Monday, 3 December 2012

Kasihnya Ibu....


Betapa besarnya kasih seorang ibu pada anaknye kan...

Walaupun aku lom kawin n ada anak tapi aku dapat rasakan betapa besarnya pengorbanan insan bergelar ibu.

Tadi pagi ada berita yang adik beradik bergaduh dan mengakibatkan si abangnya meninggal dunia. Part paling best si ibu cakap die tetap menerima dan memaafkan kedua-dua anaknya walaupun si adik tanpa sengaja membunuh si abang. Betapa besarnya ujian si ibu dan betapa besar jiwanya dapat menerima kejadian itu.

Lantas aku terfikir, betapa la sucinya hati ibu yang memberi kasih sayang dan perhatian kepada anak2nya. Sanggup terima segala kekurangan dan kelebihan anak dengan hati terbuka.

Adakah aku akan setabah itu bila aku menjadi seorang ibu kelak. Aku x pasti...

Insan yang berhati mulia dalam keluarga aku, kami panggil emak. Dia sangat tabah. Allah uji mak ngan pelbagai ujian dari mula hingga la sekarang. Namun emak tetap tabah menerima segala kebaikan dan keburukan anak2nya. Dari kecil hingga besar hatinya x pernah berubah untuk menyayangi anak2 nya.

Selepas pemergian abah, aku tgk mak seperti hilang arah. Namun aku bersyukur sekarang setelah hampir 3 tahun pemergian abah, mak dapat menerimanya. Mak menyibukkan diri dengan menyertai aktiviti2 di surau. Banyak perubahan yang aku lihat pada mak. Bersyukur sangat.

Benarlah, kadangkala Allah ambil apa yang kita sayang untuk beri kita lebih kebaikan. Yang penting kita tidak sekali2 lupa pada Allah swt. Janji Allah itu pasti.

Aku sayang ngan mak dan abah. Aku harap aku dapat berjasa dan berbakti pada mereka walaupun untuk abah hanya doa je yang dapat aku panjatkan untuk nya aku tetap bersyukur kerana Allah kurniakan aku nikmat kasih sayang yang x terhingga dari mereka.

Sayang mak dan abah....

No comments:

Post a Comment