Ingin Qada Solat Yang Tertinggal ?



Bagaimana cara untuk qada solat atau sembahyang yang tertinggal? apa hukumnya qada solat? bolehkah solat di qada? jika sengaja atau tidak sengaja meninggalkan solat atau sembahyang bolehkah di qada?




Topik kali ini, membicarakan perihal mengqada solat dan hal yang berkaitan dengannya. Ini bertujuan agar dapat memberikan kefahaman yang sebenar daripada ajaran syariat al-Quran dan Sunnah mengenai apa itu qada solat dan atas sebab apa seseorang itu dibolehkan mengqada solatnya.

Perkara mengqada solat dirasakan penting untuk diterangkan kerana ada segelintir yang membuat fatwa peribadi bahawa solat itu boleh diqada sahaja jikalau berhadapan dengan sebarang bentuk kesukaran atau keuzuran tidak kira sekecil mana dua faktor penghalang tersebut.

Profesor Madya yang juga Koordinator Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Nor Mamat berkata, secara asasnya tidak timbul istilah qada solat dalam sejarah, sebagaimana yang difahami masyarakat Muslim pada hari ini sebagai menggantikan solat yang ditinggalkan.

Menurutnya, hukum meninggalkan solat fardu adalah berdosa dan solat hanyalah diwajibkan untuk Muslim melaksanakannya pada waktu yang ditentukan untuknya.

“Contohnya, tidak ada kewajipan solat Zuhur pada waktu Asar, begitu juga tidak diwajibkan solat Maghrib pada waktu Isyak. Bagaimanapun, konsep qada solat ini boleh terjadi dalam keadaan tertentu.

"Sebenarnya tidak timbul hukum qada solat, kerana solat adalah ibadat khusus yang difardukan ALLAH pada waktu yang ditentukan, dan ia tidak diwajibkan pada waktu yang bukan waktunya,” katanya kepada Sinar Harian.

Firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang yang beriman, yang tertentu waktunya.” (Surah An-Nisa’ : 103)


Kes tertentu

Mohd Nor berkata, hukum yang mengatakan boleh menangguhkan solat kemudiannya qada adalah tidak wujud dalam fiqah Islam kerana meninggalkan solat itu adalah berdosa. Bagi memudahkan untuk difahami katanya, asalnya hukum qada solat tidak wujud. Tetapi bagi kes tertentu seperti tertinggal solat disebabkan kelalaian yang di luar kawalan seperti tidur dan lupa, maka solat tersebut wajib segera diganti (qada) apabila terjaga dan teringat.

“Sementara dalam kes tertinggal solat sebab sengaja, ulama secara sepakat mengatakan wajib qada solat yang ditinggalkan secara sengaja, dalam keadaan tetap dikira berdosa,” jelasnya.

Selain itu, ditanya sama ada mengqada solat ini memang ada dalam Islam ataupun tidak, Mohd Nor berkata, asalnya tidak wujud. Namun dalam konteks untuk mudah difahami masyarakat hari ini, qada solat boleh berlaku pada beberapa suasana iaitu:

- Apabila tertinggal solat secara tidak sengaja, maka wajib terus ditunaikan solat tersebut apabila tersedar atau terjaga dan ia tidak berdosa. Terdapat dalam Islam arahan segera menggantikan (qada) solat yang tertinggal disebabkan oleh kelalaian di luar kawalan kita seperti terlupa, tertidur dan sebagainya, walaupun waktu solat tersebut telah pun berlalu.

- Apabila ditinggalkan solat secara sengaja, jumhur ulama sepakat mengatakan wajib digantikan solat tersebut tetapi ia tetap juga berdosa. Terdapat juga pendapat seperti Ibn Taimiyyah yang mengatakan tidak perlu mengqada solat yang ditinggalkan secara sengaja.

Beliau berkata, anggapan bahawa meninggalkan solat dengan sengaja dan boleh menggantinya pada waktu yang lain asal saja kewajipan itu tidak terus ditinggalkan atau dilupakan adalah satu anggapan yang salah dan bertentangan dengan fardu solat.


Waktu qada

Mengulas lanjut mengenai waktu mengqada solat, Mohd Nor menjelaskan sebaik sahaja seseorang itu tersedar daripada lupa atau tidur, maka hendaklah dia tunaikan solat tersebut dengan segera. Begitu juga mengikut jumhur ulama yang mengatakan wajib bagi Muslim mengqada solat yang ditinggalkan dengan sengaja, maka perlu disegerakan qadanya sebaik sahaja dia sedar dan bertaubat.

