Wednesday, 30 January 2013

Perkahwinan....




Apakah maksud perkahwinan pada aku???...

Perkongsian hidup  yang membawa maksud kita bersedia untuk berkongsi apa sahaja luar dan dalam dengan pasangan kita. Penerimaan dengan hati terbuka segala kelebihan dan kekurangan pasangan. Itulah perkahwinan yang aku paham so aku perlu la bersedia untuk melalui proses itu x lama lagi.

Tapi apa yang lebih penting perkara yang paling utama membuka kan hati aku pada perkahwinan adalah zuriat. Setelah kehilangan arwah abah betapa aku sedar pentingnya seorang anak kepada ibu dan bapanya. Ini kerana doa anak adalah salah satu yang diterima selepas kita meninggal dunia kelak selain solat dan amalan sedekah. Aku terfikir macam mana la kalo aku xde anak maka terputus la doa utama aku bila da tiada di muka bumi ini nanti. Sebelom ni aku x bape gemar pon budak2 nih sb rasa macam rimas even diorang sangat comel. Tapi skang nih aku mmg nak sangat anak cepat2. X sabo aku nak mendidik nya dan ingin anak2 aku kelak menjadi lebih berjaya dari aku. Joe pon x sabo gak nak anak cepat. Berdoa sangat agar Allah memperkenankan doa kami.

Selain dari zuriat aku nak sangat berkahwin sb inginkan teman yang sentiasa disisi. Teman yang boleh berkongsi susah senang. Satu persatu teman aku hilang disebabkan mereka berkahwin membuatkan aku sedar tiada yang akan kekal bersama kita selain dari pasangan hidup iaitu seorang suami. Tu yang teruja sangat nak kahwin. Pasni akan adalah teman yang teman aku walau dia suka atau tidak...hee

Peace yang aku x tau....


Lately aku baru tau yang lambing peace yang slalu aku buat tu dengan menunjukkan dua jari tuh kalo di terbalikkan merupakan symbol vagina (kemaluan pompuan)...huu

Ok...sebenarnye simbol peace ni yang asalnya adalah berbentuk seperti ini


Simbol ini dicipta oleh Gerald Holtom pada tahun 1958. Simbol ini merupakan kombinasi signal huruf 'N' dan 'D' yang membawa maksud pelucutan senjatan nuklear. N melambangkan seolah-olah seseorang sedang memegang dua bendera dan huruf D melambangkan memegang satu bendera. Simbol peace yang slalu kita buat bila bergambar seperti ini 



melambangkan kemenangan semasa perang dunia kedua dan sehingga sekarang simbol tangan ini diguna untuk melambangkan keamanan. 

Seb baek aku tgk klip ceramah ustaz azhar idrus. Betullah org kata belajar ni adalah proses yang perlu dilakukan sepanjang kehidupan.  Usah merasa cukop dengan ilmu yang kita ada yang hakikatnya hanya lah sedikit Cuma. Banyak mende yang aku x tau lebih lagi tentang hukum hakam agama yang wajib aku tau untuk panduan aku dan anak cucu aku nanti.

Aku puji dengan UAI nih sb ceramah die ringkas dan mudah nak faham tentang agama. Xperlu nak meleret  dan serius untuk mendidik berkaitan agama ni sepatutnya yang penting maksud yang nak diberi sampai kepada pendengar. Sebelom ni aku x jarang nak dengar ceramah UAI ni sb x bape nak paham bahasa ganu die tapi bila da lama kat kuantan nih n calon suami pon org pantai timur tiba2 lak leh jadik paham...hee

Meh kite dengar ceramah agama supaya bertambah ilmu pengetahuan. Penting untuk ingat pada diri sendiri...

Tekanan Darah Rendah...huu


Sepanjang minggu lepas diuji dengan demam...da lama sangat rasa diri nih x sakit. Alhamdulillah lepas g klinik al-farabi, makan ubat n beransur sembuh. Doktor cakap tekanan darah aku rendah. So mulai skang aku perlu la menjaga kesihatan n pemakanan dengan betul sebetul betulnya.

Org cakap tekanan darah rendah ni lg bahaya dari darah tinggi...xtau la betol ke x sb lupa lak nak tanya ngan doktor aritu. Yang penting da kalo namanya penyakit mmg berbahaya x kira la sakit ape pon.

Apa sebenarnya penyakit tekanan darah rendah nih???

Tekanan darah rendah adalah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantung keseluruh badan kita. Tekanan darah ni diukur seperti 120/80 mmHg. 120 menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat deyutan jantung (tekanan sistolik) dan 80 menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antaran denyutan (tekanan diastolik).

Darah rendah ni akan dapat tau dari bacaan tekanan darah bawah dari paras normal iaitu 120/80 mmHg. Akunyer bacaan tekanan 100/70 mmHg so kira darah rendah la nih. Simptom atau kesan dari darah rendah ni ialah pesakit akan berasa sakit kepala (bukan pening) terutama di bahagian tengah kepala. Selalu  berpeluh sejuk dan rasa nak pitam bila bangun dengan cepat atau tergesa-gesa.

