Friday 30 November 2012

Tempat makan di Kuantan...


Hari ni mood aku rasa nak makan jer. Oleh yang demikian aku nak remind balik tempat2 makan yang best penah aku pergi.

Paling aku suka makan ialah steamboat. Antara yang best kat kuantan ni yang aku tau ialah:


1) Johnny's Restoran
Kedudukan di dalam East Coast Mall bersebelahan Pizza Hut. Dulu masa sampai kuantan ni je kot tempat steamboat yang aku tau dan selalu pergi. Restoran ni pon da cukup terkenal kan. Waktu buka sama cam shopping complex nyer operation..he




2) East Coast Bufet Steamboat Restoran
Aku tau tempat ni sb dak praktikal kat opis aku bgtau. X bape jauh sangat dari bandar. Cukup menepati selera aku yang mengemari steamboat. Paling best ialah bufet so leh la makan sampai kenyang sb banyak jer pilihan.
Restoran ni kat area air putih odw nak g berserah. Senang je nak carik kedai nih. Waktu operation dari pukul 11pagi-5ptg.
 Lg detail ade di >> East Coast Restoran




**all pic source frm east coast fb

3) Lila wadi barbeque restoran
Restoran ni pon best gak sb bbq set and makanan laen pon best jugak. Mula2 g carik kedai ni mmg mencabar minda gak sb tempat die agak tersorok bersebelahan kastam. Lagi2 bila g waktu malam mmg aku asyik u-turn je la kejenyer. Seb baek berbaloi. Tempat ni jugak selalu penoh so untuk keselamatan dari merasa kecewa perlulah call dulu sebelom datang..he
Lagi detail ada di >> Lila Wadi Restoran







 **all pic sorce frm lilawadi fb

4) Sri Affa
Yang ni fusion restoran so ade banyak pilihan makanan termasuk la steamboat. Kat sini steamboat rate die satu kepala rm17. Set bukan jenis bufet. Bagi yang datang ngan member yang x gemar makan steamboat leh la layan makanan laen sb ade banyak je choice. western food kat sini leh tahan sedap jugak.
Lagi detail ade di sini >> Sri Affa Restoran


 **all pic sorce frm sri affa fb

Ni jer kot setakat ni yang aku da pernah exlore. Ade lagi tempat yang aku akan jejaki...he






Nak g ke x ni ekk...aigoo00


Tadi joe tepon soh datang uma die malam nih sb mak die ajak dinner n makan durian.

Aku cam malas je nak g sb da banyak kali dtg asyik amkan2 jer kan. kalo xde makan2 mmg x nampak muka aku. Mesti drg pandang negatif je kat aku nanti. Ke aku je yang pikir bukan2 nih...

Lagi satu reason malas nak g sb aku malas nak ngadap muka Joe. Xtau nape tp cam ade mende yang aku x puas hati ngan die nih cuma x pasti sampai skang mende ape yang aku x puas hati tuh. Sakit lak otak camnih...

Haishh...nak g ke x nih...

X g kang kate aku sombong lak. Bila g rasa cam x best pon...

Pening aku, org ajak makan pon aku leh dalam dilema kan...xpaham betol!!

Kerana mulut badan binasa...


Aku sangat setuju ngan peribahasa kerana mulut badan binasa.

Aku x paham dengan perangai sesetengah manusia nih. Mulut mmg manis bila depan kita. Smua pon bagus jer tapi bila blakang kita die hentam kita balik. Bermuka2 sangat. Aku yang dari kesian terus da malas nak amek tahu.

Da tua kot nape la x sedar2 juga kan akibat dari bermuka-muka nih. Mesti x blaja dari pengalaman. mustahil dengan mulut die camtuh xde balasan buruk kan. Sakit lak tgk.

Ada satu pagi bila die serahkan surat akuan penerimaan polisi takaful. Banyak kali aku minta maaf n bgtau dia akan dapat lambat polisi tuh sb ade masalah ngan system kat hq. Bukan salah aku la kiranya. Die pon cakap ok. Not big deal tapi bila dapat surat akuan penyerahan die leh bantai komen aku lambat bagi maklumat la pastu cakap aku x bagus.

Geram mmg geram sb kita da maklumkan awal masalah tu. Bila dapat je surat tu n baca balik. Aku diam jer. Die tgk jer aku pastu die cakap die jenis berterus terang kalo x puas hati apa2. Bagus la kalo camtu tapi nape x cakap masa aku mintak maaf aritu kan. Nampak sangat nak burukkan reputasi aku. Die kot client pertama yang komen camtuh. Aku pon diam cuba bersabar tapi hati aku cepat je panas n doa die dibalas ngan ape yang die wat kat aku

Doa org teraniaya ni makbul kan...tengah hari tu jugak mak cik ni kena tukar ke pejabat baru. Die cleaner kan. Slalu je komplen opis ktrg ni boring sb x banyak keje. Allah nak tunjuk agaknya, die kena bersihkan satu pejabat 2 tinggkat sebelah opis aku nih srg2. Xde org tolong. da la opis baru. dapat bayangkan la die punyer penat tuh.

Datang opis kitorang dengan muka kepenatan dan lapor. Sampai2 je terus makan kuih yang ada kat atas meja tuh. kitorang pon ty la penat x. Memang dasar ego kan. Tgk muka pon kita da tau die penat. Nak jugak kate x penat n keje biasa jer tuh. Padahal muka da merah padam. X paham tol aku ngan org yg cakap besar n tikam belakang nih.

Aku doakan je semoga die dapat hidayah tok berubah. Nak kate lebih2 pon perjalanan aku masih panjang lagi. Allah tau ape yang sebaiknya untuk setiap hambanya.

Thursday 29 November 2012

Umrah part III


Aku sampai ke Jeddah pada pukul 12 lebey. Walaupun sampai da hampir pagi tapi airport Jeddah memang x penah sunyi dari jemaah2 umrah. Jeddah airport sangat besar dan selesa bersesuaian dengan jumlah pengunjungnya.

Sementara menunggu beratur untuk pemeriksaan imigresen aku lihat ramai je warga arab ni yang sibuk menjual prepaid dengan harga RM45 @ 50 riyal.

Bagi perempuan bujang perlu ada mahram so disebabkan aku pergi ngan mak aku ditumpangkan oleh agensi untuk bermahram ngan en.Amir. Die g umrah ni ngan family die. Aku pon join jadik part of family die. Macam anak angkat gitu...he

Pas lepas jer bahagian imigresen, pasport kitorang semua akan dikutip. Kira sepanjang kita berada kat Madinah n Mekah nanti pasport bukan bersama kita la. Sesi mengambil bagasi pulak. Time ni mmg aku x bape nak suka sb berat kot nak angkut bag2 nih..hu

Mak ngah berposing tunggu mutawif

Masjid di Jeddah Airport. Sempat menunaikan solat Isyak

Kesibukan di Airport Jedaah. Specialnyer kat sini ialah segala 
anouncement semuanya dengan suara lelaki sebab suara wanitakan aurat.