“Banyak juga kes yang saya temui kalangan mereka yang tidak bersolat sejak sekian lama, tetapi kemudiannya bertaubat dan bertanyakan mengenai waktu yang sepatutnya mereka qada solat yang ditinggalkan.

"Dalam hal solat yang ditinggalkan sekian lama, kebanyakan ulama mencadangkan supaya dibuat anggaran jumlah yang ditinggalkan dan diganti (qada) secara beransur-ansur mengikut kelapangan waktu.

“Terdapat juga sebahagian ulama yang berpendapat tidak perlu qada solat yang telah lama ditinggalkan, memadai dengan bertaubat dan perbanyakkan solat sunat sebagai ganti,” katanya.

Pada zaman Rasulullah, ketika perang contohnya, alternatif yang digunakan untuk menggantikan solat mereka jawabnya daripada sirah Rasulullah SAW, didapati solat ditonjolkan sebagai ibadat wajib yang tidak ada pengecualian daripada menunaikannya, walaupun dalam peperangan, sakit atau tidak dapat bergerak sekalipun.

Amalan Rasulullah dalam perang contohnya, tentera akan bergilir mendirikan solat dan mempertahankan pasukan daripada diserang musuh. Pernah sekali diriwayatkan berlaku dalam suatu peperangan, tentera Islam yang terlalu didesak musuh dan bersungguh-sungguh mempertahankan pasukan tentera mereka dilupakan daripada menunaikan solat sehinggalah mereka berhenti berperang pada malamnya.

Sahabat bertanyakan kepada Rasulullah SAW mengenai solat tersebut (yang mereka terlupa sejak siang tadi), lalu Rasulullah SAW mengarahkan semua tenteranya berwuduk lalu didirikan (qada) solat yang tertinggal sejak siang satu demi satu solat sehinggalah diakhiri dengan solat Isyak.


Kisah pengajaran orang yang meninggalkan solat


Pada zaman Khalifah Abu Bakar, terjadi terhadap satu mayat yang salah satu sebab ia terseksa adalah kerana meninggalkan sembahyang. Setelah dimandikan dan dikafan dan ketika hendak disembahyangkan oleh penduduk, terjadi benda aneh apabila tiba-tiba kafan si mati bergerak-gerak sehingga mereka yang berada di samping mayat kehairanan melihatnya.

Mereka semua menyangka mayat hidup kembali. Setelah diuraikan ikatan kafannya, semua terperanjat melihat seekor ular melingkar tubuh mayat sambil menggigit seluruh tubuh si mayat. Serentak mereka mahu memukul ular tersebut.

Belum sempat mereka mendapatkan kayu, sang ular bertanya sebabnya mereka hendak membunuhnya. Padahal si ular hanya menjalankan perintah ALLAH untuk menyeksa mayat tersebut hingga ke hari kiamat. Orang ramai bertanyakan sebab mayat tersebut diseksa sedemikian dan apa dosanya.

Jawab ular itu ketika hayat si mayat telah berbuat tiga macam kesalahan yang menyebabkannya diseksa termasuk mendengar azan tetapi tidak segera menunaikan sembahyang

Penat tp wat muka ceria...

hahaha...tiba2 teringat lak nak tulis kenangan sabtu lepas. Walaupun da seminggu tetap nak tulis gak...hee

Sabtu lepas aku rasa mmg sangat2 penat tok aku. Sebab ape?? sebab gediks sendiri..he

Pagi dlm kol 8 lebey tu aku da kuar dari uma sb nak kena attend kelas takaful maa. Kelas stat kol 11 tp dtg awal sebab nak tlg en.halim bos maa agensi aku bernaung nih edit pic kat slide presentation die. Sblom g opis singgah breakfast kat kedai mamak taj dekat ngan megamall. Ktrg breakfast bertiga. En.Mie join skali sb aku suroh die dtg awl jugak..he. Aku da lama x layan mamak sebenarnyer lepas blaja uitm sb banyak sgt cerita yg x mengembirakan aku berkaitan mamak nih. Seb baek tempat yg ktrg lepak nih ade kiosk nasi kerabu. Kompem2 aku layan makanan mak cik tu kan..hee. Nasi kat situ not bad la. Licin gak la aku makan ditambah ngan tek tarik. Sedap woo pagi2 pekena teh tarik.... 

Pas abis makan dalam kol 10 br gerak g opis n tlg wat preparation tok kelas. Smua setel baru aku edit pic tu tp x sempat sb da ramai yg dtg nak denga taklimat takaful nih. So en.halim ckp edit nt je n guna slide yg lama jerk. 