Cara nak atasi tekanan darah rendah ni adalah dengan :

1. Minum banyak air masak (8-10 gelas sehari)
2. Minum kopi - dpt mempercepatkan degupan jantung
3. Garam - ambil makanan dengan kadar garam yang mencukupi
4. Bayam - sayuran yang paling baik untuk mengubat darah rendah. Jauhi timun
5. Coklat - baik untuk tingkatkan tekanan darah
6. Daging kambing - dapat meningkatkan hemoglobin dlm darah.
7. Kacang hijau - baik juga untuk darah rendah
8. Senaman - baik untuk kesihatan dan degupan jantung

Patut la aku slalu sakit kepala...ingatkan kena migrain rupenye darah rendah, Pasni kena la bagi tekanan darah aku ni normal balik. BAdan sihat minda pon cerdas. Ni kalo sakit lemah je rasa badan...Semoga Allah kurniakan kesihatan untuk diri aku, keluarga aku, Jo n keluarganya dan semua org yang aku kasihi. Semoga jauh dari penyakit dan hidup penuh dengan kasih sayang.








Friday, 18 January 2013

Makanan untuk kulit sihat...


hari nak cite pasal kulit sihat lagi...sblom ni cara nak serikan wajah kali ni berseri dan sihat. muadah dan senang nak dapatkan smua makanan nih. Ade perubahan sejak aku amalkan banyakkan makan kacang badam dan minum teh hijau. Yang lain2 akan aku praktiskan xlama lagi.

Makanan yang sangat baik untuk mendapatkan kulit sihat ialah:

buah strawberi

- buah kegemaran aku nih...hee
buah ni mmg sangat kaya dengan vit-C lebih dari buah oren dan juga anggur. Kajian juga menunjukkan bahawasanya siapa2 yang makan buah ni nescaya akan kurang la kedut di wajah dan gejala kulit kering . Ia juga dpt melawan radikal yang merosakkan kulit. Penggunaan mudah ialah dengan memakai strawberi mask seminggu sekali atau makan setiap hari.

resepi strawberi smoothie n masker :

beberapa biji strawberi 
1 cawan plain yogurt
11/2 sudu madu
> blend smua bahan2 nih. untuk masker keluarkan sket dan sejukkan sekejap dlm frindge then bleh la guna untuk sapu di wajah. Hasilnya ia akan menjadikan kulit lebih lembut dari biasa....sila mencuba
untuk smoothie lak campurkan ngan air segelas dan blend hingga sebati dan  kemudian bleh la diminum tanpa ragu2...he

minyak zaitun

- Minyak ni memberi seribu kebaikan kepada kesihatan. Ia dapat melembut dan mencerahkan kulit. Boleh diguanakan untuk memasak, untuk salad dan bleh juga dijadikan losyen. Bagi yang ade masalh bibir kering bleh gak guna minyak nih untuk sapu di bibir. Murah dan mudah je kan...hee


Labu

- X sangka labu juga sebenarnya banyak kebaikan untuk kulit. Senang didapati dan sedap dimakan...hee
Labu dapat megelakkan kulit dari cepat tua atau anti-penuaan sb ia kaya dengan vit - C,E dan A. Labu dapat membersihkan kulit agar sentiasa kelihatan putih berseri. Jom start makan labu...masak lomak pon sodap nih...he

Masker labu :
beberapa potong labu
plain yogurt
madu

>blend je smua nih then pakai dimuka selama beberapa minit kemudia bilas dengan air suam. sama je cam masker strawberi tadi..

Buah delima

- Buah delima adalah buah yang paling kaya dengan antioksida berbanding teh hijau.
Berkhasiat untuk makan begitu saja atau boleh juga dijadikan scrub badan untuk menanggalkan sel kulit mati.

Scrub buah delima :
sebiji isi buah delima direndam selama 10 minit 
blender isi buah delima dicampur dengan oat
selepas di blender campurkan madu dan buttermilk
>bolehla diguna sebagai scrub muka dan badan juga...sangat mudah.


Thursday, 17 January 2013

celebrate besday mylove...


MAlam semalam seperti yang dirancang dapat gak dinner ngan Joe kat lilawadi. makan steamboat bbq n mango cheese cake. Seb baek die suka cheesecake tuh berbaloi la aku order sb die x suka cake yang ade cream. Cerewet punyer budak...hu

Santai n selesa je dinner kat situ n kebetulan jugak ade org celebrate besday kat situ siap padam kan lampu lg....aku soh Joe g tumpang skali tp die xnak...hee

Makan sambil berbual n aku pon ade la luahkan ketidakpuasan hati aku sket kat die n die ok jer. Harap ade la perubahan pasni.

