Apakah maksud perkahwinan pada aku???...
Perkongsian hidup
yang membawa maksud kita bersedia untuk berkongsi apa sahaja luar dan
dalam dengan pasangan kita. Penerimaan dengan hati terbuka segala kelebihan dan
kekurangan pasangan. Itulah perkahwinan yang aku paham so aku perlu la bersedia
untuk melalui proses itu x lama lagi.
Tapi apa yang lebih penting perkara yang paling utama
membuka kan hati aku pada perkahwinan adalah zuriat. Setelah kehilangan arwah
abah betapa aku sedar pentingnya seorang anak kepada ibu dan bapanya. Ini
kerana doa anak adalah salah satu yang diterima selepas kita meninggal dunia
kelak selain solat dan amalan sedekah. Aku terfikir macam mana la kalo aku xde
anak maka terputus la doa utama aku bila da tiada di muka bumi ini nanti.
Sebelom ni aku x bape gemar pon budak2 nih sb rasa macam rimas even diorang
sangat comel. Tapi skang nih aku mmg nak sangat anak cepat2. X sabo aku nak
mendidik nya dan ingin anak2 aku kelak menjadi lebih berjaya dari aku. Joe pon
x sabo gak nak anak cepat. Berdoa sangat agar Allah memperkenankan doa kami.
Selain dari zuriat aku nak sangat berkahwin sb inginkan
teman yang sentiasa disisi. Teman yang boleh berkongsi susah senang. Satu
persatu teman aku hilang disebabkan mereka berkahwin membuatkan aku sedar tiada
yang akan kekal bersama kita selain dari pasangan hidup iaitu seorang suami. Tu
yang teruja sangat nak kahwin. Pasni akan adalah teman yang teman aku walau dia
suka atau tidak...hee
No comments:
Post a Comment