mende ni ptg tok aku...skarang ni aku nak fokus untuk menjaga kesihatan diri dengan lebih baik baru la kesihatan akan jadi milik aku berpanjangan...he
tips pertama untuk diingati ialah:
menjaga setiap makanan yang masuk ke dalam perut. Ini kerana proses penghadaman untuk setiap jenis makanan adalah berbeza. Oleh itu wahai yana sila ingat setiap makanan yang masuk dalam perot aku ni mudah dihadam agar tidak ada masalah perot x lawas la, keracunan makanan la,kembong perot la n mata mengantuk selepas makan. Untuk mendapatkan perot yang sihat sangat2 perlu menjaga proses penghadaman.
Tujuan utama kita makan ialah untuk memenuhkan perut agar dapat membekalkan tenaga kepada badan kita. Sering ingat kat minda yang perot kita umpama blender yang mengisar setiap makanan yang kita makan.
Bayangkan la kita makan satu pinggan penuh nasi ngan pelbagai lauk tu lagi pastu minum air ntah ape2 jer. Da sendawa kita lupa yang perot kita sedang bekerja keras untuk menghadam kan makanan. Sebab tu cara pemakanan yang slalu aku baca ade cakap rehatkan perot sekejap selepas makan sebelom terus melakukan aktiviti dan minum air selepas 2 jam lepas makan supaya x kacau proses penghadaman....baru tau mende tu adalah fakta yang sangat betol...huu
Setiap makanan adalah berbeza tempoh penghadamannya,so perlu la pandai nak match kan makanan yang diambil setiap hari supaya usus n perot kita x terseksa...btol2...he. aku la slalu makan x pikir pasal perot aku...sian usus aku slalu bekerja keras.
Proses penghadaman ni ada 3 peringkat, mula2 perut akan mengasingkan setiap makanan yang kita makan tu kebahagian yang kecil dan kemudian usus kecil akan memainkan peranan sebagai pemproses pengasiangan nutrien n zat dari makanan tu kepada badan kita. lepas setel asingkan zat2 kepada badan dari makanan yang kita makan tuh, usus besar palak akan amek makanan yang tidak diperlukan oleh badan kita sebagai bahan buangan...so pastikan kita rajin membuang air basar yer supaya perot kita sihat sb x simpan lama sangat bahan buangan tu dalam perot...
Set kan dalam pemikiran, lagi ringan makanan tu lagi mudah la proses penghadaman nyer...kalo nak makan makanan yang berat pastikan kunyah sehingga betul2 hancur sebaiknyer kunyah 44 kali secara x langsung kita sedang membantu perot kita dalam proses penghadaman nanti...
Antara peraturan mudah yang boleh diingati dan diamalkan semasa memilih makanan untu dimakan...
1. Buah-buahan - makanan yang paling mudah dan cepat dihadam. Elakan dari amek buah-buahan bersama protien, roti dan juga sayuran. Tempoh penghadaman ialah 20 minit.
2. Segala sayuran - boleh dimakan dengan protien atau nasi. Tempoh penghadaman 30 minit - 2 jam
3. Roti - boleh dimakan macam tu jer atau makan dengan sayuran. Elakkan makan ngan protien atau lebih baik makan nasi jer..he . Tempoh hadam 2jam- 3 jam
4. Protien - terbaik jika makan satu protien dalam satu masa hidangan. Jgn nak gatal blasah smua jenis ayam,daging,ikan dalam satu pinggan. Tempoh hadam 2jam-4 jam
tekejut aku bila tau tempoh penghadaman setiap makanan tuh....giler lama. patot la perot aku bunyi2 jer masa ngah tidow lepas makan mst ngah proses makanan masa tuh perot aku...hee
Sihat perot sihat la badan...smoga nota ini menjadi panduan aku. Nt nak carik senaman perot lak...he
Love your tummy everyday...
No comments:
Post a Comment