Lepas dinner aku bg die besday card ngan cadbury choc dalam tin tuh...last minit beli. Harap die suka la kan...nak hadiah lebey tg barang hantaran masa kawen nt ehhh..he

Pas bebual kejap terus decide nak balik sb da kol 11 lebey kot aku nak keje n die pon nak kena wat keje awl. Die pelawa aku g kelantan g uma sedara die wat majlis kawin tp xtau la bleh ikot ke x...mmg xcited nak g kelantan sb xpenah g lagi tp kalo g ngan family die takot x bape selesa lak...perjalanan jauh kot...huu.


Wednesday, 16 January 2013

besday myL0ve...


sekejap je masa berlalu kan...tup2 da besday jo hari nih. Rasa cam baru je celebrate arituh...he

Mlm tadi da wish so mlm ni nak blanje die dinner steamboat bbq harap die suke...saje nak wat surprise lg satu aku pon mmg teringin nak makan kat situ. Ikot selera aku la kirenyer nih..he

Harap plan mlm ni x spoil sb aku da plan baek je nih....kalo die wat perangai kompem aku merajuk sampai majlis kawen nt...tgk la nt...he

Xsabo nyer nak tg mlm aku siap reserved kan perot kosong lg. hari ni balun kopok lekor + grg pisang ngan karipap..punyer la berkorban untuk makanan mlm nt....bersungguh betol..

Doa untuk Jo smoga die jadi insan yang lebih baek dan beriman dan sentiasa sayang aku....

Tuesday, 15 January 2013

Makanan untuk kulit berseri....


Semenjak dua menjak nak dekat hari perkahwinan ni banyak la perkara berkaitan kesihatan aku perlu amek tau. Dulu dok sorang2 so xde hal la jaga diri sendiri tapi lepas ni berdua dan juga mungkin bertiga atau berempat jika Allah kurniakan aku zuriat. Perlu juga bergaul dengan keluarga baru,orang baru so penjagaan dan perapian diri sangat penting.

Aku juga dalam usaha untuk manjadi sihat dan cantik. Usia pon makin meningkat kan perlu la ada kesedaran untuk menjaga diri.

Aku juga spesis yang x suka nak telan pil sangat sb tu perlu gigih lagi mencari inisiatif supaya xperlu telan pil untuk sihat dan cantik. Cara yang paling best ialah tanpa perlu makan pil aku just perlu makan makanan yang sihat....apa la plak makanan yang sihat ni kan. Setelah menjalankan misi dapat la info di myself.com nih....
Sangat berguna untuk aku yang kuat makan dan nak sihat dan cantik...poyo sangat...he

Untuk kulit lebih berseri sila makan ni yer wahai cik yana yang ingin jelita...

Kacang badam (almond)

- Makan banyak kacang badam yang kaya dengan vitamin E boleh meneutralkan sebarang radikal yang mengakibatkan wajah tampak tidak sekata. dan fatty acid dari badam bleh jadikan kulit lebih berkilau cantik...best2 sb aku mmg suka kacang badam nih.

aprikot

- Kena bertukar dari jeruk biasa kepada aprikot...sb buah nih banyak manfaat untuk mengelakkan dari cepat berkedut. Bila makan buah ni, badan akan menukarkan vitamin A yang terdapat dalam buah ni kepada retinol yang membantu menghasilkan sel kulit baru. Perbanyak kan makan buah ni boleh jadikan muka sentiasa awet muda...he

Kacang brazil (brazil nut)

- Xpernah lagi mencuba kacang nih dan aku juga x tau nak carik kat ner...huu. Kacang ni baik untuk mempercepatkan baik pulih kulit dari sun burn. So bila nak g berjimba-jimba di pantai atau nak lakukan aktiviti pantai sila makan kacang nih andai terlupa nak sapu sunscreen protector kat muka dan badan atau spesis yang x suka nk pakai cream....dapat satu lagi cara baru tanpa pakai cream just makan kacang jer kulit tetap cantik ....hee

Kacang kuda (chickpeas)

- Aku suka makan kacang ni direbus...slalu je ade jual kat rnr bila lalu hingway kan.. 
Kacang ni bagus untuk meudarkan kesan calar, parut dan bintik hatam pada kulit. Protien dari kacang menghasilkan asid amino yang menggalakkan pertumbuhan dan merawat tisu kulit. X sangka lak kacang ni banyak khasiat terutama tok kulit aku yang masih ada parut jerawat di muka nih...best2


Ketam (crab)

- Makanan seafood kegemaran aku. Kebaikan bila makan ketam ni ialah zink dari ketam boleh membantu mengurangkan liang roma tersumbat dan minimakan kerosakan kulit akibat gejala jerawat.
Xleh makan slalu sangat makanan seafood nih tapi ketam bagus so leh la tukar dari sotong n udang kepada ketam tapi mahal la plak kan...huu

Teh Hijau (green tea)

- Untuk mendapatkan kulit yang anjal bak tilam vono tuh sila rajinkan diri yer yana untuk minum teh hijau sb ia kaya dengan antioksidan yang dapat menganjalkan kulit agar sentiasa kelihatan muda...

