Friday 26 April 2013

Lagu + Doa + Penanda Arah majlis kawin.....


Tinggal sebulan je lagi sebelom majlis. Sangat letih otak nak memikirkan segala mende supaya xde yang aku termiss untuk dibuat.

Hari nih aku settle bab2 kecik tapi penting...hee

Aku da siap pilih lagu tok dimainkan masa majlis aku nanti. Semua list lagu tuh lagu2 yang aku suka nak dengar n lagu pengantin tu yang standat jer. Aku da siap print out supaya senang nak bagi kat dj nanti..he

Lagu2 cinta

Sempurna - Andra & The Backbone
It's All About You - McFly
Dengarkanlah - Sheila Majid
Come What May - Moulin Rouge
Sedetik Lebih - Anuar Zain

Marry You - Bruno Mars
Marry Me - Train 

Rhythm of Love - Plain White T's
Hadirmu - Sheila Majid
I Do - Colbie Caillat
Cintamu - Siti Nurhaliza
Aku dan Dirimu - Ari Lasso feat Bunga Citra Lestari
Kaulah Segalanya - Ruth Sahanaya
I'm Yours - Jason Mraz

Ayat Ayat Cinta - Rossa
I'm The Lucky One - Anuar Zain
All My Life - K-Ci & Jojo

Tetaplah Dihatiku - Bunga Citra Lestari
Terima Kasih Cinta - Afghan
Tercipta Untukku - Ungu
Akhirnya - Camelia
Cinta - Sheila Majid
Tentang Kamu - Bunga Citra Lestari
For The Rest of My Life - Maher Zain
Grow Old With You - Adam Sandler
Ketulusan Hati - Anuar Zain
Hanya Satu - Nora

Just The Way You Are - Bruno Mars
Don't Let Me Fall - Lenka
You Got Me - Colbie Caillat
Every Thing I Do I Do It For You - Bryan Adams
Ku Ingin Kamu - Romance Band
Penghujung Cintaku - Pasha feat Adelia

Lagu Pengantin
Di Renjis-Renjis
Kompang Dipalu
Selamat Pengantin Baru
Bunga Rampai
Gendang Kahwin
Gambus Jodoh
Gunung Payung
Kenek Keneklah Udang
Joget Si Mandi Mandi
Joget Mak Andam
Joget Pak Mat Kahwin Lagi
Joget Malam Berinai
Pinang Sireh Pinang
Apa Dah Jadi (Orkestra)
Menunggu Nasi Minyak
Pak Kelepak Pak Pong
Inang Pengantin




Aku gak da siap print doa untuk pengantin masa majlis sanding nanti. Doa ni aku rasa sangat lengkap dan aku suke sangat. Sayu hati dengan doa nih. Sebenarnya aku dapat doa nih dari blog tapi da x ingat lak nama blog die...huu

Ya Allah, 
Kami Menzahirkan Diri Kami Pada Hari Ini…
Untuk Sama-Sama Meraikan Pembentukan Sebuah Lagi Masjid Ummatmu…
 Berkatilah Ya Allah… Kehadiran Kami Ini…
 Semoga Berkatmu Ini Akan Menjadi Penyubur..
 Pada Pembinaan Perkahwinan… Yang Penuh Dengan Mawaddah Dan Rahmah…

 Ya Allah…Ya Rabbana…

Kami Hanya Mampu Untuk Menadah Tangan Kami Kepadamu…
 Dan Memohon Kepadamu Dengan Penuh Munajat… Agar Apa Yang Kami Pinta Ini Dimakbulkan… Sekiranya Pada Diri Kami Ini Masih Ada Kelemahan Dan Dosa….
Janganlah Ya Allah …Perkara Ini Menjadi Penghalang…
Pada Termakbulnya Doa Kami…. Yang Terbit Dari Hati Yang Ikhlas…
 Dan Dari Jiwa Yang Sentiasa Mengharapkan Kebesaranmu Serta Keampunanmu…

