Thursday, 10 January 2013

Rahsia Untuk Ubah Hidup



"Saya ingin berubah. Tetapi bagaimana untuk memulakan
perubahan itu?"
Jawapannya mudah.
Faham ketiga-tiga elemen di bawah, dan ubahnya satu
per satu.

Selepas itu, anda akan nampak hidup anda akan
berubah secara total.
Tiga elemen yang dimaksudkan adalah,
1) Thinking.
2) Emotion.
3) Action.
1) Thinking

Minda adalah kuasa. Cara kita berfikir menentu kejayaan
atau kegagalan dalam hidup.
Jika anda serius mahu berubah, maka ubah cara 
berfikir.
Antara perubahan gaya fikir yang boleh dilakukan adalah:
Suka salahkan orang lain tukar menjadi suka bertanggungjawab
pada apa yang dilakukan.
Selalu merendah diri tukar menjadi sentiasa yakin diri.
Selalu tidak ada duit tukar menjadi sentiasa mencari alternatif
untuk mengubah status kewangan.

2) Emotion
Emosi adalah kuasa kedua selepas minda.
90% tindakan kita hari ini berlandaskan emosi. 10% sahaja
berdasarkan logik.
Oleh yang demikian, kawal emosi kita dengan baik supaya
lebih dekat dengan kejayaan dan kekayaan.
Berhenti daripada marah-marah.
Berhenti daripada benci-membenci.
Berhenti daripada caci-mencaci.
Mulakan harian kita dengan memuji-muji alam dan 
manusia sekeliling.
Kemudian berikan senyuman yang terbaik kepada
seluruh makhluk Allah.

3) Action

Lakukan tindakan yang luar biasa.
Luar biasa bermaksud, tindakan yang berlainan daripada
apa yang yana selalu lakukan.
Kerana hidup kita tidak akan berubah, jika kita
asyik melakukan tindakan yang sama.
Same action = Same result.
Walaupun cara kita berfikir dan emosi sudah berubah,
namun tindakan adalah PENENTUAN.
Ubah tindakan kita menjadi lebih luar biasa.



Inspirasi dari Dr.Azizan Osman

No comments:

Post a Comment