Mutawif yang kami nanti-nantikan.

Lepas je smua setel kami berkumpul menunggu mutawif yang akan menjaga dan membantu sepanjang kita beribadat disana. Mutawif ni dari Indonesia so senang la nak banyak tanya ngan dia sb tiada kengkangan bahasa. Mutawif kami muda lagi tapi da berpengalaman luas. Dia hadir bersama isterinya.

Kami meneruskan perjalanan ke Madinah dengan menaiki bas. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 3 jam lebih. Dalam perjalanan kami ada berhenti makan dan ke toilet sebab sepanjang perjalanan nanti xde berhenti-henti. Aku turun tok makan jer sb x terasa nak ke toilet. Bersyukur sangat sb smua mereka yang ke toilet komplen toilet tu sangat kotor.Termasuk mak aku jugak.Aku da wat persiapan mental so aku anggap itu ujian kecil jer disini sb aku da baca banyak pengalaman mereka2 yang kesini rata2 mengatakan kebersihan toilet sangat teruk mungkin sb ramai sangat org dan semua pon dari latar belakang yang berbeza. Jadi lah macam2 hal kan. Yang penting sabar itu mesti ada. Itu pentinganya membuat persediaan sebelom pergi kemana2 agar kita tidak terkejut ngan kejadian2 yang kita x akan pernah jangkakan.

Berhenti makan jap

ramai2 turun g toilet kat masjid nih

Aku habiskan masa dengan tidur je sb nak tgk pemandangan pon x nampak ape sb gelap sangat. Padang pasir kot so xde la bangunan di sepanjang jalan. Jika ade pon hanya rumah2 kecil dan surau itupon boleh dibilang dengan jari bilangannya.


Masjid Nabawi

Hotel penginapan di Madinah

Masa sampai ke Tanah Suci Madinah memang akan nampak la Masjid Nabawi. Hati memang terasa sangat sayu dan bersyukur ngan nikmat Allah berikan pada aku. Kami sampai ke Hotel Durrat Al-Fayroz hampir menjelang subuh. Hotel ni dekat je ngan masjid Nabawi. Jalan raya da sesak da ngan jemaah yang keluar untuk ke masjid menunaikan solat subuh. Kami terlambat. Disebabkan menguruskan hotel dan bilik kami x sempat nak berjemaah di masjid. Solat subuh di dalam bilik je. Sedey jugak sb ngah bersemangat nak ke Majid Nabawi nih..

Aku ngan mak dapat g ke Masjid Nabawi untuk menunaikan solat sunat Dhuha. SubhanaAllah...sungguh indah sekali Masjid Nabawi nih. Rasa cam nak nangis sangat2 sb selama nih aku tgk gambar xpon kat tv jer keindahan Masjid ni tapi bila da berada depan mata dan dapat solat di dalamnya rasa mmg xnak keluar la. Berbeza sangat dengan keadaan masjid lain yang pernah aku masuk. Aura yang sangat kuat untuk beribadat. Aku sempat la baca beberapa surah al-Quran lepas solat sunat dhuha.


Kehidupan...


Kehidupan ni penuh dengan kejutan. Kadangkala apa yang kita rancang x semestinya perancangan itu milik kita.

Hidup aku juga penuh dengan kejutan dan ada juga perkara yang aku rancang x menjadi seperti yang aku kehendaki. Siapa lah aku kan nak melawan takdir Allah.

Tahun ni banyak perkara yang aku rancang menjadi lain. Kewangan pon sama jugak. Sekarang ni aku perlu sedar dengan betapa pentingnya pengurusan kewangan. Aku xleh lagi nak teruskan dengan sifat boros yang melampau. Tabur duit sesuka hati sampai akhirnya xtau duit aku kemana dan simpanan habis macam tu aje.

Mengikut perancangan aku, awal tahun aku akan bertunang dan bernikah pada akhir tahun. Simpanan pon aku da prepared. Tapi bila x jadi ape yang aku nak. Aku guna duit untuk perkara lain. Aku pon masa tu da x pikir da akan bertunang atau kawin dalam tahun nih. Sebab nampak cam banyak jer masalah. Tapi disaat aku x bersedia dan menduga Allah bagi rezeki untuk aku bertunang. Budget masa tu pon cukop2 makan. Memang guna smua simpanan la.

Ingat selepas bertunang nak start menabung sb majlis pon lagi 6 bulan tapi sampai skang aku masih pening ngan budget sb family aku perlukan sokongan kewangan. Aku sendiri perlukan duit yang banyak tok covered segala jenis hutang dan belanja. Nak xnak sikit atau banyak perlu juga korbankan untuk membantu. Nampaknya perlu la berjimat cermat dalam berbelanja..huu

Bila fikir semula, aku rasa ini adalah ujian Allah untuk aku. Allah da hampir makbulkan doa aku untuk berkahwin dan kini aku diuji dengan masalah kewangan. Ujian ni aku anggap untuk aku lebih dekat lagi dengan Allah swt supaya aku tidak terbuai dengan nikmat yang diberikan. Aku juga bersyukur aku diberikan kesihatan dan kasih sayang dari orang sekeliling aku dapat lah aku melakukan rutin harian aku. Masalah tetap ada dalam setiap kehidupan manusia.

Perlu yakin dan sentiasa berdoa agar ujian aku ini dipermudahkan dan aku,keluarga aku serta Joe n keluarga die sentiasa dirahmati oleh Allah swt.

Monday 26 November 2012

Umrah part II


Pengalaman Di bumi Bangladesh. Bukan x biasa pon berjumpa ngan orang bangla kan sb ramai je warga mereka kat Malaysia tapi satu keistimewaan nyer ialah belajar mengerti cara kehidupan mereka sehingga mereka sanggup berhijrah ke Malaysia demi sesuap nasi. Itu aku kira perjuangan hidup mereka dalam mencari kebahagiaan hidup.

Negara bagladesh ni memang serba kekurangan. Dari segala segi aku rasa. Tahap kebersihan pon sangat dasyat sebab suhu nya yang panas terik so debu2 dari pasir dan tanah merah yang ada disekeliling mampu membuatkan sakit asma. Jalan raya sesak dan mereka berlumba-lumba seolah-olah tiada peraturan jalan raya. Kitorang jemaah nih naik bas kat sana da macam naik kereta lumba. Nyawa ni rasa cam leh melayang bila2 masa jer.

Berada di sini aku seolah-olah megimbau jalan cerita dalam movie slumdorg millionare. Itu kat India kan tapi cara dan suasana sama je keadaannyer kat Bangladesh nih.

Tips ketika berada kat sana ialah kena jaga barang2 sendiri sebaiknya. Sekali hilang mmg xde harapan untuk jumpe kembali la aku rasa. Kalo nak jalan2 pastikan bawak penutup mulut untuk elak dari debu dan minum air banyak sb cuaca kat sana sangat panas.

Antara gambaran yang sempat aku rakan ketika disana.


