Tuesday 23 October 2012

Jangan cakap besar...

Hari ni nak tulis isu cakap besar atau terlepas cakap dalam kehidupan kita. Smua org ade pengalaman ni. Untuk kehidupan aku nih ada dua perkara yang sangat jelas kini hasil dari cakap besar atau kata2 yg sangat x sedar diri atau terlepas cakap sb xsuka nak berpikir bila nak cakap. Hasilnya adalah kehidupan aku yang aku lalui skarang.

Dua perkara ni aku rasa yg terbesar  n terjelas skali dalam penglihatan n penghayatan hidup aku. Kisahnya bermula dari zaman aku belajar lagi. Pengalaman pertama ialah pasangan hidup. Aku igt lagi dari kecik sampai la zaman x berapa nak muda nih aku mmg pantang atau x gemar nak berkasih ngan lelaki yang lebih muda dari aku. Rasa sangat pelik. Bila yg kita xsuka tu la yg slalu dtg kat aku. Smua yg lebey muda aku anggap adik n tolak dr menjadi gf drg. Xleh nak ubah da walaupon drg mencuba dengan pelbagai cara sebab aku da semat dalam diri xmo pasangan lebey muda. Ngan smua org pon aku cakap aku xmo n xkan berkasih ngan org lebey muda. Sb ape aku berlagak camtu skali. Ini smua gara2 aku dapat ape yg aku nak iaitu bf yg lebey berusia dari aku ngan jarak 2 thn n paling xpon sebaya.

Siapa la aku nak menidakkan kuasa Allah yang Esa. Bila bercinta ngan org yg lebey tua atau sebaya ngan aku smuanya x kekal. Ada je masalah yang timbul. Akhirnya pilihan aku adalah pasangan lebih muda. Malu sangat nak bgtau kat smua org yang aku bercinta ngan org lg muda nih. Paling terasa bila insan2 lebih muda yg usha aku dulu tu dok ungkit n perli2 kat aku. Nak wat camner kan aku da cuba elak tp Allah da tetapkan yg terbaik tok aku ialah insan yg lebey muda ni ar. Kdg2 aku terfikir gak ni smua balasan dari aku kecewakan perasaan insan2 yg lebey muda dari aku sebelum nih. Hakikatnya, xbetol pon smua tuh. Aku anggap smua ni petunjuk n rahmat dari Allah tok aku supaya aku x membenci sesuatu dengan bersungguh-sungguh sangat.

Walaupon Allah kurniakan pasangan lebey muda tapi aku x pernah rasa die muda dari aku sb kematangan pemikirannya. Die pon sangat memahami aku n penyabar sb aku jenis hangin n mood swing sket tapi die tetap cool n tau nak handle perangai giler aku nih. Da sayang kan smua nampak cantik  n indah jer. Harap sangat aku dpt lalui kehidupan yg baek bersama dia n xnak melalui trauma2 org yang berpasangan muda seperti yang aku dengar n baca. Andai aku melauinya pasti itu adalah ujian Allah untuk aku...hanya kekuatan yg aku pinta. 

Pengalaman kedua atau mende kedua yg aku benci tapi skang aku mendapat ialah kerja bersama tentera. Dulu zaman aku amek diploma aku ade join wataniah. Pasukan sukarelawan tentera. Bila aku da bercampur n g kursus wataniah nih, hati aku terus terdetik xmo da keje atau terlibat secara langsung atau x langsung ngan tentera. Aku xsuka n aku benci....

Tapi mmg da tertulis n pengajaran dari Allah untuk membuktikan sikap x baek aku tuh. Skang ni Allah beri aku rezeki pekerjaan bersama tentera. Aku bekerja ngan private company tp opis aku dalam kem tentera. Mula2 kerja aku rasa lemas sangat namun disebabkan kerja ni berkaitan ngan system n ia system pertama di Malaysia untuk flight training. Aku gagahi juga perasaan n diri aku untuk bekerja disini. Cuma aku bersyukur sb kerja aku x memerlukan aku 24 jam bergaul ngan tentera cuma terlibat secara x langsung dalam latihan penerbangan mereka jer. Nasib baek..he

Bila da ade pengalaman sendiri nih, aku kini lebih berhati2 dalam berbicara n meletakkan kebencian. Bimbang gak andai  kebencian kepada sesuatu itu menjadi milik aku suatu hari nanti. Besyukur adalah kata kunci yang aku pegang. Bila aku bersyukur dengan apa yang aku miliki jiwa aku lebih tenang. Rezeki, ajal n maut segalanya Allah yang tentukan. Lalui lah kehidupan dengan ketenangan tanpa memikirkan perkara yang negatif dalam kehidupan. Yang penting smile....

Firman Allah " Boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jua yang Maha Mengetahui (semua itu), sedang kamu tidak mengetahui"....





No comments:

Post a Comment