Sampai kiamat pun kita tidak akan berjaya.
Jika anda masih lagi dibelenggu dengan golongan
biawak.
Apa yang saya maksudkan dengan golongan ini?
Mereka adalah golongan yang suka untuk:
1) Merendahkan motivasi diri anda untuk berubah.
2) Mengeji anda.
3) Mencaci apa sahaja yang anda, lebih-lebih lagi
jika ia berkaitan dengan benda yang baik.
Menghina adalah kepakaran utama golongan biawak.
Jika anda mahu berjaya, langkah terbaik adalah
menjauhkan diri daripada golongan ini.
BERANI untuk BERUBAH.
BERANI untuk meninggalkan golongan-golongan
biawak ini.
Saya sendiri merasai perubahan hidup 360 darjah, selepas
meninggalkan mereka.
Hari ini, saya hidup dengan orang yang komited untuk
berjaya.
Lebih mengujakan, para sahabat saya kini adalah mereka
yang sentiasa menyokong apa yang saya mahu lakukan.
Tidak cukup dengan itu, mereka memberikan idea yang
luar biasa untuk menambahnilai perjuangan saya.
Sila tinggalkan golongan biawak sekarang.
Kemudian jumpa di puncak kejayaan.
Inspirasi dari Dr.Azizan Osman
No comments:
Post a Comment