Dhaka Airport yang agak sesak 



Ni ketika sampai di airport dan beratur tok check out.


Bas yang bawk kitorang ke hotel. sangat sadis bas ni. Xtau zaman bilanyer bas



Beca ni da macam teksi kat sini. Bersepah2 n drg smua guna kain pelikat 


Pasar yang jual sayuran


Sayur segar2 tapi berdebu...huu



Umrah part 1


Hari ni aku ade mood nak cover memori aku masa mengerjakan umrah mac lepas. Memori yang akan aku kenang sampai akhir hayat aku. Pemergian aku ke umrah ni adalah satu pemberian rezeki yang aku sangat2 x sangka. X pernah aku sangka secepat ni aku dapat Rumah Allah.

Aku yakin pasti setiap mukmin di muka bumi ni ada keinginan untuk melangkah kesana untuk beribadat dan menziarahi makam Rasulullah saw.

Perancangan pertama ialah untuk menghantar mak kesana. Nak penuhi impian mak. Kitorang adik beradik pon da lama berbincang akan hal nih sampai la mak terbuka hati nak g umrah tahun nih. Mulanya aku saje je gurau2 nak ikot, rasanya bukan aku je kot adik yang lain pon sebok gak nak ikot tapi x sangka lak mak pilih aku. Rezeki aku tahun nih. Dalam tempoh sebulan je tok aku wat persiapan.

Persiapan pertama lepas aku dan mak daftar nama kat travel agensi ialah

* Renew passport aku yang hampir due tok visa. Aku wat 2 tahun tok RM100. Wat kat pekan rabu nyer pejabat imigresen.

*Apply cuti keje. Officemate ramai yang terkejut sb aku tetiba apply cuti 2 minggu tok g umrah. Ramai gak yang mendoakan dan gembira aku nak g umrah.

* Start baca berkaitan ibadat umrah. Aku banyak google jer. Smua aku jadikan panduan. Dari blog sampaila ke youtube. Smua medium aku guna tok dapatkan sebanyak yang mungkin informasi berkaitan ibadat umrah. Ni sangat penting supaya aku x coulture shock sepanjang disana nanti.

*Lagi 2 minggu nak berangkat,aku n mak da start shopin barang2 yang nak bawak kesana. Jubah aku banyak pinjam along jer sb die pon baru balik dari umrah so banyak je la jubah die yang aku leh guna...jimat sket duit...he

*Start wat tukaran matawang. Aku tukar kat money changer kat jusco skudai. Tinggi sket la tukaran kat situ.

*Persiapan rohani lak,da start rajin solat sunat dan membaca al-Quran. Nak berjumpa Allah kan, perlu la banyak wat persediaan dari segi rohani.

Bila smua da setel dan aku yakin smua da lengkap, boleh la tarik nafas lega. Bag kitorang besar giler. Lom ape2 da penoh camner nak beli barang dari sana nih...haishh.

Bertolak dari joho pas sar naik bas ke KLIA. Flight kol 1 lebey pagi. Lama je nak tg turn. Masa tuh ramai je jemaah dari travel agency yang lain. Meriah je rasa kat airport.

Aku nyer flight transit ke bangladesh. Hebat x hebat la sempat lak singgah ke bangladesh nih. Apepon pengalaman transit kat bangladesh ni banyak memberi aku seribu satu pengertian hidup. Bukan semua yang lahir kat dunia ini senang. Bersyukur sangat aku dilahirkan di Malaysia dan serba mencukupi kehidupan aku nih. Belajar apa itu syukur sebelom menjejakkan kaki ke tanah suci.

Da x majuk da...


Akhirnya,dapat gak aku balik kg selepas hampir sebulan x balik. Aku plan nak balik lepas keje hari jumaat aritu tapi ade penyelesaian masalah bersama Joe sampai dekat maghrib n cuaca pon cam nak hujan jer. Joe soh aku balik pagi sabtu jer sb takot sampai kg lewat sangat. Aku patuh jer sb hubungan kitorang da baek balik...he

Dalam hubungan ni mmg banyak dugaan kan. Lagi2 pas bertunang nih. Seram lak aku nak hadapi. Satu yang aku belajar ialah komunikasi dan jangan cepat berfikir yang bukan2.

Aku ni mmg la, kadang2 cepat sangat pikir yang negatif pastu mula la nak meroyan sorang2. Aritu aku de majuk ngan Joe sb die cakap aku paksa n control die. Pas die explain n story ape yang die nak sampaikan sebenarnyer baru aku faham. Jauh je menyempang dari ape yang aku fikirkan. Bila da berdamai baru la aku nak makan nasi ayam ngan die. Sebelom tu die ajak makan mmg xde selera la sb hati ngah panas. Bila hati da sejuk..hamek ko makan x ingat dunia plak..he

Dugaan betol kan. Ape yang penting ialah yakin,percaya dan cuba memahami pasangan kite. Tapi untuk tahap nak memahami tu yang kadangkala susah n mengambil masa sket. Iyer la kan. Kita dan pasangan di besarkan dan mempunyai pengalaman berbeza. Mana mungkin senang2 je nak faham cara dia dalam masa yang singkat.

Aku doa sangat hubungan ni berkekalan. Tinggal x sampai 6 bulan je lagi tok menjadi pasangan yang sah. Pasti banyak lagi dugaan yang bakal aku hadapi. Semoga kekuatan dan kesabaran itu milik aku. Amiinn..

Friday 23 November 2012

Strawberry Oh Strawberry!!!



Semenjak dua menjak nih aku tetiba jer suka sangat makan strawberry. Hampir hari2 nak kunyah buah yang sedap nih. Rajinlah aku g carefour x pon Giant tok cari strawberry. Kalo xdapat yang segar aku akan beli mende2 yang berperisa strawberry seperti yogurt xpon icecream xpon susu segar...parah je rasa sebabnyer kalo murah xper ni mahal kot. Cuba la tekak ni minat buah yang murah cam pisang ke petai ker xpon limau...kan jimat duit aku...he

Tapi bila aku kaji dan selidik rupanya banyak je khasiat buah strawberry nih. Nampak sangat x rajin membaca kan semua mende pon xtau. Asyik keje pastu dating pastu layan korea. Otak pon da naek lembab.

Kat sini aku nak sertakan kelebihan buah strawberry nih supaya aku x nyesal sangat tok keluarkan duit membeli dan memakannya dengan banyak...he

Antara kandungan dan khasiat yang terdapat dalam buah strawberry ni ialah :


** Ia Kaya dengan Vitamin C 
- KAndungan vitamin C lebih banyak dari sebiji buah oren. Ia memberikan 94mg vitamin C atau 1.5 keperluan vitamin C harian dalam tubuh badan.

