Wednesday 30 January 2013

Tekanan Darah Rendah...huu


Sepanjang minggu lepas diuji dengan demam...da lama sangat rasa diri nih x sakit. Alhamdulillah lepas g klinik al-farabi, makan ubat n beransur sembuh. Doktor cakap tekanan darah aku rendah. So mulai skang aku perlu la menjaga kesihatan n pemakanan dengan betul sebetul betulnya.

Org cakap tekanan darah rendah ni lg bahaya dari darah tinggi...xtau la betol ke x sb lupa lak nak tanya ngan doktor aritu. Yang penting da kalo namanya penyakit mmg berbahaya x kira la sakit ape pon.

Apa sebenarnya penyakit tekanan darah rendah nih???

Tekanan darah rendah adalah merujuk kepada tekanan yang dikenakan oleh darah pada pembuluh arteri darah ketika darah di pam oleh jantung keseluruh badan kita. Tekanan darah ni diukur seperti 120/80 mmHg. 120 menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat deyutan jantung (tekanan sistolik) dan 80 menunjukkan tekanan semasa jantung berehat di antaran denyutan (tekanan diastolik).

Darah rendah ni akan dapat tau dari bacaan tekanan darah bawah dari paras normal iaitu 120/80 mmHg. Akunyer bacaan tekanan 100/70 mmHg so kira darah rendah la nih. Simptom atau kesan dari darah rendah ni ialah pesakit akan berasa sakit kepala (bukan pening) terutama di bahagian tengah kepala. Selalu  berpeluh sejuk dan rasa nak pitam bila bangun dengan cepat atau tergesa-gesa.

Cara nak atasi tekanan darah rendah ni adalah dengan :

1. Minum banyak air masak (8-10 gelas sehari)
2. Minum kopi - dpt mempercepatkan degupan jantung
3. Garam - ambil makanan dengan kadar garam yang mencukupi
4. Bayam - sayuran yang paling baik untuk mengubat darah rendah. Jauhi timun
5. Coklat - baik untuk tingkatkan tekanan darah
6. Daging kambing - dapat meningkatkan hemoglobin dlm darah.
7. Kacang hijau - baik juga untuk darah rendah
8. Senaman - baik untuk kesihatan dan degupan jantung

Patut la aku slalu sakit kepala...ingatkan kena migrain rupenye darah rendah, Pasni kena la bagi tekanan darah aku ni normal balik. BAdan sihat minda pon cerdas. Ni kalo sakit lemah je rasa badan...Semoga Allah kurniakan kesihatan untuk diri aku, keluarga aku, Jo n keluarganya dan semua org yang aku kasihi. Semoga jauh dari penyakit dan hidup penuh dengan kasih sayang.








No comments:

Post a Comment