Sabtu lepas aku turut join mereka2 yang menghadirkan diri ke ceramah UAI di sponsor oleh syarikat Anugerah. Bertempat di Stadium Darul Makmur start jam 9 mlm.
Kagum giler aku bila tgk ramai yang dtg hingga jam teruk. Kebetulan sabtu petang tu k.wahida ajak teman die g survey kad kawin then ktrg lepak kat kedai mok na tg lumpur n bila nk odw balik tu tiba2 cam teruja lak nak join g stadium.
Sempat jugak amek pic nih masa nak kuar lepas solat...he. Teruja sangat. Kan bagus kalo die apply kat smua surau dan masjid2 lain.
Masjid ni mmg sesak yang amat sangat la kan sb jadi persinggahan mereka2 yang nak menyaksikan UAI. Masjid ni antara yang terdekat dari stadium. Lepas je solat ktrg terus g stadium. Seb baek sng dapat parking sb masa tuh br kol 8 lebey. Sebelom masuk stadium tuh kena beratur...panjang usah cakap la. Sama situasi cam nak tgk bola cuma kali ni yang beratur ramai yang sopan dan muka pon nampak suci jer.
Semua penonton akan diberikan sebotol air mineral anugerah. Air ni dibaca ngan 30 juzuk Al-Quran. Sejuk tekak aku dapat minum air tuh. Semoga syarikat Anugerah ni lebih maju dan berjaya kerana berbesar hati untuk sponsor dan bersedekah.
Masuk je dalam dewan tuh...sesak da ngan lautan manusia. Ktrg pilih duduk kat tepi padang. Bersyukur je sb dapat peluang join dengar UAI nyer ceramah sb sblom nih asyik dengar kat youtube je kan bila dpt join skali camni ngan ratusan ribu peminat ceramah agama....sangat berbaloi.
Pemandangan dalam stadium masa kol 8 lebey. Ramai giler. Masa UAI dan Ustaz Haslin tu masuk kol 9 mlm lagi sesak sb mmg penoh sekitar padang nih. Dianggarkan 100K yang datang menyaksikan ceramah nih. Hebat x hebat la penangan UAI dan Ustaz Haslin bolywood nih.
Ceramah dimulakan ngan Ustaz Haslin Bolywood. Sangat best suara die bila menyanyi dan klaka. Asyik gelak je bila die bercerita. UAI pon lawak seperti biasa. Huraikan sikit je org da mula bergelak sakan. Yang penting ape yang mereka nak sampaikan tu senang nak diserap kat kepala sb mudah faham.
Dalam kol 11 lebey tuh tiba2 hujan turun. Seb baek ceramah dah habis tinggal sesi soal jawab jer. Ktrg berlari kuar pastu decide g makan sb k.wahida da lapo sangat n hampir gastrik..he
Ni pic masa ktrg nak kuar dari stadium. ramai jugak yang turut balik x tunggu sampai betol2 abis ceramah sb hujan turun. Sempat gak la masa balik k.wahida beli beberapa botol lagi air tok kakak die yang x dpt dtg. Smua produk Anugerah ade diskaun malam tuh. Best kan...
Kesimpulannya dari ceramah tu yang aku dapat, pentingkan lah Al-Quran dari segalanya. Bacalah minimum 50 ayat Al-Quran setiap hari. Bila mengaji agama jangan berkira tentang duit kerana ilmu agama ni lagi penting untuk bekalan akhirat kita kelak. Usah sesekali berputus asa dalam mencari ilmu agama dan jangan terlalu sombong dengan harta dunia kerana bila kita mati smua itu akan hilang. Nikmat dunia ni sama macam mimpi indah kita ketika tidur dan bila terjaga ianya tidak la seindah itu sma juga bila kita bangkit kelak di akhirat sana....
Semoga aku dapat amalkan ape yang aku dengar dan dapat jadi hamba Allah yang terbaik...aminnn
No comments:
Post a Comment