Wednesday 30 January 2013

Peace yang aku x tau....


Lately aku baru tau yang lambing peace yang slalu aku buat tu dengan menunjukkan dua jari tuh kalo di terbalikkan merupakan symbol vagina (kemaluan pompuan)...huu

Ok...sebenarnye simbol peace ni yang asalnya adalah berbentuk seperti ini


Simbol ini dicipta oleh Gerald Holtom pada tahun 1958. Simbol ini merupakan kombinasi signal huruf 'N' dan 'D' yang membawa maksud pelucutan senjatan nuklear. N melambangkan seolah-olah seseorang sedang memegang dua bendera dan huruf D melambangkan memegang satu bendera. Simbol peace yang slalu kita buat bila bergambar seperti ini 



melambangkan kemenangan semasa perang dunia kedua dan sehingga sekarang simbol tangan ini diguna untuk melambangkan keamanan. 

Seb baek aku tgk klip ceramah ustaz azhar idrus. Betullah org kata belajar ni adalah proses yang perlu dilakukan sepanjang kehidupan.  Usah merasa cukop dengan ilmu yang kita ada yang hakikatnya hanya lah sedikit Cuma. Banyak mende yang aku x tau lebih lagi tentang hukum hakam agama yang wajib aku tau untuk panduan aku dan anak cucu aku nanti.

Aku puji dengan UAI nih sb ceramah die ringkas dan mudah nak faham tentang agama. Xperlu nak meleret  dan serius untuk mendidik berkaitan agama ni sepatutnya yang penting maksud yang nak diberi sampai kepada pendengar. Sebelom ni aku x jarang nak dengar ceramah UAI ni sb x bape nak paham bahasa ganu die tapi bila da lama kat kuantan nih n calon suami pon org pantai timur tiba2 lak leh jadik paham...hee

Meh kite dengar ceramah agama supaya bertambah ilmu pengetahuan. Penting untuk ingat pada diri sendiri...

No comments:

Post a Comment