Buah oren (orange)

- Vitamin C dari buah oren nih boleh menambah penghasilan kolagen dan juga struktur kulit dan ia juga dapat menghindarkan anda dari lingkaran gelap sekitar mata jika rajin makan buah ini...dari slalu makan junk food baik kunyah buah oren nih...

Ikan Salmon

- Ikan yang kaya dengan omega-3 yang dapat membantu meningkatkan prokduktiviti kolagen n tahap elastik kulit yang menjadikan kulit lebih halus dan tidak mengelupas. Kena blaja makan sushi ikan salmon nih xyah nak carik kat pasar...hee

Minyak Bunga Matahari (sunflower seed oil)

- Bagus untuk yang kulit kering dan kulit biasa sb nyer minyak ni boleh membantu menghasilkan lapisan sel kulit yang lebih lembut dan baik juga untuk kesihatan bayi. Da bleh tukar minyak masak da pasnih. kadang2 guna olive oil so pasni leh la tukar2 antara ilive oil ngan minyak nih...mst makin sihat aku...he


Roti

- Roti whole grain nih bila makan dapat mengurangkan kemerah-merahan muka dari kesan jerawat dan radang kulit. X sangka kan makan roti pon leh jadikan kulit sihat dan cantik...


Semoga aku akan dapat ikot tips nih...xdapat amalkan smua dapat dua tiga mende yang baik tok aku makan pon da kira cukop baik untuk permulaan langkah sihat..chaiyokkk!!!

Monday, 14 January 2013

Cara menjaga perot...




                                





mende ni ptg tok aku...skarang ni aku nak fokus untuk menjaga kesihatan diri dengan lebih baik baru la kesihatan akan jadi milik aku berpanjangan...he

tips pertama untuk diingati ialah:

menjaga setiap makanan yang masuk ke dalam perut. Ini kerana proses penghadaman untuk setiap jenis makanan adalah berbeza. Oleh itu wahai yana sila ingat setiap makanan yang masuk dalam perot aku ni mudah dihadam agar tidak ada masalah perot x lawas la, keracunan makanan la,kembong perot la n mata mengantuk selepas makan. Untuk mendapatkan perot yang sihat sangat2 perlu menjaga proses penghadaman.

Tujuan utama kita makan ialah untuk memenuhkan perut agar dapat membekalkan tenaga kepada badan kita. Sering ingat kat minda yang perot kita umpama blender yang mengisar setiap makanan yang kita makan.
Bayangkan la kita makan satu pinggan penuh nasi ngan pelbagai lauk tu lagi pastu minum air ntah ape2 jer. Da sendawa kita lupa yang perot kita sedang bekerja keras untuk menghadam kan makanan. Sebab tu cara pemakanan yang slalu aku baca ade cakap rehatkan perot sekejap selepas makan sebelom terus melakukan aktiviti dan minum air selepas 2 jam lepas makan supaya x kacau proses penghadaman....baru tau mende tu adalah fakta yang sangat betol...huu

Setiap makanan adalah berbeza tempoh penghadamannya,so perlu la pandai nak match kan makanan yang diambil setiap hari supaya usus n perot kita x terseksa...btol2...he. aku la slalu makan x pikir pasal perot aku...sian usus aku slalu bekerja keras.

Proses penghadaman ni ada 3 peringkat, mula2 perut akan mengasingkan setiap makanan yang kita makan tu kebahagian yang kecil dan kemudian usus kecil akan memainkan peranan sebagai pemproses pengasiangan nutrien n zat dari makanan tu kepada badan kita. lepas setel asingkan zat2 kepada badan dari makanan yang kita makan tuh, usus besar palak akan amek makanan yang tidak diperlukan oleh badan kita sebagai bahan buangan...so pastikan kita rajin membuang air basar yer supaya perot kita sihat sb x simpan lama sangat bahan buangan tu dalam perot...

Set kan dalam pemikiran, lagi ringan makanan tu lagi mudah la proses penghadaman nyer...kalo nak makan makanan yang berat pastikan kunyah sehingga betul2 hancur sebaiknyer kunyah 44 kali secara x langsung kita sedang membantu perot kita dalam proses penghadaman nanti...

Antara peraturan mudah yang boleh diingati dan diamalkan semasa memilih makanan untu dimakan...

1. Buah-buahan - makanan yang paling mudah dan cepat dihadam. Elakan dari amek buah-buahan bersama protien, roti dan juga sayuran. Tempoh penghadaman ialah 20 minit.

2. Segala sayuran - boleh dimakan dengan protien atau nasi. Tempoh penghadaman 30 minit - 2 jam
3. Roti - boleh dimakan macam tu jer atau makan dengan sayuran. Elakkan makan ngan protien atau lebih baik makan nasi jer..he . Tempoh hadam 2jam- 3 jam
4. Protien - terbaik jika makan satu protien dalam satu masa hidangan. Jgn nak gatal blasah smua jenis ayam,daging,ikan dalam satu pinggan. Tempoh hadam 2jam-4 jam

tekejut aku bila tau tempoh penghadaman setiap makanan tuh....giler lama. patot la perot aku bunyi2 jer masa ngah tidow lepas makan mst ngah proses makanan masa tuh perot aku...hee

Sihat perot sihat la badan...smoga nota ini menjadi panduan aku. Nt nak carik senaman perot lak...he

Love your tummy everyday...





