Wednesday 2 January 2013

Kursus Kahwin Di Kuantan...


Oudated nyer catatan sb kesibukan diri...

Sebelom menempuh ke tahun baru nih aku ngan Jo sempat menghadirkan diri ke kursus kawin anjuran pejabat agama daerah kuantan. Kursus ni selama 2 hari iaitu sabtu dan ahad (29/12 n 30/12). Kire ktrg ni batch terakhir la tok tahun 2012...hee

Kursus ni dikenakan bayaran sebanyak RM80 seorang. Aku x perlu bayar sb Jo da setelkan...calon laki yang baik nih...hee. Bayaran ni complete ngan makan sepanjang kursus tuh. 
Bermula pukul 8pagi - 5ptg
Tempat kursus adalah dewan seminar dalam masjid besar kuantan. Jangan sesekali g kat pejabat agama yer mmg xde event di situ pada sabtu dan ahad. Aku la mula2 g kat situ sb x terpikir pon ade dewan seminar dalam masjid tuh...hee


Masuk di pintu utama dan straight je kemudian akan bertemu ngan tangga ke arah dewan ditingkat 2.
Parking kat depan pintu utama bg mengelakkan saman parking...hee


Masa register akan diberikan satu file yang mengandungi buku nota + kertas cadangan kursus + promosi pakej perkahwinan + 2 helai info tentang rumahtangga dan sebatang pen.

Ramai jugak peserta yang join kursus nih. Lebey kurang 100 peserta. Dasyat2...Semangat nak kawen masing2...he

Sepanjang kursus ni peserta akan di ceramahkan dengan 10 modul utama antaranya:

1. Pengurusan Stress
2. Munakahat
3.Akhlak
4. Pembubaran Perkahwinan
5. Kesihatan
6. Komunikasi
7. Akidah
8. Ibadah
9. Pengurusan Keluarga
10. Taklimat Borang Nikah

Penceramah seperti biasa ada yang best dan ade yang memberikan tekanan perasaan pada aku dan mata aku...hee
Diakhir kursus akan diberikan exam pemahaman kepada kursus. Setiap peserta diberi masa 1 jam untuk menjawab 50 soalan objektif. Boleh berbincang bersama teman sebelah. Bagi peserta yang mendapat markah kurang dari 60% akan dipanggil untuk kanseling...dasyat2. Aku konfiden lulus je masa jawab aritu..he
Sijil diberikan terus sebelom berakhirnya kursus. Lega giler satu hal perkahwianan setel...he

Keseluruhan kursus ni memuaskan hati dan sanubari aku walaupun ada masa ngantuk giler dengar ceramah...hee







2 comments:

  1. as salam..cmner yea nak daftar untuk khusu khawin kat kuantan??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk daftar just g ke pejabat agama kuantan ambil borang kursus beserta bayaran RM80 seorang...Selamat berkursus..

      Delete