Tuesday, 6 November 2012

Wanita dan Wang....


Benarkah lelaki akan berubah kerana wanita dan wang???

Adakah dua ini sahaja yang boleh merubah kehidupan lelaki. Apa yang diperlukan lelaki dari wang dan seorang wanita??

Uishhh...pelbagai persoalan ada kat benak pemikiran aku yang x berapa nak pandai berfikir nih. Hari ni aku nak push otak aku supaya berfikir n memahami sifat lelaki yang meletakkan wanita dan wang sebagai subjek utama dalam kehidupan mereka.


Wang,
Semua manusia aku kira sangat memerlukan wang tapi tidak semua yang meletakkan wang sebagai subjek utama dalam kepentingan kehidupan. Kehidupan ini sangat banyak pilihan semuanya bergantung kepada kehendak diri sendiri. Ada sesetengah manusia suka hidup dalam kemewahan dan ada juga yang ingin hidup dengan cara besederhana sahaja. Yang penting adalah kebahagiaan. 

Bagi mereka terutama lelaki, mereka merasakan dengan memiliki wang mereka juga dapat memiliki dunia. Ini kerana lelaki memiliki ego yang sangat tinggi dalam berkehendak rasa diri disanjung tinggi. Mereka cepat melatah dan rasa terhina andai tidak memiliki wang. Mungkin benar jika sesiapa sahaja yang  yang memiliki kuasa wang akan disanjung tapi perlukah untuk meletakkan wang sebagai subjek utama dalam kehidupan sehingga kadang2 aku lihat golongan ini sanggup menolak kepentingan lain untuk mendapatkan wang.

Terjadilah insiden yang macam2 sekarang nih, paling banyak samun dan rompakan. Jarang aku dengar kes2 ini semua dilakukan oleh golongan wanita. Mungkin mereka lakukan jenayah ini atas alasan tersendiri kerana banyak juga kes jenayah yang terjadi adalah kerana desakan hidup. Contohnya seperti ingin menyelamatkan nyawa keluarga atau untuk perbelanjaan anak2 yang menyebabkan mereka sanggup menolak pemikiran normal untuk melakukan jenayah bagi mendapat kan wang dengan mudah. Jika kes ini yang berlaku aku juga berasa simpati kepada si pelaku jenayah tapi adakah adil bagi mangsa pelakuan mereka itu. Banyak perkara kita perlu lakukan dengan pemikiran yang rasional. Tidak semua perkara kita perlu selesaikan dengan cara mudah.

Ada juga aku dengar keluhan hati insan bergelar lelaki yang merasakan diri tidak dihargai oleh keluarga gara-gara tidak memiliki wang. Perkara ini juga banyak mendorong mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan wang dan penghargaan dari keluarga dan insan tersayang. Ibu bapa perlu sedar tentang keadilan dalam menghargai anak2 bagi mengelakkan perasaan seperti itu pada anak2. Jika usaha mendapatkan wang itu dilakukan dengan cara yang betul besyukur lah tapi andai ia dilakukan dengan cara sebaliknya. Rugilah bagi mereka.

Segelintir kes pula bagi lelaki yang dah bekerluarga bila sudah berjaya dan memiliki wang lebih sedikit mula lah memikirkan cara untuk mendapatkan hiburan untuk diri sendiri tanpa memikirkan hati insan bergelar isteri.  Mereka mula menyukai hobi dengan kereta mewah ataupun bermain golf atau berhibur dikelab ataupun mencari kebahagiaan tambahan dengan mengadakan skandal. Masalah yang melibatkan skandal atau melakukan poligami adalah kes tertinggi perubahan lelaki bila mempunyai wang tebal dipoket. Lelaki mudah lupa dengan peranan isteri yang dahulunya sanggup mengharungi kesusahan bersama dan berkorban demi kebahagiaan suami dan rumahtangga. Bila berjaya si isteri dengan mudah diketepikan hak dan peranan.

Iya, tidak semua lelaki seperti ini tapi kebanyakan adalah mereka yang berubah kepada keburukan berbanding kebaikan. Aku respect pada lelaki yang semakin banyak wang semakin dia bersyukur dan tidak pernah lupa tanggungjawabnya kepada Allah dan juga keluarganya. Bertuah siapa yang dapat memiliki lelaki seperti itu. Perubahan positif bila memiliki kesenangan dan kemewahan. 



Wanita,
Peranan wanita sangat besar kepada lelaki. Tak kira lah jika peranannya sekarang hanyalah sebagai kawan, girlfriend, kakak, adik ataupun peranan besar sebagai isteri dan juga ibu. Dari sekecil2 peranan hinggalah sebesar2 peranan wanita sangat memainkan faktor penting dalam kehidupan lelaki.

Banyak jer kita lihatkan, tak kiralah lihat dari kehidupan realiti ataupun didalam drama tv mahupun filem. Ramai lelaki mampu berupah bila bertemu dengan gadis pujaan. Sanggup berkorban apa sahaja demi memiliki hati si gadis. Sehingga ada ketika sanggup menjadi gila bila dikecewakan oleh si gadis pujaan dan ada juga yang sanggup membunuh sigadis kerana rasa cemburu. 

Terbaru aku baca diakhbar, seorang lelaki sanggup menetak hingga mati si kekasih hati akibat dari rasa cemburu. Tidakkah silelaki berasa sangat kejam dengan perlakuan seperti itu kepada insan yang dikasihi. Sebelum dapat bagai nak rak berusaha dan melakukan aksi2 romantik. Dan ketika sigadis sudah memilihnya menjadi teman hati dibunuhnya hanya kerana sikap cemburu yang tidak dapat dikawal. Perubahan yang sangat besarkan. Dari sifat lembut romantik berubah secara drastik menjadi pembunuh.

Ada juga perubahan positif yang berlaku kepada lelaki bila memiliki si kekasih hati. Dari seorang jenayah sanggup berubah menjadi org beriman. Menakjubkan peranan wanita kepada lelaki. Ini baru sahaja menjadi kekasih hati. Peranan yang kecil aku kira kepada si lelaki.

Perubahan paling besar kepada lelaki adalah bila menjadi seorang suami. Perubahan positif lelaki setelah memiliki gadis idaman secara mutlak ini sangat ketara terutama bila memiliki zuriat. Sikap tanggungjawabnya makin teserlah. Jika dulu suka melepak keluar malam atau aktif bersukan bersama teman2 kini berubah menjadi suami dan ayah yang lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga. Bekerja lebih keras untuk mendapatkan nafkah untuk keluarga dan lebih memandang perspektif kehidupan dari sudut yang berbeza.

Masih ada juga yang berubah kepada sifat negatif. Jika zaman bercinta dahulu menjadi lelaki idaman semua gadis mereka berubah pula bila menjadi seorang suami dan ayah. Dahulu mampu berbincang untuk menyelesaikan masalah kini keganasan menjadi jalan penyelesaian. Jika dahulu sangat romantik dengan selalu membuat kejutan, kini dia juga membuat kejutan dengan memberikan surat permohonan poligami kepada sang isteri yang setia. Isteri yang mendapat kejutan dengan sikap si suami hanya mampu bersabar dan berserah. 

Oh yer, ada satu tips yang aku terbaca bila suami mula curang adalah dengan cara wanita perlu lebih memberikan tumpuan kepada diri sendiri semula. Kadangkala bila sudah berumahtangga, wanita kerap kali mengabaikan penampilan diri dan juga keterampilan diri. Tanam kan dalam diri dengan sentiasa berdoa agar jodoh kita tetap dengan si suami dan juga berusaha untuk berubah menjadi lebih baik kepada si suami. Lelaki curang ni sifat dia makin kita larang makin dia lakukan, jalan penyelesaian berdoa dan abaikan sikap die yang curang itu. Bertahan lah selagi mampu. InsyaAllah, akan ada jalan penyelesaian dan hikmah org bersabar.

Tips ni sangat bagus aku rasa untuk diamalkan oleh golongan wanita zaman sekarang nih. Bila kita terlalu meletakkan pergantungan diri pada si suami mereka mula mencari peluang untuk melakukan perkara2 yang tidak sepatutnya. Mungkin sudah menjadi sifat semulajadi si lelaki kan. 

Bagi aku, benarlah wang dan wanita sangat memainkan peranan yang besar dalam kehidupan lelaki. Walau sekecil manapun perubahan yang berlaku biarlah ia menjadi perubahan yang positif dalam diri. Gunakanlah akal yang dikurniakan oleh Allah dalam melakukan setiap pertimbangan dalam kehidupan, usahlah terlalu mengikut nafsu dan kata hati...........























No comments:

Post a Comment