Survey barang hantaran...


Semalam spend masa untuk survey barang hantaran. Maen redah jer ikot permintaan Joe nih kalo ikot aku mmg xtau bila la kan....die xcited sangat nak beli barang tapi bagus la sb nt sng nak budget perbelanjaan. Skang nih smua mende kene amek kira sb banyak kot nak guna duit tok wedding nih...huu

Tempat yang dituju tok survey ialah East coast mall (ecm). redah kat parkson sng sket smua mende ade je kat situ...hee.

Ssh jugak sebenarnyer nk cari barang yang berkenan. Time aku suka Joe lak x suka...haish. Nampak sangat x sehati sejiwa.

Paling sakit otak, time pilih handbag. seperti biasa pilihan aku mst lah bag yang besar n of coz die x setuju sb die kate cam org tua nyer taste n x cantik letak kat dulang hantaran. Ok...aku leh trima lg. Bila aku pilih bag kecik n leh wat sling skali die kate cam dak skola. Nak jer aku soh die wat kan bag tok aku...seb baik aku nyer azam nak jadi penyabo tahun nih...kalo kena tahun lepas da lama kene bebel die nih....huuu

Last2 aku x pilih pon....ssh dapat org cerewet nih. Mulut jer cakap akan ikot smua pilihan aku bila aku pegang ade je komen cam juri profesional.  aku soh pilihkan yang sesuai xnak plak sb die cakap die nak aku yg pilih ikot taste aku...geram2. Last2 makan kfc jer. Pas makan bincang balik nak beli barang ape tok hantaran sb aku plan hantaran nikah nih bagi makanan jer sb masa bertunang dulu da bagi barang kan tapi seperti biasa Joe tetap x setuju. die cakap kalo bg makanan jer baik xyah bagi terus nampak sangat nak membangkang keputusan aku.

Joe ni nampak je muda tapi pemikiran...tua ok. Smua mende die nak amek pusing. Adat la,org cakap la...bla...bla...aku yang tua ni lak rasa cam malas nak pikir mende2 tu smua. Yer la,majlis kita kot yang dok pening pikir sangat adat n org cakap blakang tu nak wat pe. Bukan wat mende x senonoh pon...

Disebabkan die nak sangat bagi barang,ok...aku pon setuju jer walaupon hati sedikit memberontak sb kena bagi kasut dalam hantaran. Aku paling x suka kasut,tuala n al-quran dijadikan hantaran...haish.

Hasil perbincangan bersama,akhirnya decide nak bagi hantaran 7 v 9.....sama cam masa bertunang.

Antara list yang bakal dibeli awl bulan depan kat KL (aku saje nak g beli kat kl sb banyak pilihan sket...hee)

Untuk Joe yang aku kena sediakan

1. Wallet + Belt
2. Jam
3. Songkok + Sampin songket
4. Kasut
5. Mandian n penjagaan diri
6. Cincin
7. Sirih Junjung
8. Buah2an
9. Kek Lapis Sarawak



Untuk aku yang Joe kena sediakan

1. Handbag
2. Jam
3. Kain sembahyang
4. Kasut
5. Mandian n penjagaan diri
6. Sirih junjung
7. Buah2an

Harap semua dipermudahkan tok membeli barang2 nih xnak la beli mende yang aku xkan pakai kan...giler membazir je nanti...

Disebabkan telah sepakat nak beli kat KL, Joe pon ajak aku g tgk kawan die drift kat indera mahkota. Aku ikot jer sb x penah tau pon ade drift kat kuantan nih...

Ramai giler la yang tgk...masa aku datang xbyk da kete hebat2 yang test drift sb datang da lewat n hari pon da nak hujan. Baru tgk kejap da gerimis n smua pon balik la sblom hujan lebat. Sesak jugak la area kilang2 tuh. Dasyat gak drg nih wat drift kat area kilang2 tuh...bahaya kot kat situ dengan jalan yang x bape nak ok tuh...

Pas tgk drift lepak minum lak ngan kawan Joe. Drg banyak cite pasal memancing jer...aku layan limau suam je la ngan tgk tv....seb baek de tv. Nak menyibuk sgt bukan aku tau pon pasal memancing nih. baik dok diam jer. Pas lepak minum g mydin jap usha paper bag yang aku nak tp xde....mende lain yg dicari mende lain yg aku beli...haish...pantang la masuk ke kedai ade saje yang nak di beli...huuu

Balik je dari mydin ktrg decide balik uma...penat kot. Aku lg la ngah period camnih mmg x selesa nak kuar lama2....rasa cam nak baring jer manje kan diri...hee

Thursday, 10 January 2013

Satu masalah dipermudahkan....


