Wednesday, 2 January 2013

Percutian ke Desaru + Tanjung balau + Batu Layar


Outdated nyer catatan disebabkan kesibukan diri..hee

Tahun 2012 aku akhiri dengan bercuti bersama keluarga ke pantai desaru sekaligus meneropong adik aku yang baru je ditugaskan kat sana. 

Cuti aku yang panjang sempena hari krismas dan menghabiskan cuti tahun sangat berbaloi sb best sangat dapat berehat dan berjalan2 walaupon kat johor jer yang penting bersama family.

Perjalanan ke Desaru skang ni bertambah mudah semenjak ade highway nih. Jimat masa n jalan pon selesa. Aku ikut highway ni dari senai so kena tol RM11.20. Ok la sb jalan die x sesak. Hanya 2 kete jer sb adik beradik lain x dpt cuti so teruskan jugak kang nak tg smua cuti mmg x berjalan la aku kan...he

Tempat pertama kami tuju ialah Tanjung Balau. Tempat ni da bertambah cantik n kemudahan pon da bertambah banyak dari masa aku g dulu2. Skang ni makin happening lak kat sini. Teruja jer aku tgk keindahan pantai n pemandangan yang cantik. Orang pon sangat ramai sebab cuti sempena krismas kan. 
Kat sini aku sempat try ATV (all terrain vehicles) tuh. Mula2 cam cuak gak nak bawak tapi bila bro tu cakap konsep die sama je cam bawak motor aku pon ape lagi konfiden la terus kan. Sia2 la x try sb aku kan ade lesen motor walaupon da lama x bawak moto...hee

Terasa best sb track kat sini adalah sekitar tepian pantai. Giler cool lalu tepi pantai ngan atv nih ngan angin pantai yang meniup...pergh...feeling hisdustan je aku rasa time bawak tuh...hee. Poyo sangat kan.




Gerai makan yang selesa dan sedap jugak...


Muzium nelayan...masa aku g drg ngan wat renovation so xleh nak masuk


Ditepian pantai...


Abang n akak aku pon try jugak. Anak buah aku pon teruja je naik mende nih. Charge yang dikenakan tok atv di tanjung balau nih RM20 untuk 15minit. Berbaloi la tok pengalaman...

Pas puas bersuka ria di sini kami pon bertolak ke desaru. Kat desaru xde ape yang best sangat sb banyak permainan air dihentikan sb ade kes budak lemas. Baru nak naik bot laju...

Tiada pilihan untuk dilakukan ktrg decide nak try maen atv lagik sekali sb kat sini track die dalam hutan. Mencabar jugak la kan. Charge kat sini RM20 untuk 5 pusingan. Mahal yang berbaloi...he

Masa bawak masuk track tuh first lap mmg semput sb banyak sangat selekot n mmg kena kuat sb laluan die berbukit sket. X sempat nak merakam gambar sb teruja punyer pasal...he

Ade track go cart jugak...x naik bot naik atv ngan go cart pon da agak berbaloi di desaru nih...he



Best sangat aktiviti nih...sila cuba lg lain kali yer...he

Malam tu stay kat hotel di bandar penawar. Last minit booking sb kebanyakan tempat mmg fully booked. Bernasib baek je nih ade bilik kosong. Dinner kitorang makan kat kedai makan seafood. Order makan x hingat in the end x abis pon sb kenyang sangat. Aku rasa aku paling banyak makan sampai akak ipar aku siap tegur dasyat gak selera makan aku nih...huu

Keesokkan harinya sebelom balik singgah jap kat batu layar sb abang aku nak soh anak die main air di tepi pantai. Batu layar agak sunyi sket la. tok yang sukakan ketenangan mmg sesuai sangat...

Pantai di batu layar...

Pas g batu layar n lepak makan kitorang gerak balik g jusco bukit indah lak...kat situ mmg sesak yang amat....happening giler. 

Teruja n best sangat dapat spend time ngan family. Pasni da kawin mst lg best g bercuti beramai2...yuuuhuu...







No comments:

Post a Comment