**Kalori
- 8 biji atau 1 gelas air jus strawberry hanya mengandungi 50 kalori dan tidak mengandungi kolestrol. Ia juga memberikan 30ug asam folat yang setara dengan 7.5 peratus keperluan harian bagi wanita hamil. Asam Folat ini sangat penting untuk mengelakkan kurang upaya tabung saraf pada janin. Ia juga mengandungi 270mg potassium yang merupakan satu mineral yang disyorkan dalam setiap menu makanan bagi mengurangkan tekanan darah. Jumlah yang sama juga mengandungi 4g serat yang boleh membantu menurunkan kadar kolestrol darah dan menyihatkan saluran pencernaan...perut sihat badan pon akan sihat. itu sangat penting k.

**Kaya dengan Antioksidan
- Buah ini kaya dengan antioksidan. Antioksidan ni merupakan sebatian yang boleh melindungi sel-sel dari rosak oleh bahan2 penimbul kanser. Selain itu, antioksidan dalam strawberry ni mampu memberikan perlindungan pada hati dan anti-inflamasi (ubat yang dapat menghilangkan radang bukan disebabkan oleh mikroorganisme cthnyer spt gejala panas,kemerahan atau bengkak pada kulit.)

** Dapat memutihkan gigi
- Asam malat yang terkandung dalam buah ini mampu bertindak sebagai bahan yang akan mengikis dan menghilangkan beberapa noda pada permukaan gigi. Bila hari2 kunyah strawberry ni ia dapat menyihatkan mulut,memutihkan gigi, menghilangkan bau mulut dan nafas lebih segar. X perlu da kunyah chewing gum bagai...he

** Dapat mencegah kanser
- Kandungan vitamin A,C,E dan Asam ellagic yang berfungsi melumpuhkan sel kanser dalam tubuh. Dapat juga mencegah terjadinya leukimia. Strawberry ni dapat mencegah terjadinya kanser sel darah.

**Mengubati Jerawat
-Kandungan asam salisiat didalam strawberry mempunyai manfaat untuk mengubati jerawat secara semulajadi.

**Menghaluskan kulit
-Buah ini mampu mengangkat sel2 kulit mati. Digunakan sebagai lulur mandi dengan mencampurkan susu dan minyak zaitun. Selain menghaluskan kulit ia juga dapat mencarah dan meyerikan kulit badan...awesome!!

**Mencegah radang
- Merupakan buah-buahan yang mengandungi gula yang rendah sehingga sesuai untuk diet penghidap diabetis dan melawan radang sendi.


Banyak kan khasiat dari buah strawberry nih. X sia2 aku bantai makan banyak2 sebab ia banyak beri faedah dan kesan pada kesihatan. Ia juga mampu memberikan kesan pada poket aku sb duit banyak abis...hee. 

Semoga kesihatan itu kekal milik kita...amiin


















Queen controlkah akue....


Aku seolah-olah mendapat tamparan yang amat hebat lepas malam khamis aritu Joe wat pengakuan yang aku jenis memaksa and cuba nak control die.

Terkedu...terkesima....terdiam...terngaga...

Aku ingat aku da wat habis baik tok hubungan kami tapi x sangka lak die rasa aku makin lama makin memaksa dan control. X tau mana silapnya sampai aku jadi camtu tanpa aku sedari. Mungkin aku sangat sayang ngan dia jadi banyak je yang aku wat buat die rimas.

Sedih memang xleh nak cakap la. Kalo x betul mesti die x luahkan kat aku kan. Aku suka ngan kejujuran die even hati memang pedih nak terima kenyataan itu.

Pada mulanya hati aku sangat memberontak bila die cakap camtuh. Mestilah kan. Aku rasa selama ni aku banyak je korbankan n abaikan kepentingan aku tok bersama die tapi itu yang aku syok sendiri rasa bukan ape yang die rasa.

Untuk menenagkan hati dan perasaan, teguran tu aku anggap seperti teguran dari Allah untuk aku yang slalu ingat diri tu sempurna n terbaik. Mungkin aku je rasa aku wat terbaik tapi tidak pada mata org lain. Sangat pentingkan dirikan bila jadi camnih.

Sekarang ni aku hanya biarkan je ape yang dia nak wat. Aku xnak amek tau. Bukan sebab x sayang tapi sebab xnak die rasa terkongkong ngan aku. Betul lah. Lelaki memerlukan kebebasan. Biarlah apa yang die nak wat asalkan baik untuk diri dia dan orang sekeliling.

Aku paling takot di label sebagai queen control lebih2 lagi dalam hubungan. Aku xnak mendominasi. Aku xnak menjadi isteri derhaka kelak. Aku perlu berubah. Skang ni aku masih lagi dalam fasa perubahan. Banyak mende yang aku perlu ubah dan perbaiki dalam diri ini.

Semoga usaha aku untuk merubah diri ini akan membuahkan hasil. Aku xnak lagi marah2 x tentu pasal. Aku xnak lagi benci orang sesuka hati. Aku xnak cepat menilai orang. Aku xnak lagi jadi kelam kabut dalam hidup. Aku xnak lagi terlalu berlembut dengan orang sekeliling yang cuba membuli aku dalam diam. Aku xnak buat sesuatu dengan terpaksa. banyak lagi aku perlu berubah...huuu

Sedih mengenang terlalu banyak kekurangan pada diri aku nih. Mungkin aku terlalu leka dengan pujian org sekeliling aku yang ntah betul atau tidak tuh. Betul lah manusia ni akan jatuh bila selalu dipuji. Baiklah dikeji jika itu akan lebih membawa kebaikan pada diri dan lebih dekat dengan Allah swt.




Thursday 22 November 2012

Dr.Muhammad Mursi Isa El-Ayyat...



Tiba2 aku tertarik hati untuk mengetahui lebih dekat mengenai Presiden Mesir ini yang berjaya membawa kejayaan kepada Gaza. Mungkin aku agak terlewat untuk mengkagumi beliau tapi itu bukan masalah utama dari xtau ape2 langsung...huu

Dr.Muhammad Mursi atau Mohammed Morsi dilahirkan pada 20 Ogos 1951 di Wilayanh As-Syarqiyah, di perkampungan Al-Udwah. Beliau dari golongan keluarga sederhana, bapanya petani dan ibunya surirumah. Berkahwin pada 1978, dan dikurniakan 5 orang anak dan 3 cucu. Kesemua anak2nya adalah hafiz dan hafizah al-Quran, malah beliau dan isteri juga adalah hafiz dan hafizah al-Quran.

Dr.Mursi mendapatkan pendidikan dari Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 dan selepas itu, beliau memperoleh Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau melanjutkan pelajaran untuk Sarjana Kedoktoran di Universiti Southern California dan memperolehnya pada tahun 1982. 

Beliau dilantik menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali ke Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985-2000 di Universiti Zaqaziq.

Dr.Mursi bukan sahaja terlibat dalam bidang akademik malah beliau juga aktif dalam dakwah memperjuangkan keadilan dan kebebasan dan juga menentang segala kekejaman. Beliau aktif sebagai ahli Maktab Irsyad (dewan Syura) Ikhwanul Muslimin, dan terpilih sebagai ahli parlimen sepanjang tempoh 2000-2005. Pada pilihanraya parlimen tahun 2005, beliau meraih suara terbanyak mengalahkan Nasional Democratic Party (NDP) iaitu parti dinaugi Mubarak. Keputusan tidak berpihak kepada beliau hingga diadakan pemilihan semula dan berakhir dengan kemenangan parti NDP.

