Semenjak dua menjak nak dekat hari perkahwinan ni banyak la perkara berkaitan kesihatan aku perlu amek tau. Dulu dok sorang2 so xde hal la jaga diri sendiri tapi lepas ni berdua dan juga mungkin bertiga atau berempat jika Allah kurniakan aku zuriat. Perlu juga bergaul dengan keluarga baru,orang baru so penjagaan dan perapian diri sangat penting.
Aku juga dalam usaha untuk manjadi sihat dan cantik. Usia pon makin meningkat kan perlu la ada kesedaran untuk menjaga diri.
Aku juga spesis yang x suka nak telan pil sangat sb tu perlu gigih lagi mencari inisiatif supaya xperlu telan pil untuk sihat dan cantik. Cara yang paling best ialah tanpa perlu makan pil aku just perlu makan makanan yang sihat....apa la plak makanan yang sihat ni kan. Setelah menjalankan misi dapat la info di myself.com nih....
Sangat berguna untuk aku yang kuat makan dan nak sihat dan cantik...poyo sangat...he
Untuk kulit lebih berseri sila makan ni yer wahai cik yana yang ingin jelita...
Kacang badam (almond)
- Makan banyak kacang badam yang kaya dengan vitamin E boleh meneutralkan sebarang radikal yang mengakibatkan wajah tampak tidak sekata. dan fatty acid dari badam bleh jadikan kulit lebih berkilau cantik...best2 sb aku mmg suka kacang badam nih.
aprikot
- Kena bertukar dari jeruk biasa kepada aprikot...sb buah nih banyak manfaat untuk mengelakkan dari cepat berkedut. Bila makan buah ni, badan akan menukarkan vitamin A yang terdapat dalam buah ni kepada retinol yang membantu menghasilkan sel kulit baru. Perbanyak kan makan buah ni boleh jadikan muka sentiasa awet muda...he
Kacang brazil (brazil nut)
- Xpernah lagi mencuba kacang nih dan aku juga x tau nak carik kat ner...huu. Kacang ni baik untuk mempercepatkan baik pulih kulit dari sun burn. So bila nak g berjimba-jimba di pantai atau nak lakukan aktiviti pantai sila makan kacang nih andai terlupa nak sapu sunscreen protector kat muka dan badan atau spesis yang x suka nk pakai cream....dapat satu lagi cara baru tanpa pakai cream just makan kacang jer kulit tetap cantik ....hee
Kacang kuda (chickpeas)
- Aku suka makan kacang ni direbus...slalu je ade jual kat rnr bila lalu hingway kan..
Kacang ni bagus untuk meudarkan kesan calar, parut dan bintik hatam pada kulit. Protien dari kacang menghasilkan asid amino yang menggalakkan pertumbuhan dan merawat tisu kulit. X sangka lak kacang ni banyak khasiat terutama tok kulit aku yang masih ada parut jerawat di muka nih...best2
Ketam (crab)
- Makanan seafood kegemaran aku. Kebaikan bila makan ketam ni ialah zink dari ketam boleh membantu mengurangkan liang roma tersumbat dan minimakan kerosakan kulit akibat gejala jerawat.
Xleh makan slalu sangat makanan seafood nih tapi ketam bagus so leh la tukar dari sotong n udang kepada ketam tapi mahal la plak kan...huu
Teh Hijau (green tea)
- Untuk mendapatkan kulit yang anjal bak tilam vono tuh sila rajinkan diri yer yana untuk minum teh hijau sb ia kaya dengan antioksidan yang dapat menganjalkan kulit agar sentiasa kelihatan muda...
Buah oren (orange)
- Vitamin C dari buah oren nih boleh menambah penghasilan kolagen dan juga struktur kulit dan ia juga dapat menghindarkan anda dari lingkaran gelap sekitar mata jika rajin makan buah ini...dari slalu makan junk food baik kunyah buah oren nih...
Ikan Salmon
- Ikan yang kaya dengan omega-3 yang dapat membantu meningkatkan prokduktiviti kolagen n tahap elastik kulit yang menjadikan kulit lebih halus dan tidak mengelupas. Kena blaja makan sushi ikan salmon nih xyah nak carik kat pasar...hee
Minyak Bunga Matahari (sunflower seed oil)
- Bagus untuk yang kulit kering dan kulit biasa sb nyer minyak ni boleh membantu menghasilkan lapisan sel kulit yang lebih lembut dan baik juga untuk kesihatan bayi. Da bleh tukar minyak masak da pasnih. kadang2 guna olive oil so pasni leh la tukar2 antara ilive oil ngan minyak nih...mst makin sihat aku...he
Roti
- Roti whole grain nih bila makan dapat mengurangkan kemerah-merahan muka dari kesan jerawat dan radang kulit. X sangka kan makan roti pon leh jadikan kulit sihat dan cantik...
Semoga aku akan dapat ikot tips nih...xdapat amalkan smua dapat dua tiga mende yang baik tok aku makan pon da kira cukop baik untuk permulaan langkah sihat..chaiyokkk!!!
No comments:
Post a Comment