Tuesday, 2 July 2013
Tips persiapan akhir sebelom hari pernikahan/sanding...
Tips persiapan akhir sebelom berlangsungnya majlis pernikahan/sanding adalah sangat penting sebab bila da hari kejadian kita mmg xkan sempat nak amek tau hal2 lain sb perlu fokus ngan majlis dan time tu jugak la perasaan neves tuh datang so kalo kita masih nak pikir masalah lain pasti otak sakit n muka pon x ceria...
Antara tips berdasarkan pengalaman majlis aku arituh ialah:
1. Seminggu sebelom majlis pastikan barang2 gooddies da siap dibeli hanya tunggu masa untuk di packing saja oleh saudara mara atau teman2.
2. Pastikan fitting baju 3 hari sebelom majlis lagi senang dan mmg akan dapat ukuran badan yang sebenar sb badan xkan mudah nak naik atau berubah dalam tempoh 3 hari tuh...pengalaman aku arituh bp kali mak andam alter baju aku sb badan aku tetibe bertambah kurus kesan dari wat persiapan kawin..he
3. Tiga hari sebelom majlis wat la facial & massage. Aritu aku siap wat smua skali ngan mandi bunga bagai tok naik seri. Jimat pon jimat gak sb amek satu pakej terus. Reason wat 3 hari sebelom majlis ialah dalam tempoh tuh persiapan smua da hapir 95% siap so time tu la kite leh tenang dan manjekan diri. Badan pon maintain halus jer...hee
4. Pakai henna/inai sehari sebelom majlis atau 5 jam sebelom majlis. Ini bagi yang wat kat kedai la sb warna die mmg akan lagi menyerlah. Aku wat awal sangat then masa nikah warna da x merah sangat...
5. Persiapan bilik pengantin wat awal 2 hari sebelom majlis ini kes yang diy la kalo da pakej ngan pelamin xyah la nak pening pikir. Pengalaman aku aritu ialah aku wat 1 hari sebelom majlis akibatnyer sangat la kelam kabut sbnyer sehari sebelom majlis saudara mara da start datang so rumah akan penuh dan banyak mende remeh yang perlu dibuat.
6. Pastikan tidur secukupnyer dan paling baik makan la multivitamin atau vit-c untuk kesegaran wajah dan memberikan tenaga kepada kita. Mmg sangat penat bila majlis berlangsung. Untuk mencerahkan kulit leh guna masker garnier mmg akan jadi glowing je muka...he
7. Pastikan Tok Kadi,MUA, OP dan org2 yang terlibat ingat tarikh dan masa majlis nikah. Macam aku ntah bape kali aku tepon tok ingatkan mereka2 ini sb takot drg datang lambat atau terlupa. Jangan sesekali ingat mende ni remeh sb ada kes tok kadi salah tarikh...x ke haru kalo camtuh
8. Sila wat back up siap2 dengan beli cd lagu kawin atau lagu2 yang nak dimainkan ketika majlis sanding.
9.Pastikan semua org yang kita bagi tanggungjawab laksanakan tugas dengan baik. Ingatkan peranan mereka sebelom majlis berlangsung sb biasalah melayu kan mudah lupa...he
10. Pesan kepada MUA jenis make up yang macam mane kite nak seeloknyer masa nikah pilih make up yang neutral. Macam aku terlupa nak cakap da jadi tepung gomak masa nikah...sakit jer otak bila teringat...huuu
11. Bila selesai nikah seeloknya salam kedua ibu bapa dahulu baru saudara mara. lebih berkat org kata.
12. Control sket bila nak nangis. Perasaan nih mmg la ssh nak kawal tapi kalo bleh kawal la sebaiknye supaya nampak lebih cool. Pengalaman aku masa nikah aku x nangis tapi Jo yang nangis. Gabra plak bila tgk laki lak yang nangis beriye...
13. Makan dulu sebelom majlis nikah atau sanding sb bila majlis da berlangsung mmg x sempat nak makan beriyer jadinyer perot mmg akan berbunyi jer...he
14. Dan tips terakhir dari aku ialah doa dan solat hajat sebanyak yang mungkin supaya majlis dapat berjalan lancar dan tiada sebarang masalah semasa majlis berlangsung.
Seronok sebenarnya wat persiapan kawin nih lagi2 kalo banyak diy. Rasa rindu plak...
Labels:
~cerita kawin~
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment