Monday, 26 November 2012

Da x majuk da...


Akhirnya,dapat gak aku balik kg selepas hampir sebulan x balik. Aku plan nak balik lepas keje hari jumaat aritu tapi ade penyelesaian masalah bersama Joe sampai dekat maghrib n cuaca pon cam nak hujan jer. Joe soh aku balik pagi sabtu jer sb takot sampai kg lewat sangat. Aku patuh jer sb hubungan kitorang da baek balik...he

Dalam hubungan ni mmg banyak dugaan kan. Lagi2 pas bertunang nih. Seram lak aku nak hadapi. Satu yang aku belajar ialah komunikasi dan jangan cepat berfikir yang bukan2.

Aku ni mmg la, kadang2 cepat sangat pikir yang negatif pastu mula la nak meroyan sorang2. Aritu aku de majuk ngan Joe sb die cakap aku paksa n control die. Pas die explain n story ape yang die nak sampaikan sebenarnyer baru aku faham. Jauh je menyempang dari ape yang aku fikirkan. Bila da berdamai baru la aku nak makan nasi ayam ngan die. Sebelom tu die ajak makan mmg xde selera la sb hati ngah panas. Bila hati da sejuk..hamek ko makan x ingat dunia plak..he

Dugaan betol kan. Ape yang penting ialah yakin,percaya dan cuba memahami pasangan kite. Tapi untuk tahap nak memahami tu yang kadangkala susah n mengambil masa sket. Iyer la kan. Kita dan pasangan di besarkan dan mempunyai pengalaman berbeza. Mana mungkin senang2 je nak faham cara dia dalam masa yang singkat.

Aku doa sangat hubungan ni berkekalan. Tinggal x sampai 6 bulan je lagi tok menjadi pasangan yang sah. Pasti banyak lagi dugaan yang bakal aku hadapi. Semoga kekuatan dan kesabaran itu milik aku. Amiinn..

No comments:

Post a Comment