Malam semalam aku tepon mak bertanya khabar. Seperti biasa mak akan bercerita setiap aktiviti yang dilakukannya dan perkara yang terjadi di rumah. Cam reporter je mak aku nih...hee

Berita paling best aku dengar ialah adik ipar abang aku x jadik wat majlis kahwin bulan 6 nih. Drg postponed ke akhir tahun. Syukur alhamdulillah...yela kalo x majlis die seminggu lepas majlis aku dan serentak ngan majlis bertandang di rumah Joe. Mestilah abang aku x dapat join g pahang nih kalo drg kawin kan...setel satu masalah. Aku mmg nak sangat semua ahli keluarga aku ada waktu aku kahwin x kira la majlis tu kat uma mak ker atau kat pahang nih...yang penting aku nak happy dengan ahli kuarga aku sb aku sayang sangat ngan mak + abang + akak + adik aku. diorang lah yang slalu menyinarkan kehidupan aku dari aku dilahirkan lagi mana mungkin detik2 bahagia aku nt drg xde....mst sangat sedey. Cukop lah tiada kehadiran abah disisi kerana menyahut panggilan Ilahi.

k.siti akak ipar aku yang merangkap wedding planner bersama da mula tanya warna tema perkahwinan aku. Da lama da die tanya dari aku lepas bertunang lagi tapi aku wat x kisah jer. Sian die...he.

Akhirnya, aku da sebulat hati untuk memilih warna dan konsep wedding aku nt. Syukur sangat sb akhirnya aku dapat gak wat pilihan dari berbagai warna dan konsep yang aku tgk. Pening ok tok pilih yang sesuai ngan aku. Ini antara konsep dan idea yang akan aku bentangkan pada mereka yang terlibat balik akhir bulan nt...x sabar nak bgtau drg nt..he. Joe aku x risau sb die ikot jer pilihan aku. X cerewet pon die...he.

Perancangan yang x tau menjadi atau x nih yang ptg ade perancangan dan impian kan...he
Baju nikah...tema putih dan aku nak yang nampak simple n sweet

Pelamin nikah di rumah...nampak sejuk je mata memandang..he


pelamin sanding di dewan nt...sweet jer

Baju sanding...gabungan warna yang aku suka dan simple jer

tema baju tok family aku....dulu plan nak amek tema nih tok nikah tp x jadik 
n nak jugak warna ni ada dlm majlis aku tu yg decide jd baju family...hee


Semua nih hasil google di intenet...he

Smoga dapat sirealisasikan impian aku nih...Amiin.




Masa untuk berubah...



Setiap hari aku berharap aku akan melakukan satu perubahan dalam diri dan kehidupan aku agar lebih baik. Namun melakukan perubahan bukan lah satu perkara yang mudah untuk diri aku. Xtau kenapa dan mengapa...

Kurang keyakinan diri...ya..salah satu punca aku sering postpone setiap tindakan yang aku pikir dalam minda. Aku juga sedar betapa sukarnya menterjemahkan tindakan dari pemikiran minda kita sendiri. Berubah dalam minda sangat mudah tetapi untuk melakukannya dari segi tindakan..sangat la payah.

Aku akan cuba juga walaupun tindakan aku ni lambat dari org lain yang penting ada perubahan...Yakin pada diri yer yana. Bukan senang nak senang dan berjaya. Mudah untuk berkata-kata tidak mudah untuk bertindak...

Hidup Penuh Dengan Alasan



Berkongsi satu tip yang diberikan oleh Tony Robbins.
 
Beliau adalah jurulatih kejayaan yang telah 
membantu lebih dari 1 juta manusia, untuk
hidup lebih sukses.
 
Daripada orang yang dahulunya hampir 
bunuh diri, kini mempunyai harapan untuk
hidup semula di muka bumi.

Satu daripada perkongsiannya yang telah
mengubah cara saya berfikir adalah,
 
"When there is no way, great leaders create
their own way."
 
Ringkasnya, setiap pemimpin atau insan
berjaya sentiasa mencipta jalannya sendiri.
 
Walaupun ketika itu orang ramai melihat
ia sebagai mustahil untuk kita lakukan.
 
 
Jangan sesekali berhenti berjuang. Sentiasa
cari jalan untuk merealisasikan impian yang
anda mahukan.
 


Inspirasi dari Dr.Azizan Osman

Cepat Pancit, Lambat Berjaya



Pernahkah anda menghadapi situasi
seperti ini:
 
1) Semangat membuak-buak untuk
melakukan sesuatu.
 
2) Esok atau hari seterusnya tenaga 
kita menjadi lembik dan tidak bermaya.
 
3) Keadaan kembali seperti biasa.
 
Ini yang biasa berlaku kepada ramai
orang yang kononnya mahu hidup
kaya dan berjaya.
 
Mereka tidak KONSISTEN.
 
Rahsia disebalik kejayaan 
adalah melakukan sesuatu berkali-kali.
 
Tanpa perlu berhenti.
 
Saya pernah memperoleh nasihat yang
bagus untuk dikaitkan dengan konsistensi.
 
