Thursday 10 January 2013

Teknik Magik Untuk Kaya dan Berjaya



 
Untuk membuatkan anda menjadi insan yang lebih:
 
1) Berani.
 
2) Kaya.
 
3) Berjaya.
 
4) Bersyukur.
 
5) Bahagia.
 
anda boleh gunakan magik ini berkali-kali, apabila
mengimpikan sesuatu.
 
Magiknya adalah...
 
"Teknik Tampal Impian"

Berikut adalah langkah demi langkah untuk anda
lakukan magik ini.
 
Sila ikut dengan penuh teliti. Jika tidak, magik ini tidak
akan jadi.
 
1) Kerat / print mana-mana impian yang kita mahukan.
 
Sebagai contoh, anda mahu kondominium yang
eksklusif dan mempunyai reka bentuk idaman yang
diidamkan.
 
Atau kereta BMW yang selesa untuk dibawa berjalan
bersama keluarga.
 
Atau membina masjid yang tersergam indah, di mana
para jemaahnya seronok untuk menyembah Tuhan
yang satu.
 
2) Tampal gambar itu di tempat yang anda boleh
lihat sebelum tidur, dan juga selepas bangun dari
tidur.
 
3) Senyum, yakin dan percaya bahawa anda sudah
dapat impian itu.
 
4) Lihat gambar itu secara konsisten dalam tempoh 30 hari
pertama. 
 
5) Rasai sendiri betapa dekatnya impian itu dengan anda.
 
Teknik adalah saya gelarkan MAGIK. Kerana ia berkait 
rapat dengan Law of Attraction.
 
Kita tarik impian yang kita mahukan.

Di mana 90% manusia yang hidup dalam dunia ini tidak
mempunyai impian. Itu yang menyebabkan hidup mereka
huru-hara, terseksa dan derita.
 
Ubahsuai hidup anda hari ini menggunakan teknik
magik yang di kongsikan.




Inspirasi dari Dr.Azizan Osman

No comments:

Post a Comment