Sblom start kelas jo tepon igtkan aku tok tepon akak die. Ktrg da janji nak kuar sama hari nih nak g beli barang gubahan hantaran tp x decide kol bape. Aku kol n drg ok jer kuar kol 2. Aku soh jo dtg awl dlm kol 12 sb aku target abes kelas kol 12 so leh la g beli baju hantaran die nt. die pon setuju jer.

Kelas/taklimat pon start. Kali ni lebih detail sket sb taklimat tok ejen baru nak join.Pas abis je kelas dlm kol 12 tuh ade plak yg mintak aku tlg daftarkan exam tbe online. da jadi lambat pergerakan aku. Jo da byk kali kol da bgtau die da sampai n tg aku. In the end dlm kol 1 lebey camtu br aku lepas tok balik. 

Seb baek jo lepak kat kedai makan xde la die marah sangat sb tg aku satu jam lebey nih. Die x marah n paham aku lambat sb keje. Tu yg wat aku lg sayang kat die nih sb msh bersabo je ngan aku walaupon kena tg 1 jam lebey. Kalo aku da lama da aku balik..he

Ktrg masuk ECM n terus g padini. Die mmg suka baju dr padini nih. Xtau la kenapa so aku ikot kan je. Plg best die x cerewet. Aku berkenan ngan satu baju tu n soh die try then bila tgk mmg la sangat ensem rasa cam jatuh cinta smula plak. Keputusannyer mmg aku paksa die pilih yg tu jer..he.

Aku pon sempat gak sambar satu kemeja merah. Baju tu cantik je so bila lg la kan nak beli kang x beli nyesal plak..he. Jo sempat gak beli tshirt kat brand outlet. Shopin betol die kan...aishh

Kol 2 lebey ktrg berlari-lari anak kuar dr ecm n g ke small garden. Kedai dekat2 situ jugak. Masuk je kedai tu jumpa la akak jo nih. k.norma ngan noor n baby yusof yg sangat comel, anak bungsu k.norma. Adik beradik jo ni comel2 jer. Aku lak yg tersa besar n giantnyer...huu. Drg sporting je n peramah. Cepat la aku mesra camnih.

Lama giler dlm kedai tu tp aku mmg blur la nak beli ape. Drg da bebakol-bakol kot pilih barang. Aku just dpt sponge n gam tembak2 jer. Itupon mase nak bayar akak die bayarkan. Sadis betol la. Mst akak die pelik tgk aku. Masa nak g tu beriya je macam nak beli byk sangat mende tp habuk pon tarak. Mood nak membeli xde sb aku penat. Aku kalo da penat mmg satu ape pon xleh nak wat. Igt kat bantal jer nih..

Pas g small garden,akak die ajak g cowboy lak. Ok....walaupon da penat layan kan jer. Kat cowboy bleh tahan murah la brg2 die. Aku sempat beli air kotak sb da dahaga tahap gaban n glue gam. Jam da kol 5 da. jo x sabo nak balik sb die nak prepare tok bbq malam nih. Aku pon wajib join jugak...nak nanges je bila tau ade bbq mlm nih. Aku da x larat da nih. Camner nih...aigooo

Akak die siap offer soh mandi n lepak uma die then trus g uma parent die.Jimat minyak n masa katenyer. Tapi dengan badan yg penat nih mmg aku perlukan nemo la kan kalo x mmg muka aku tahap cipan la malam nt. Aku tolak ngan sopan jer 

Dlm 5 lebey tu,jo gerak balik n aku anta akak die balik sb sblom ni laki die yg anta g banda tuh. Uma die kat bukit pelindung. X jauh la dari banda tp jauh dari uma aku. Uma akak die basar n cantik la. Xtau plak area bukit pelindung tu besar. Dari luar tgk cam kecik je kawasan die.

Dlm kol 6 lebey gak aku sampai uma sb singgah jap tunas mart g beli buah2an tok bbq mlm nih. X best la kan dtg berlenggang kangkong. Pas slt asar tros terlelap jap. Dengar azan maghrib baru aku sedar. Punya la malas nak g uma die hanya Tuhan je yg tau. Badan aku cam da cramp da. Hanya nemo n tilam je leh selamatkan aku. Da la hujan renyai2 mmg sedap la kalo dpt layan tdow..huu

Dlm kol 7.30 tu jo da sebok ty aku kat maner. Of coz la kat uma lg kan. Kalo die tau aku malas nak dtg kompem2 die kecik ati...he. Aku g jugak la bila pikir jo n parent die tuh. Aku sampai dlm kol 8 lebey. Hujan da benti da. 