"Ketika kita rasa semangat, maka bertindak
dengan pantas."
 
"Ketika kita kurang bersemangat, maka
bertindak juga. Walaupun secara perlahan-lahan."
 
Isunya di sini adalah bertindak walau apa jua
keadaan. Lambat atau cepat itu bukan soalnya.
 
Jika mahu berubah, maka lakukan sesuatu yang 
luar biasa pada diri sendiri.

Kejayaan terletak dalam tangan kita
sendiri, bukan orang lain.
 
Mari kita bertindak dengan sekecil-kecil
tindakan hari ini.



Inspirasi dari Dr.Azizan Osman

Teknik Mengatasi Ketakutan



Perasaan takut adalah emosi yang bergelumang
dalam diri setiap manusia.
 
Tidak ada sesiapa pun yang terkecuali daripada
rasa takut.
 
Namun begitu, untuk berjaya, penting untuk 
anda menjinakkan ketakutan.
 
Soalnya bagaimana?
 

Reset Akal, Reset Minda
 
Ubah cara kita berfikir.
 
Ini adalah teknik untuk mengatasi ketakutan
pada peringkat awal.
 
Apa yang perlu anda lakukan adalah:
 
1) Jika takut untuk berniaga, maka fikirkan
bagaimana perniagaan dapat membantu
yana untuk mempunyai banyak duit.
 
Banyak duit = Boleh bantu ramai orang.
 
Kerana ramai orang tidak berniaga kerana
takut riak, sombong dan sebagainya.
 
Hakikatnya anda, tidak semua orang
kaya memiliki sifat yang hina itu.
 
Malah tidak malu untuk saya katakan,
bahawa golongan miskin lebih banyak
berfikiran seperti itu.
 
2) Untuk ubah cara kita berfikir, maka ubah
golongan kawan-kawan.
 
Cari rakan-rakan yang mempunyai sikap:
 
>> Positif.
 
>> Menyokong usaha.
 
>> Mempunyai impian.
 
Rapatkan diri anda dengan golongan-golongan
ini. Percaya atau tidak, siapa anda lagi
5 tahun akan datang...
 
Ditentukan oleh siapa rakan-rakan anda
sekarang.


Inspirasi dari Dr.Azizan Osman

Rahsia Untuk Ubah Hidup



"Saya ingin berubah. Tetapi bagaimana untuk memulakan
perubahan itu?"
Jawapannya mudah.
Faham ketiga-tiga elemen di bawah, dan ubahnya satu
per satu.

Selepas itu, anda akan nampak hidup anda akan
berubah secara total.
Tiga elemen yang dimaksudkan adalah,
1) Thinking.
2) Emotion.
3) Action.
1) Thinking

Minda adalah kuasa. Cara kita berfikir menentu kejayaan
atau kegagalan dalam hidup.
Jika anda serius mahu berubah, maka ubah cara 
berfikir.
Antara perubahan gaya fikir yang boleh dilakukan adalah:
Suka salahkan orang lain tukar menjadi suka bertanggungjawab
pada apa yang dilakukan.
Selalu merendah diri tukar menjadi sentiasa yakin diri.
Selalu tidak ada duit tukar menjadi sentiasa mencari alternatif
untuk mengubah status kewangan.

2) Emotion
Emosi adalah kuasa kedua selepas minda.
90% tindakan kita hari ini berlandaskan emosi. 10% sahaja
berdasarkan logik.
Oleh yang demikian, kawal emosi kita dengan baik supaya
lebih dekat dengan kejayaan dan kekayaan.
Berhenti daripada marah-marah.
Berhenti daripada benci-membenci.
Berhenti daripada caci-mencaci.
Mulakan harian kita dengan memuji-muji alam dan 
manusia sekeliling.
Kemudian berikan senyuman yang terbaik kepada
seluruh makhluk Allah.

3) Action

Lakukan tindakan yang luar biasa.
Luar biasa bermaksud, tindakan yang berlainan daripada
apa yang yana selalu lakukan.
Kerana hidup kita tidak akan berubah, jika kita
asyik melakukan tindakan yang sama.
Same action = Same result.
Walaupun cara kita berfikir dan emosi sudah berubah,
namun tindakan adalah PENENTUAN.
Ubah tindakan kita menjadi lebih luar biasa.



Inspirasi dari Dr.Azizan Osman

Teknik Magik Untuk Kaya dan Berjaya



 
Untuk membuatkan anda menjadi insan yang lebih:
 
1) Berani.
 
2) Kaya.
 
3) Berjaya.
 
4) Bersyukur.
 
5) Bahagia.
 
anda boleh gunakan magik ini berkali-kali, apabila
mengimpikan sesuatu.
 
Magiknya adalah...
 
"Teknik Tampal Impian"

Berikut adalah langkah demi langkah untuk anda
lakukan magik ini.
 
Sila ikut dengan penuh teliti. Jika tidak, magik ini tidak
akan jadi.
 
1) Kerat / print mana-mana impian yang kita mahukan.
 