Palestin dan Al-Quds menjadi perhatiannya sebagai permasalahan umat manusia. Beliau terpilih menjadi ahli Majlis Penentangan terhadap Zionisme si wilayah Syarqiyah. Beliau juga terlibat sebagai pengasas Jawatankuasa mesir Menentang Projek Zionisme.

Dr Mursi adalah antara pendakwah yang bergiat cergas dalam Jemaah Ikhwanul Muslim. Perjuangan, pengorbanan jiwa dan harta telah diwaqafkan dalam jalan dakwah. Melawan kezaliman rejim dan sistem kezaliman, penjara dan pengusiran adalah istilah yang biasa bagi para pejuang. 

Sikap beliau yang kerap menentang tindakan perilaku rejim yang zalim menyebabkan beliau berkali-kali di tangkap. Selepas terjadinya pemalsuan parlimen pada pemilihan tahun 2005, Dr.Mursi menjadi tulang belakang dalam melakukan demokrasi dan menyokong kehakiman yang bebas. Akibatnya, pada tarikh 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 anggota Ikhwanul Muslim di depan Mahkamah Cairo. Beliau dipenjara selama 7 bulan.

Dr.Mursi pernah di tangkap bersama-sama sebahagian besar pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain pada pagi Jumaat yang terkenal sebagai Jumaat Amarah (Jumaat Al-Gadhab), 28 Januari 2011 supaya tidak terlibat dengan Demosrasi. Tidak hanya beliau yang dizalimi, keluarganya turut menjadi sasaran penangkapan, anaknya Dr.Ahmad ditangkap disaat Dr.Mursi mencalonkan dirinya pada pemilihan tahun 2000.

Setelah prestasi beliau dalam politik selama 5 tahun, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir. Mereka memilihnya  juga sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

Perlu diungkapkan kembali bahawa Ikhwanul Muslimin selama lebih kurang 80 tahun berjuang demi sebuah keadilan dan kebebasan. Selama itu pula mereka ditindas dan dizalimi. Telah banyak jiwa dan darah yang mengalir sepanjang jalan dan langkahan dakwah mereka bermula pengasasnya Assyahid Imam Hassan Al-Banna yang syahid terbunuh secara misteri. Malah saat kematian dilayan dengan keji oleh pemerintah disusuli Sayyid Qutub, Muhammad Al-Farigili, Abdul Qadir Audah hingga As-Syahid Nashir Uwais, dia antara pemuda Ikhwan yang syahid pada Revolusi 25 Januari 2011.

Perjuangan Dr.Mursi sangat besar dalam menegakkan agama Islam. Aku jga tertarik dengan komen beliau berkaitan Gaza...

"Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza sendirian, Mesir hari ini bukan Mesir semalam dan Arab hari ini bukan Arab semalam"

Semoga Allah swt sentiasa merahmati sekalian pejuang Islam...













Alhamdulillah....Gaza Win


Bersyukur ke hadrat Ilahi atas kurniaan kemenangan kepada warga Gaza dengan memberi kemenangan kepada perjuangan mereka ini.

Persetujuan untuk memulakan genjatan senjata telah dicapai oleh Rejim Zionis LAknatullah dan Tentera Al-Qassam yang dirahmati Allah.

Antara syarat genjatan senjata :

1. Israel akan menghentikan semua serangan udara, darat dan laut.
2. Membuka pintu sempadan dan sekatan serta memudahkan pergerakan rakyat dan penghantaran barangan keperluan
3. Hamas dikehendaki memberhentikan serangan roket ke Israel.
4. Benteng yang mengelilingi Gaza diturunkan dan akan dilaksanakan selepas 24jam genjatan berlangsung
5. Mesir akan menjadi penjamin bagi genjatan senjata ini.

Diharap Presiden baru Mesir, Dr.Muhammad Mursi yang digeruni oleh Yahudi laknatullah tidak akan berlembut hatisekiranya perjanjian ini dilanggar oleh pihak Yahudi ini.

Allahu Akbar....







Fikir dan Renung



Nampak cam lawak je bila baca nih tapi hakikatnya memang betul n tepat pon. Antara ayat2 yang best yang aku suka:

1) Pembohongan apabila terus dipertahankan, satu hari nanti akan jadi kebenaran
2) Tangan di atas lebih baik dari kaki di atas
3) Hidup itu seperti roda yang berputar, kadang di atas kadang di bawah, tapi kadang2 di bawah lebih lama kerana masa itu lampu merah
4) Facebook adalah tempat di mana anda boleh conteng di dinding dan tidak dianggap gila
5) Percayalah kepada Tuhan sebab ada beberapa perkara yang tidak mampu dijawab oleh Google
6) Walaupun sama2 berjenis kelamin perempuan, pontianak berpakaian lebih sopan dibandingkan remaja zaman sekarang
7) Pekerjaan seberat manapun akan terasa ringan apabila tidak dikerjakan
8) Jika seseorang melemparmu dengan batu, balaslah dengan senyuman dan lemparkan bunga, tapi pastikan dengan pasunya sekali turut terlempar
9) Wang bukan segalanya tetapi segalanya memerlukan wang
10) Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, pergi klinik kemudian
11) BAnyak belajar, banyak lupa- so xpayah belajar agar tidak lupa
12)Kegagalan adalah awal kepada kegagalan berikutnya
13) Kehidupan adalah ibarat facebook, ramai kawan2 anda 'like' komen dan problem anda tapi x seorang pun yang selesaikan problem anda kerana masing2 sibuk updating status masing2.


Tuesday 20 November 2012

Boikot...



Aku simpati dengan nasib saudara-saudara aku di Gaza dan juga risau dengan nasib keutuhan Masjid Al-Aqsa. Selepas menunaikan umrah aku telah menanamkan azam untuk ke Masjidil Al-Aqsa. Tempat ketiga suci selepas Masjidilharam dan Masjid Nabawi. Keistimewaan Masjid Al-Aqsa juga ia merupakan kiblat pertama sebelum Allah perintahkan untuk beralih ke arah Kaabah di MasjidiHaram.

Aku hanya hamba Allah yang sangat lemah untuk bersama-sama berjuang mempertahankan hak bersama mereka. Aku juga hamba yang selalu khilaf dan jahil dengan kehidupan. Kadang-kadang melihat kehancuran di kalangan saudara seagama hati aku pedih dan turut terasa sakitnya. Hati mana lah yang x perit melihat kezaliman yang berleluasa ini.

