Wednesday, 14 November 2012

Salam Maal Hijrah 1434H..


Begitu pantas masa berjalan. Sedar x sedar da nak masuk tahun baru 1434H. Banyak perkara sepanjang tahun 1433H yang bakal menjadi pengajaran dan pengalaman yang mengajar erti kehidupan pada aku. Segalanya perlu dijadikan sempadan untuk jadi manusia yang lebih baik dari segi rohani dan jasmani.
Semoga segala amalan sepanjang tahun ni diberkati. Mulakan kehidupan dengan langkah dan azam yang lebih kuat dan rasional untuk dilaksanakan...

Salam tahun baru 1434H....

** Doa akhir tahun ini dibaca tiga kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu maghrib.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, Segala puji itu bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh Alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad saw serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tiada lupakannya (Tuhan tiada bersifat lupa) dan Engkau berlembut tiada mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian memohon keampunan Mu, Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan (amal bakti) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak menghampakan harapan kami. 
Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah...


**Doa Awal tahun ini dibaca tiga kali selepas waktu maghrib.


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Rahmat dan Sejahtera atas Penghulu kami Nabi Muhammad saw dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Besar dan kemurahan Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah (nafsu yang mendorong kepada kejahatan). Kami mohon juga kepada Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepadaMu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.




No comments:

Post a Comment