Aku simpati dengan nasib saudara-saudara aku di Gaza dan juga risau dengan nasib keutuhan Masjid Al-Aqsa. Selepas menunaikan umrah aku telah menanamkan azam untuk ke Masjidil Al-Aqsa. Tempat ketiga suci selepas Masjidilharam dan Masjid Nabawi. Keistimewaan Masjid Al-Aqsa juga ia merupakan kiblat pertama sebelum Allah perintahkan untuk beralih ke arah Kaabah di MasjidiHaram.
Aku hanya hamba Allah yang sangat lemah untuk bersama-sama berjuang mempertahankan hak bersama mereka. Aku juga hamba yang selalu khilaf dan jahil dengan kehidupan. Kadang-kadang melihat kehancuran di kalangan saudara seagama hati aku pedih dan turut terasa sakitnya. Hati mana lah yang x perit melihat kezaliman yang berleluasa ini.
Ramai yang kata untuk memberontak dengan kezaliman rejim zionis nih ramai la yang pakat2 boikot barangan buatan Israel nih. Antaranya McD,KFC,Pizza Hut,Colgate,Coca-cola,Pepsi,Loreal dan macam2 lagi. BArangan mereka sangat banyak. Boikotlah mana yang termampu janganlah sampai memudaratkan diri pulak. Ada barangan yang kita da beli xkanlah kita nak buang kan, membazir kan amalan syaitan. Jangan lah taksub dengan perkataan boikot sehingga lupa segalanya pulak. Langkah yang bijak ialah jangan la membeli untuk sekiankali nya. Maknanya jangan la beli untuk kali kedua dan ketiga barangan tersebut. Cukuplah kita guna yang terdahulu sahaja.
Aku juga antara yang terlibat memboikot dalam penggunaan barangan nih. Aku cuba untuk mengawal aku dari beli barangan ni dan mengantikan dengan barangan yang lain. Langkah pertama ialah dengan menukarkan colgate aku kepada safi kayu sugi...he. Walaupun kecil tapi aku harap ia dapat menyokong warga Gaza dalam berjuang.
Tadi aku terbaca dalam fb,ada juga yang memperlekehkan org2 yang cuba memboikot nih. Mereka rasa mereka open minded tapi bagi aku diorang lah antara org2 yang narrow minded.
Aku x salahkan mereka yang tidak memboikot kerana setiap orang mempunyai hak masing2 dan tidak perlu untuk memperlekehkan apa yang orang lain buat. Samada untuk memboikot atau terus menggunakan barang itu terpulang kepada pendirian masing2.Ini kerana ada sesetengahnya menyokong Gaza dengan memboikot barangan Israel dan ada juga yang menyokong Gaza dengan berdoa dan sentiasa berdoa. Cara perjuangan yang berbeza tetapi tujuan yang sama. Sokonglah sesama kita dengan harapan perjuangan dan doa kita diterima oleh Allah swt.
Aku teringat kisah dimana Nabi Ibrahim dibakar didalam api yang besar oleh Raja Namrud. Melihatkan kejahatan Raja Namrud, seekor burung kecil yang rasa sayangnya kepada kekasih Allah Nabi Ibrahim, ia lantas mengambil air dengan menggunakan paruhnyayang kecil dan titiskan keatas api yang besar itu. Melihat perbuatan itu,burung2 lain mentertawakan burung kecil itu.
"Usahamu itu hanya sia2, api yang besar itu tak mungkin terpadam dengan setitis air itu", mereka mengejek.
Lalu burung itu membalas, "Aku percaya bahawa Allah tidak akan menanyakan kepadaku samada api itu berjaya dipadamkan atau tidak, tetapi Allah pasti bertanya apa yang telah aku usahakan untuk memadamkannya."
Kesimpulannya, banyak je cara kita boleh lakukan untuk menyokong Gaza namun biarlah ianya datang dari hati yang ikhlas bukan kerana teman atau kerana inginkan nama. Lakukanlah kerana Allah swt. In Shaa Allah, Allah pasti pandang usaha kita itu walau sekecil mana pun....
No comments:
Post a Comment