Ramai yang kata untuk memberontak dengan kezaliman rejim zionis nih ramai la yang pakat2 boikot barangan buatan Israel nih. Antaranya McD,KFC,Pizza Hut,Colgate,Coca-cola,Pepsi,Loreal dan macam2 lagi. BArangan mereka sangat banyak. Boikotlah mana yang termampu janganlah sampai memudaratkan diri pulak. Ada barangan yang kita da beli xkanlah kita nak buang kan, membazir kan amalan syaitan. Jangan lah taksub dengan perkataan boikot sehingga lupa segalanya pulak. Langkah yang bijak ialah jangan la membeli untuk sekiankali nya. Maknanya jangan la beli untuk kali kedua dan ketiga barangan tersebut. Cukuplah kita guna yang terdahulu sahaja.

Aku juga antara yang terlibat memboikot dalam penggunaan barangan nih. Aku cuba untuk mengawal aku dari beli barangan ni dan mengantikan dengan barangan yang lain. Langkah pertama ialah dengan menukarkan colgate aku kepada safi kayu sugi...he. Walaupun kecil tapi aku harap ia dapat menyokong warga Gaza dalam berjuang.

Tadi aku terbaca dalam fb,ada juga yang memperlekehkan org2 yang cuba memboikot nih. Mereka rasa mereka open minded tapi bagi aku diorang lah antara org2 yang narrow minded.

Aku x salahkan mereka yang tidak memboikot kerana setiap orang mempunyai hak masing2 dan tidak perlu untuk memperlekehkan apa yang orang lain buat. Samada untuk memboikot atau terus menggunakan barang itu terpulang kepada pendirian masing2.Ini kerana ada sesetengahnya menyokong Gaza dengan memboikot barangan Israel dan ada juga yang menyokong Gaza dengan berdoa dan sentiasa berdoa. Cara perjuangan yang berbeza tetapi tujuan yang sama. Sokonglah sesama kita dengan harapan perjuangan dan doa kita diterima oleh Allah swt.


Aku teringat kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil yang rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnyayang kecil dan titiskan keatas api yang besar itu. Melihat perbuatan itu,burung2 lain mentertawakan burung kecil itu.

"Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek.
Lalu burung itu membalas, "Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku samada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya."

Kesimpulannya, banyak je cara kita boleh lakukan untuk menyokong Gaza namun biarlah ianya datang dari hati yang ikhlas bukan kerana teman atau kerana inginkan nama. Lakukanlah kerana Allah swt. In Shaa Allah, Allah pasti pandang usaha kita itu walau sekecil mana pun....




Diet...




Ayat ni seperti memerli aku...huu.

Sangat terasa hingga menusuk kalbu.

Perempuan mana la yang tak nak kurus dan sihat kan. Semua mengimpikan badan yang ramping, kulit gebu halus menawan dan sihat tanpa penyakit. Tapi untuk nak berdiet dan sebagainya nih ia memerlukan masa dan semangat. Bab ni memang aku lemah siket....

Mula-mula tengah bersemangat nak diet tiap2 malam aku balun makan epal hijau xpon salad sayuran. Tapi x bertahan lama pon. Skang ni epal ntah kemana salad pon dah x de lagi. Da buat balik pemakanan aku yang biasa. Makan ape saje yang aku nak makan.

J0e pon da slalu jer perli. Ade ke patut die kate body aku da sama cam body builder. Rasa cam nak smack down je die tuh. Badan aku xde la ketara sangat besarnyer pada pandangan mata aku. Masalah utama aku bila aku makan banyak ialah akan berlaku pembesaran yang melampau di bahagian pipi n peha.

Dulu masa blaja kat Uitm member2 aku memang panggil aku drumstick gara2 peha aku besar. Jahatkan...
Dek kerana sakit ati aku pon start berazam tok diet. Ade la jugak perubahan mula2 diet tapi aku jenis kuat makan so mmg perit sangat la. Aku bukanlah setabah mana pon tu yang badan pon cam semangat aku. Kadang2 naik kadang2 turun...he

Skarang ni pon ngah on diet...nak body cantik masa naik pelamin. Xnak nampak cam drumstick bila aku bersanding nt..he

Go Girl...


Monday 19 November 2012

Doa untuk Palestin...




 Ya Allah
Sesungguhnya hanya Engkau sahaja yang mengetahui betapa dasyatnya bala bencana yang sedang dilalui oleh saudara-saudara kami di Palestin
Berilah mereka keteguhan iman
Berilah mereka kekuatan dan hilangkanlah segala kedukaan yang menimpa saudara-saudara kami itu
Berilah balasan yang setimpal kepada rejim zionis atas perbuatan mereka 
Amiiinnn Ya Rabbal Alamin.....

Miss my mommy...



Now i miss my mommy realy bad...

**sindrom da lama x balik kampung jumpe mak. Kije banyak sangat...aigooo


Friday 16 November 2012

Istanbul aku datang....




Semalam layan cite nih. Best n cute je lakonan lisa surihani. X bosan pon sb cite x cliche sangat cam cite2 melayu yang lain. Aku layan cite ni ngan k.ina. Da lama x hang out ngan die. Skali kuar terus balik kol 11pm. 
Aku suke n jatuh hati ngan lakonan beto. Sangat sweet n hensem lak aku tengok die. Sesuai je lakonan die ngan lisa. Tomok bagi aku ade improvement dalam lakonan die walaupon x sehebat beto..





Satu masalah settle....


Semalam cuti sempena sambutan Maalhihrah 1434H. Aku seperti biasa cuti2 nih mmg plan nak abiskan masa lepak dirumah. Pagi2 lg aku da masak beehoon goreng. Mood sangat rajin. Mengalahkan mimi lak akunyer rajin. Sambil makan beehoon goreng yang terlebih pedas ngan mimi kitorang layan program masakan kat life inspired channel. Tengok program masakan mengalahkan chef je tapi masaknyer hampeh jugak balik2 megi jer yang aku terer.

Dalam kol 12 lebey tuh J tepon mintak aku g umah akak die sb nak bincang tarikh nikah n kahwin. Ok. Ngan mood yang malas aku pun turuti jugak sb pikir masa nih kot yang sesuai nak bincang. Pas zuhur tu aku pon kuar g uma akak die. Cepat je siap sb xleh solatkan. Kalo x kompem aku da puasa hari nih...hu.

Sampai uma akak die. Kitorang pon start check tarikh n discuss. J nak wat masa raya tapi aku xnak sb xsesuai kot nak wat majlis masa raya. X happening pon walaupon raya. Lama gak la berdebat nak pilih tarikh nih. Last2, 31/5/2013 terpilih tok majlis nikah n esoknyer majlis sanding belah aku n mg depannyer majlis pihak lelaki pulak. Done. Aku pon suka jer sb tarikh dah pilih. Settle satu masalah. Bila da ade tarikh senang la nak start merancang mende2 yang lainkan.

Abis bincang akak die jamu makan rojak ayam. Tapi aku makan siket je sb kat uma aku da makan banyak. Diorang mesti igt aku diet padehal bp pinggan aku blasah beehon kat uma tu pon aku x igt da. Nampak ayu je makan siket padehal perot da kenyang giler. Makan tok jaga hati jer kang kate aku blagak plak.