 Allahumma…. Kami Berdoa Agar Kedua Mempelai Ini…
 Akan Terus Melengkapkan Iman Mereka… Melalui Perkahwinan Mereka…
Bekalkan Mereka Dengan Kasih Sayang Sejati… Perasaan Belas Kasihan Yang Hakiki…
Tekad Usaha… Yang Tidak Mengenal Penat… Tawakkal Kepadamu…

Yang Tidak Mengenal Pasrah…. Kesetiaan Antara Satu Sama Lain…
Yang Tidak Mengenal Sangsi… Ketaatan Kepada Orang-Orang Tua Mereka…
Yang Tidak Mengenal Derhaka… Dan Yang Terpenting… Keimanan Kepada-Mu…
Yang Tidak Mengenal Ingkar… Ya Rahman…Ya Rahim…. Insafikan Mereka Berdua Ini….

 Bahawa Kejayaan Perkahwinan Mereka Bukan Bermula Dengan Kekayaan….
Bukan Bertapakkan Kedudukan….. Dan Bukan Bersemarak Dengan Pujian….
Insafikan Mereka Ya Allah….. Sebagaimana Juga Kami Yang Lain Telah Diinsafi….
 Bahawa Kebahagiaan Perkahwinan Mereka Bermula Dengan Tidak Lupa Pada-Mu….
Dengan Sentiasa Merindukan Kehadiran-Mu….
Dan Dengan Berkekalan Mensyukuri Nikmat Iman Anugerahmu…
Kurniakan Kepada Mereka Berdua… Sifat Saling Kukuh – Mengukuh…
Sebagaimana Berlakunya Antara Rasulullah S.A.W Dengan Khadijah….
Kerana Sesungguhnya…
Mereka Berdua Akan Melalui Perjalanan Yang Tidak Lekang Dari Diuji…

Kurnia Kepada Si Isteri Kesetiaan Kepada Suaminya…
Sebagaimana Kesetiaan Zainab Binti Muhammad S.A.W….
Peng`Abdian Kepada Allah S.W.T…
Sebagaimana Peng`Abdian Rabiah Al-`Adawiyyah..
Dan Iltizam Untuk Menjadi Isteri Serta Ibu Yang Solehah…
Sebagaimana Yang Ada Pada Sumayyah Binti Hubbath…

Kurniakan Juga Kepada Si Suami…
Kebijaksanaan Membimbing Isterinya Ke Ambang Syurga…
Dan Semoga Dia Sabar…Dengan Apa Pun Yang Menduganya…
Sebagaimana Nabi Allah Ayyub… Bersabar Dengan Ujian Terhadap Imannya,
Kesihatannya Dan Keluarganya… 

Ya Allah…. 
Sesungguhnya Tidak Ada Doa Yang Susah Bagimu Untuk Makbulkan…..
Bagi Kami Yang Sama-Sama Menghadiri Majlis Pada Hari Ini….
Insafi Juga Diri Kami… Supaya Kami Mampu Menjadi Contoh Yang Hidup Bagi Kedua Mempelai Ini… Bagi Ahli Keluarga Kedua Mempelai… Yang Telah Kembali Ke Rahmat-Mu… Izinkan Arwah Mereka Untuk Menyaksi…Saat-Saat Kebahagiaan Mereka Berdua… Semoga Anak…Cucu… Dan Keturunan Mereka… Akan Merupakan Insan-Insan Yang Bakal Mewarisi Tunggak Agama-Mu…Dan Tanahair Yang Kami Cintai Ini… 


Amiin



Aku gak sempat siapkan signage@ penanda arah tok g ke dewan kg.melayu tempat aku sanding nanti. Disebabkan aku xtau lagi nak letak kat mana signage nih so aku decide nak print nama ngan penunjuk arah berasingan. design ni sangat simple sebab aku wat sama ngan kad kawin so senang la nanti tetamu nak cam signage nih...hee

penanda arah

Poster nama aku

hasil bila penanda arah ditampal di poster

Idea poster penanda arah aku dari kad kawin sendirik...








No comments:

Post a Comment