Sebagai contoh, anda mahu kondominium yang
eksklusif dan mempunyai reka bentuk idaman yang
diidamkan.
 
Atau kereta BMW yang selesa untuk dibawa berjalan
bersama keluarga.
 
Atau membina masjid yang tersergam indah, di mana
para jemaahnya seronok untuk menyembah Tuhan
yang satu.
 
2) Tampal gambar itu di tempat yang anda boleh
lihat sebelum tidur, dan juga selepas bangun dari
tidur.
 
3) Senyum, yakin dan percaya bahawa anda sudah
dapat impian itu.
 
4) Lihat gambar itu secara konsisten dalam tempoh 30 hari
pertama. 
 
5) Rasai sendiri betapa dekatnya impian itu dengan anda.
 
Teknik adalah saya gelarkan MAGIK. Kerana ia berkait 
rapat dengan Law of Attraction.
 
Kita tarik impian yang kita mahukan.

Di mana 90% manusia yang hidup dalam dunia ini tidak
mempunyai impian. Itu yang menyebabkan hidup mereka
huru-hara, terseksa dan derita.
 
Ubahsuai hidup anda hari ini menggunakan teknik
magik yang di kongsikan.




Inspirasi dari Dr.Azizan Osman

Buang 'Biawak2 Hidup' Sekarang



Sampai kiamat pun kita tidak akan berjaya.
 
Jika anda masih lagi dibelenggu dengan golongan
biawak.
 
Apa yang saya maksudkan dengan golongan ini?
 
Mereka adalah golongan yang suka untuk:
 
1) Merendahkan motivasi diri anda untuk berubah.
 
2) Mengeji anda.
 
3) Mencaci apa sahaja yang anda, lebih-lebih lagi
jika ia berkaitan dengan benda yang baik.
 
Menghina adalah kepakaran utama golongan biawak.
 
Jika anda mahu berjaya, langkah terbaik adalah
menjauhkan diri daripada golongan ini.
 
BERANI untuk BERUBAH.
 
BERANI untuk meninggalkan golongan-golongan
biawak ini.
 
Saya sendiri merasai perubahan hidup 360 darjah, selepas
meninggalkan mereka.
 
Hari ini, saya hidup dengan orang yang komited untuk
berjaya.
 
Lebih mengujakan, para sahabat saya kini adalah mereka
yang sentiasa menyokong apa yang saya mahu lakukan.

Tidak cukup dengan itu, mereka memberikan idea yang
luar biasa untuk menambahnilai perjuangan saya.
 
Sila tinggalkan golongan biawak sekarang.
 
Kemudian jumpa  di puncak kejayaan.


Inspirasi dari Dr.Azizan Osman

Formula Kejayaan Para Jutawan



"Bagaimana untuk saya menjadi jutawan?"
Sebelum itu, anda perlu faham beberapa
prinsip untuk menjadi seorang jutawan.
1) Jutawan adalah insan yang komited dalam
menambah nilai (add value) dalam diri orang
ramai.
2) Jutawan seorang yang bekerja keras dan
mencintai apa yang mereka lakukan.
3) Jutawan sentiasa m_____s matlamat mereka
di atas kertas.
Jawapan untuk poin nombor 3 adalah...
MENULIS.
Setiap jutawan menulis IMPIAN mereka di atas
kertas.
Kenapa?
Apabila impian itu dizahirkan dalam bentuk tulisan,
ia memberikan ruang untuk kita lebih dekat dengan
kejayaan.
Oleh itu, tulis matlamat yana di atas kertas
sekarang.
Berikut langkah mudah untuk
menjadi seorang jutawan
1) Ambil pen.
2) Ambil kertas.
3) Tulis apa yang yana mahukan dalam hidup ini.
Kemudian rasai sendiri emosinya, apabila
sudah mula menulis.
Pasti rasa "lain macam."



Inspirasi dari Dr.Azizan Osman

Ubah Hidup Untuk Lebih Kaya dan Berjaya...



Hari ini, ramai orang hidup dengan penuh
masalah, kekecewaan dan ketakutan.
Lebih mengerikan, mereka tidak tahu
bagaimana untuk mengubah keadaan 
dengan lebih baik.
Mereka juga takut dengan kata-kata
negatif orang lain.
Sebagai contoh, pernahkah anda
hadapi keadaan di mana kita membuat
keputusan mahu mengubah kehidupan
menjadi lebih baik.
Kemudian rakan sekeliling akan berkata,
"Sia-sia sahaja engkau berangan! Lupakan
sahaja impian engkau itu!"
Kemudian anda pun meneruskan
kehidupan yang penuh dengan seksaan
seperti biasa.

Selepas 30 tahun berlalu, anda mula
menyesal.
Sesalan itu tidak berguna lagi!
Ubah diri anda supaya menjadi LEBIH LUAR BIASA.
Luar biasa yang dimaksudkan adalah:
1) Luar biasa KAYA.
2) Luar biasa BERJAYA.
3) Luar biasa BAHAGIA.




Inspirasi dari Dr.Azizan Osman