Perkara pertama aku masa balik uma iyerlah kol ude bgtau tarikh majlis aku sb die uruskan katering + dewan + homestay. Perlulah inform ngan die dulu sebab nak menyenangkan die booking smua mende utama tuh.

Diorang smua da xcited soh aku pilih warna tema tapi aku setakat ni x pilih lagi warna. Pening kot nak pilih warna nih. Smua warna pon cantik je bagi aku...huu. Ini adalah masalah kedua bagi aku pas tarikh. So kena la banyak aku google survey mane yang cantik n sesuai ngan aku. Harap masalah ni setlle ngan segera...aminnn

Wednesday 14 November 2012

Hijrah Rasulullah S.A.W




Lirik MaalHijrah...

Satu Muharran detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari kota Makkah ke Kota Madinah

Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta

Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan 
Hijrah membentuk perpaduan

Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hirah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman



Sedikit Kisah perjuangan dan perjalanan Rasulullah dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang wajib diketahui di sebalik sambutan Maalhijrah.

Rasulullah saw berusia 40 tahun apabila malaikat Jibril as melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah swt sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.

Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah swt supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish yang menyeksa mereka dengan teruk.

Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah saw mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu 12 tahun selepas berdakwah di Makkah. Rasulullah saw diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.

RAsulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi TAlib ra. Baginda memberitahunya " Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya dirumah."
Ali ra tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah saw walaupun menyedari bahaya bakal dihadapiny. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah saw.

Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah saw. Mereka bagitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menyinsing, mereka terperanjat melihat Ali ra dan bukannya RAsulullah saw bangun dari katil itu.

MAka terpinga-pingalah mereka memikirkan bila Rasulullah saw keluar dari rumah itu. RAsulullah saw dan Abu Bakar as keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Baka, Aishah dan Asma serta orang gaji mereka, Abdullah.

RAsulullah saw dan Abu Bakar bersembunyi di dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Mereka berada didalam gua itu selama 3 hari. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah saw tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah saw dan Abu Bakar tidak akan berada didalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.

Allah swt membantu dua insan ini dan melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua tersebut dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh mereka beredar, Rasulullah saw dan Abu Bakar meneruskan perjalanan dengan menaiki unta yang dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

KEtiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun dibawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah swt. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah saw. Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah saw.

Ramai yang mencuba nasib tetapi mereka gagal. Akhirnya, dengan perlindungan Allah swt, Rasulullah saw dan sahabatnya tiba di perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah saw dan sahabatnya merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah saw dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah saw. Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berllaku ketika di Makkah. Maka, pada hari Isnin 8 RabiulAwal bersamaan 20 September  622M, Rasulullah saw akhirnya tiba di quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 RabiulAwal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda.

Bermula dari itu, Rasulullah saw mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah swt.

Kesan daripada penghijrahan Rasulullah saw dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.



Pentingnya Medical Card.......


Dalam menjalani kehidupan yang sangat dipenuhi dengan tuntutan rohani dan jasmani ini. Kita memerlukan tenaga dan masa (usia) untuk menjadikan segala yang kita inginkan menjadi kenyataan atau menjadi seperti dalam perancangan kita. Namun tidak semua yang kita rancang dan inginkan berlaku mengikut kemahuan. Segala ketentuan adalah milik Allah Yang Maha Esa. Walaupun ketentuan atau takdir hidup itu ditentukan oleh Allah, kita perlulah berusaha dengan sebaiknya dalam mengatur kehidupan kita yang seketika ini di dunia.

Usah meratapi nasib dilahirkan sebagai insan yang tidak berharta. Tidak salah andai kita dilahirkan miskin harta tapi adalah kesalahan besar untuk kita jika kita mati dengan miskin harta. Allah telah memberikan kita peluang yang sama pada setiap hambaNya iaitu masa 24 jam yang sama dalam kehidupan. Samada kita leka atau berusaha itu saja perbezaannya.

Perlindungan pendapatan sangat perlu. Usah bangga dengan pendapatan yang beribu ringgit kerana ia akan lenyap sekelip mata jika tidak pandai melindunginya. Apakah yang dimaksudkan dengan perlindungan pendapatan ini adalah dengan menyertai atau membeli polisi takaful.

Yea....sagat ramai yang tidak berminat dan akan tutup pintu dan tutup hati jika ada konsultan dari mana-mana agensi takaful mendekati. Itu adalah budaya normal manuasia yang tidak mahu menerima perubahan. Mengapa perlu takut dengan konsutan takaful sedangkan usaha mereka adalah untuk memberikan kesedaran kepada kita akan kebaikan melindungi diri dari pelbagai ancaman kewangan pada masa hadapan. Sekarang kita sihat tidak siapa yang dapat menjamin kesihatan itu kekal milik kita sepanjang hayat kan...

Peranan takaful sangat besar dalam kehidupan kita. Banyak jenis perlindungan yang ditawarkan bergantung kepada keperluan kita. Pada aku perkara pertama yang perlu dimiliki ialah kad perubatan (medical card) dan kemudian perlindungan-perlindungan tambahan yang lain.

Ini kerana kos rawatan hospital pakar sangat tinggi sekarang ni. Hanya berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat sahaja sudah beratus kosnya apetah lagi untuk mendapatkan rawatan. Mesti ramai yang akan cakap jika mahal kenapa nak pilih pakar kan banyak jer hospital kerajaan yang menawarkan rawatan yang sama seperti di pakar.

Iyer, memang kerajaan ada menyediakan hospital yang sangat cantik untuk rakyat yang dikasihinya ini. Aku x pernah sangkal dengan kewujudan hospital kerajaan ini tapi untuk mendapatkan rawatan dengan segera ketika sakit dan dirawat di tempat yang selesa aku tak rasa hospital kerajaan adalah pilihan yang tepat.

Melalui pengalaman aku sendiri yang menghantar teman mendapatkan rawatan dari hospital kerajaan ini sangat memberi kesedaran besar kepada aku betapa pentingnya mendapatkan medical card. Banyak perbazaan yang diaalami:

**Di GH (General Hospital) aku perlu menunggu 1/2jam untuk mendapat kan nombor giliran dan 2 jam untuk berjumpa dengan doktor muda ( pelatih aku rasa)
**Selepas mendapatkan nasihat doktor teman aku perlu ditahan di wad untuk mendapatkan rawatan lanjut. Dan aku perlu menunggu lagi 2 jam lebih menunggu giliran untuk dibawa ke wad. Sedangkan aku lihat ramai je nurse yang dok bebual-bual sesama mereka. Bila aku tegur tanya boleh hantar ke wad dia hanya jawab tunggu petugas hospital. Ok, aku sabar lagi sebab kawan aku. Kawan aku yang macam da nak pengsan nih perlu menhan kesakitan sebelum dapat rehat kat wad.
**Aku lihat sekeliling betapa ramai nya manusia yang memerlukan rawatan segera perlu menahan kesakitan berjam-jam hanya untuk berjumpa doktor sebelum menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan susulan dan ubat. Sangat sedih.

