Lirik MaalHijrah...
Satu Muharran detik permulaan
Perkiraan tahun Islam hijrah
Perpindahan Nabi dan Umat Islam
Dari kota Makkah ke Kota Madinah
Atas keyakinan dan iman yang teguh
Kaum Muhajirin dan Ansar bersatu
Rela berkorban harta dan nyawa
Demi menegakkan Islam tercinta
Hijrah itu pengorbanan
Hijrah itu perjuangan
Hijrah itu persaudaraan
Hijrah membentuk perpaduan
Oleh itu mari semua
Kita sambut Maal Hirah
Tingkatkan semangat tegakkan syiar Islam
Untuk sepanjang zaman
Sedikit Kisah perjuangan dan perjalanan Rasulullah dari Kota Makkah ke Kota Madinah yang wajib diketahui di sebalik sambutan Maalhijrah.
Rasulullah saw berusia 40 tahun apabila malaikat Jibril as melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah swt sebagai rasul untuk seluruh umat manusia.
Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah swt supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur.
Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish yang menyeksa mereka dengan teruk.
Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah saw mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu 12 tahun selepas berdakwah di Makkah. Rasulullah saw diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam.
RAsulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi TAlib ra. Baginda memberitahunya " Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya dirumah."
Ali ra tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah saw walaupun menyedari bahaya bakal dihadapiny. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah saw.
Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah saw. Mereka bagitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menyinsing, mereka terperanjat melihat Ali ra dan bukannya RAsulullah saw bangun dari katil itu.
MAka terpinga-pingalah mereka memikirkan bila Rasulullah saw keluar dari rumah itu. RAsulullah saw dan Abu Bakar as keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Baka, Aishah dan Asma serta orang gaji mereka, Abdullah.
RAsulullah saw dan Abu Bakar bersembunyi di dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Mereka berada didalam gua itu selama 3 hari. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah saw tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah saw dan Abu Bakar tidak akan berada didalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati.
Allah swt membantu dua insan ini dan melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua tersebut dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh mereka beredar, Rasulullah saw dan Abu Bakar meneruskan perjalanan dengan menaiki unta yang dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.
KEtiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun dibawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah swt. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah saw. Mereka menawarkan hadiah kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah saw.
Ramai yang mencuba nasib tetapi mereka gagal. Akhirnya, dengan perlindungan Allah swt, Rasulullah saw dan sahabatnya tiba di perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah saw dan sahabatnya merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah saw dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.
Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah saw. Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berllaku ketika di Makkah. Maka, pada hari Isnin 8 RabiulAwal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah saw akhirnya tiba di quba, sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 RabiulAwal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda.
Bermula dari itu, Rasulullah saw mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah swt.
Kesan daripada penghijrahan Rasulullah saw dari Makkah ke Madinah adalah satu catatan penting sehingga umat Islam menjadikan tahun peristiwa bersejarah ini sebagai tahun permulaan kalendar Islam.
No comments:
Post a Comment