Dalam menjalani kehidupan yang sangat dipenuhi dengan tuntutan rohani dan jasmani ini. Kita memerlukan tenaga dan masa (usia) untuk menjadikan segala yang kita inginkan menjadi kenyataan atau menjadi seperti dalam perancangan kita. Namun tidak semua yang kita rancang dan inginkan berlaku mengikut kemahuan. Segala ketentuan adalah milik Allah Yang Maha Esa. Walaupun ketentuan atau takdir hidup itu ditentukan oleh Allah, kita perlulah berusaha dengan sebaiknya dalam mengatur kehidupan kita yang seketika ini di dunia.
Usah meratapi nasib dilahirkan sebagai insan yang tidak berharta. Tidak salah andai kita dilahirkan miskin harta tapi adalah kesalahan besar untuk kita jika kita mati dengan miskin harta. Allah telah memberikan kita peluang yang sama pada setiap hambaNya iaitu masa 24 jam yang sama dalam kehidupan. Samada kita leka atau berusaha itu saja perbezaannya.
Perlindungan pendapatan sangat perlu. Usah bangga dengan pendapatan yang beribu ringgit kerana ia akan lenyap sekelip mata jika tidak pandai melindunginya. Apakah yang dimaksudkan dengan perlindungan pendapatan ini adalah dengan menyertai atau membeli polisi takaful.
Yea....sagat ramai yang tidak berminat dan akan tutup pintu dan tutup hati jika ada konsultan dari mana-mana agensi takaful mendekati. Itu adalah budaya normal manuasia yang tidak mahu menerima perubahan. Mengapa perlu takut dengan konsutan takaful sedangkan usaha mereka adalah untuk memberikan kesedaran kepada kita akan kebaikan melindungi diri dari pelbagai ancaman kewangan pada masa hadapan. Sekarang kita sihat tidak siapa yang dapat menjamin kesihatan itu kekal milik kita sepanjang hayat kan...
Peranan takaful sangat besar dalam kehidupan kita. Banyak jenis perlindungan yang ditawarkan bergantung kepada keperluan kita. Pada aku perkara pertama yang perlu dimiliki ialah kad perubatan (medical card) dan kemudian perlindungan-perlindungan tambahan yang lain.
Ini kerana kos rawatan hospital pakar sangat tinggi sekarang ni. Hanya berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat sahaja sudah beratus kosnya apetah lagi untuk mendapatkan rawatan. Mesti ramai yang akan cakap jika mahal kenapa nak pilih pakar kan banyak jer hospital kerajaan yang menawarkan rawatan yang sama seperti di pakar.
Iyer, memang kerajaan ada menyediakan hospital yang sangat cantik untuk rakyat yang dikasihinya ini. Aku x pernah sangkal dengan kewujudan hospital kerajaan ini tapi untuk mendapatkan rawatan dengan segera ketika sakit dan dirawat di tempat yang selesa aku tak rasa hospital kerajaan adalah pilihan yang tepat.
Melalui pengalaman aku sendiri yang menghantar teman mendapatkan rawatan dari hospital kerajaan ini sangat memberi kesedaran besar kepada aku betapa pentingnya mendapatkan medical card. Banyak perbazaan yang diaalami:
**Di GH (General Hospital) aku perlu menunggu 1/2jam untuk mendapat kan nombor giliran dan 2 jam untuk berjumpa dengan doktor muda ( pelatih aku rasa)
**Selepas mendapatkan nasihat doktor teman aku perlu ditahan di wad untuk mendapatkan rawatan lanjut. Dan aku perlu menunggu lagi 2 jam lebih menunggu giliran untuk dibawa ke wad. Sedangkan aku lihat ramai je nurse yang dok bebual-bual sesama mereka. Bila aku tegur tanya boleh hantar ke wad dia hanya jawab tunggu petugas hospital. Ok, aku sabar lagi sebab kawan aku. Kawan aku yang macam da nak pengsan nih perlu menhan kesakitan sebelum dapat rehat kat wad.
**Aku lihat sekeliling betapa ramai nya manusia yang memerlukan rawatan segera perlu menahan kesakitan berjam-jam hanya untuk berjumpa doktor sebelum menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan susulan dan ubat. Sangat sedih.
Ini adalah sangat berbeza jika mendapatkan rawatan di hospital pakar (specialist). Aku sendiri pernah bekerja dihospital pakar selama setahun lebih. Bukanlah sebagai nurse atau doktor tapi sebagai IT exec. Pengalaman disana sangat berbeza dengan pengalaman di GH. Perkara pertama yang membezakan kedua-dua hospital ini adalah kos rawatan. GH menawarkan kos yang murah tetapi perlu bekorban menahan kesakitan dan kesabaran yang tinggi dengan layanan yang diberikan. Specialist pula kos mahal setanding dengan layanan yang diberikan. Bila sakit kita perlu mendapatkan rawatan dan layanan yang baik barulah cepat sihat...he
Kos yang tinggi di specialist boleh saja diatasi dengan kesedaran memiliki medical card. Hanya dengan sekeping kad anda boleh menikmati rawatan dan layanan yang lebih selesa dan baik. Tidak perlu juga pening memikirkan kos rawatan kerana segalanya ditanggung oleh syarikat takaful.
Perlindungan inilah yang perlu setiap orang miliki. Boleh saja membeli kad perubatan dari mana-mana agensi takaful. Aku memilih MAA takaful dengan SmartMedic. Dengan bayaran yang murah aku dapat perlindungan yang berbaloi untuk masa depan aku yang aku sendiri tidak pasti tahap kesihatan aku kelak. Semoga aku diberi kesihatan yang terbaik bagi melakukan kerja dan beribadat kepada Allah...Amiiin.
** Contoh SmartMedic dari MAA
**Jadual Caruman untuk setahun
** Panel Hospital bagi SmartMedic
No comments:
Post a Comment