Ini adalah sangat berbeza jika mendapatkan rawatan di hospital pakar (specialist). Aku sendiri pernah bekerja dihospital pakar selama setahun lebih. Bukanlah sebagai nurse atau doktor tapi sebagai IT exec. Pengalaman disana sangat berbeza dengan pengalaman di GH. Perkara pertama yang membezakan kedua-dua hospital ini adalah kos rawatan. GH menawarkan kos yang murah tetapi perlu bekorban menahan kesakitan dan kesabaran yang tinggi dengan layanan yang diberikan. Specialist pula kos mahal setanding dengan layanan yang diberikan. Bila sakit kita perlu mendapatkan rawatan dan layanan yang baik barulah cepat sihat...he

Kos yang tinggi di specialist boleh saja diatasi dengan kesedaran memiliki medical card. Hanya dengan sekeping kad anda boleh menikmati rawatan dan layanan yang lebih selesa dan baik. Tidak perlu juga pening memikirkan kos rawatan kerana segalanya ditanggung oleh syarikat takaful.

Perlindungan inilah yang perlu setiap orang miliki. Boleh saja membeli kad perubatan dari mana-mana  agensi takaful. Aku memilih MAA takaful dengan SmartMedic. Dengan bayaran yang murah aku dapat perlindungan yang berbaloi untuk masa depan aku yang aku sendiri tidak pasti tahap kesihatan aku kelak. Semoga aku diberi kesihatan yang terbaik bagi melakukan kerja dan beribadat kepada Allah...Amiiin.



** Contoh SmartMedic dari MAA


**Jadual Caruman untuk setahun


** Panel Hospital bagi SmartMedic







Salam Maal Hijrah 1434H..


Begitu pantas masa berjalan. Sedar x sedar da nak masuk tahun baru 1434H. Banyak perkara sepanjang tahun 1433H yang bakal menjadi pengajaran dan pengalaman yang mengajar erti kehidupan pada aku. Segalanya perlu dijadikan sempadan untuk jadi manusia yang lebih baik dari segi rohani dan jasmani.
Semoga segala amalan sepanjang tahun ni diberkati. Mulakan kehidupan dengan langkah dan azam yang lebih kuat dan rasional untuk dilaksanakan...

Salam tahun baru 1434H....

** Doa akhir tahun ini dibaca tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu maghrib.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, Segala puji itu bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh Alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad saw serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tiada lupakannya (Tuhan tiada bersifat lupa) dan Engkau berlembut tiada mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian memohon keampunan Mu, Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. 
Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah...


**Doa Awal tahun ini dibaca tiga kali selepas waktu maghrib.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Rahmat dan Sejahtera atas Penghulu kami Nabi Muhammad saw dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Besar dan kemurahan Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.




Monday 12 November 2012

Ragu-ragu dalam rakaat solat...


Seringkali terlupa rakaat dalam menunaikan solat xkira lah solat berapa rakaat sekalipun tapi yang selalu terjadi keraguan nih ialah bila menunaikan solat 4 rakaat. Lebih2 lagi bila solat yang dilakukan dengan cepat dan kadangkala bila solat tapi tidak khusyuk sebab memikirkan masalah sendiri. Akhirnya terlupa berapa banyak rakaat yang telah didirikan. Jalan penyelesaian kepada permasalahan aku nih ialah dengan: 




Cara memotong kuku mengikut sunnah Rasulullah....


Rasulullah bersabda bahawasanya barang siapa yang mengerat kuku pada,

Sabtu     >>Nescaya keluar dari dalam tubuhnya ubat dan masuk kepadanya penyakit
Ahad     >>Nescaya keluar daripadanya kekayaan dan masuk kemiskinan
Isnin      >>Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk sihat
Selasa   >>Nescaya keluar daripadanya sihat dan masuk penyakit
Rabu     >>Nescaya keluar daripadanya was-was dan masuk kepadanya kepapaan
Khamis  >>Nescaya keluar daripadanya gila dan masuk kepadanya sembuh dari penyakit
Jumaat  >>Nescaya keluar dosa-dosanya seperti pada hari dilahirkan oleh ibunya dan masuk kepadanya rahmat daripada Allah swt.

Hadis diatas dari Imam Ghazali yang merupakan hadis dhaif.

Memotong kuku termasuk dalam sunan al-fitrah iaitu perkara-perkara yang mesti dilakukan oleh sesoarang muslim.
Dari Anas meriwayatkan bahawanya,
" Dia (NAbi saw) telah memberikan waktu kepada kami agar merapikan misai kami, memotong kuku, mencabut bulu ketiak dan mencukur bulu kemaluan, kita tidak dibenarkan meninggalkanya lebih dari 40 hari"  [Hadith Riwayat Muslim 258].



 


 

 
 

Bengkel CITP...

Bengkel CITP nih diwajibkan kepada semua takaful consultant yang baru berjinak-jinak. Aku termasuk dalam golongan itu. Bermula pada hari Jumaat dan berakhir pada Sabtu petang. Bengkel ni banyak berkisar kepada pengenalan takaful dengan lebih detail lagi. Sebelum nih baca nota tok TBE exam jer yang nih lagi senang paham sebab ada Q&A session.

Aku seperti biasa join ni bersama group haji mustaffa. Aku,en mie n abang man suami kak siti je yang aku kenal dalam kelas tuh. Lama2 dapat la kenal dari group lain. Masa hari pertama tuh aku ngan en. mie masuk sesi petang sb pagi tuh keje n ada exam tok dapatkan air field permit. Lesen nak bawak kenderaan kat kawasan aircraft lalu. Exam die senang je sebab da wat tahun lepas. Tahun nih tok renew kena jawab soalan yang sama jugak so senang la kan...he

Masa join bengkel tuh ramai je igt aku nih student lagi. Paling x sangka ade budak yang muda dari aku igt aku lagi muda dari dia. Dasyat x dasyat la aku. Ni smua sebab aku pakai sempoi sangat kot. Rasanya aku ni muka tua jer tapi tula ramai je cakap aku nih nampak x matang sangat. Saje je kan drg nak wat aku rasa poyo.

Selama dua hari + satu hari bengkel motivasi pada hari ahad. Aku slalu je ngan en.mie n abg man n Pak Haji. Boringkan. Team nih aku je sorang pompuan. Seb baek drg layan aku lebey kurang jer. Da la kat tempat keje smua lelaki ni join takaful pon group aku ramai lelaki. Camner la aku ni tak keras hati n ego cam lelaki jugak...hee. Alasan poyo...tapi kelebihan lepak ngan lelaki ni ialah drg banyak makan. Bersesuaian la ngan aku yang kuat makan nih. 

Apepon cuti hari minggu aku kali nih sangat terisi ngan aktiviti yang sangat berfaedah. Pengalaman yang sangat berbaloi. Berdoa sangat agar karier aku dalam bidang takaful ni akan bersinar...Amiinn.