Sampai je uma die aku nampak jo n abang2 ipar die n adik die dok kemas2 tempat bakar. Aku terus masuk uma die. Ramai gak la ade dlm uma tu da adik beradik die ramai kan. Itu pon lom smua yg balik kalo x mst lg meriah. Anak buah die pon ramai n comel2 je aku tgk. Aku duduk bersimpuh ayu je kat tepi kerusi tuh sb drg smua duduk bawah xkan la aku nak dok kat sofa kan. Adat melayu msh aku jaga lg la. Makanan smua da siap mmg tepat la aku dtg tok mkn bkn tok tlg. Mmg reject la kalo mak die tau nih....he

Tiba2 ngah aku wat muka comel, dtg la anak2 buah die teruja nak kenal ngan aku. Aku layan baek je la. Budak2 kot. Cuma ade srg je la yg laen macam manje. Asyik dok kat riba aku je. Cute mmg cute cuma masa tu aku penat sgt so xdpt nak layan baek la. Time makan pon die dok asyik ngan aku. seb baek mak die marah die n dapat la aku makan ngan banyaknyer. Slalunyer aku x selera makan kalo penat tp disebabkn ikan bakar yg segar tuh. Abis gak la 2 ekor aku telan...sangat sedap sampai lupa nak malu2..bleh plak kan..he

Akak2 die mmg peramah. Sampai kol 10 lebey gak la bebual. Tp mmg enjoy la ngan family die. X terasa terasing pon sb drg smua baek je layan aku. Jo pon penat je aku tgk. Banyak kot die bakar ayam n ikan tuh. Sblom aku balik sempat la jumpe k.ha n suami die. Aku plg suka tgk k.ha n hubby die nih sb nampak cool n romantik jer..he

Balik uma pas isyak mmg xde lain la aku buat selaen dari pelok nemo n zzzz...penat giler. Hari yg plg penat aku rasa. Camtu la nt kan bila da kawen walaupon penat wat keje tetap gak kena spend masa ngan family jugak. Perlu makan lebih byk vitamin penambah tenaga la pasnih..he



try to be rileks...

ok...setelah sekian lama x sempat merepeks di blog nih hari ni aku nak spend time meroyan di blog sendiri...hee

Seperti yg aku tulis dlm entry 25 aribulan hari tuh, smuanya da selamat n skarang ni ngah bz membuat persiapan untuk bertunang pulak. Sangat pening ok. Dulu sebelum gediks nak kawen rasa cam smua mende pon senang je tp bila da alaminyer mmg byk nak kena pikir n buat.

Semasa proses merisik ayah die decide soh wat majlis bln 3 thn depan nih so skalikan je majlis tunang ngan nikah. Aku ok jer tp tiba2 jo nak tunang gak. Bila da decide nak tunang jugak kena la drag tok nikah. Keputusan dibuat bulan 6 time cuti skola. Aku ok jer bila pikir sempat la nak kumpul duit n wat persiapan baek sket...he

Untuk majlis bertunang ni ktrg decide bagi hantaran 7 vs 9. Bincang pon kat mcD k sambil makan samurai burger. Burger tu sedap tp lg sedaap prosperity....bleh plak camtu kan..he

Tinggal seminggu je lagi sblom majlis pihak jo da setel da barang n gubahan. Malam tadi ngan bangganyer die kol aku tok bgtau smua barang hantaran da ade kat depan mata die. Akak die da siap gubah n sangat cantik...kate die la. Btol ke x kena tg masa mjlis la nak soh die anta mms mmg xkan punyer sb die suka nak wat surprise. Plg haru cincin tunang pon aku xtau bentuk camner...surprise betol nih.

Pihak aku nyer hantaran mmg aku nak DIY jer. Dari dulu lg mmg berangan nak wat sendiri. Sejak pertama kali wat gubahan tok abang aku tunang n kawen dulu trus berangan nak wat sendiri. Perasan kreatif la konon..he.Tok mjlis sendiri of coz la aku nak DIY. Cantik ke x cantik nasib drg la kan janji aku puas hati.

Cakap cam best je kan pasal hantaran nih. Lepas mlm td jo bgtau aku dienyer da siap br la aku tersentap sb tinggal seminggu je kot masa yg aku ade. Persiapan mmg zero la sb aku satu ape pon xbeli lg...mende yg ade hanya gam tembak tu jer. Lawak ape la yg aku nak wat nih. Hari ni nekad la kena gak aku beli barang2 sb esok cuti so dpt la aku wat sb idea mmg da ade dlm kepala tinggal nak kuarkan je nih..he

Penat gak kan tok jadi b2b nih...igt sempoi je rupanya banyak giler nak kena pikir. Adooiiiiyaiii.....