Friday 18 January 2013

Makanan untuk kulit sihat...


hari nak cite pasal kulit sihat lagi...sblom ni cara nak serikan wajah kali ni berseri dan sihat. muadah dan senang nak dapatkan smua makanan nih. Ade perubahan sejak aku amalkan banyakkan makan kacang badam dan minum teh hijau. Yang lain2 akan aku praktiskan xlama lagi.

Makanan yang sangat baik untuk mendapatkan kulit sihat ialah:

buah strawberi

- buah kegemaran aku nih...hee
buah ni mmg sangat kaya dengan vit-C lebih dari buah oren dan juga anggur. Kajian juga menunjukkan bahawasanya siapa2 yang makan buah ni nescaya akan kurang la kedut di wajah dan gejala kulit kering . Ia juga dpt melawan radikal yang merosakkan kulit. Penggunaan mudah ialah dengan memakai strawberi mask seminggu sekali atau makan setiap hari.

resepi strawberi smoothie n masker :

beberapa biji strawberi 
1 cawan plain yogurt
11/2 sudu madu
> blend smua bahan2 nih. untuk masker keluarkan sket dan sejukkan sekejap dlm frindge then bleh la guna untuk sapu di wajah. Hasilnya ia akan menjadikan kulit lebih lembut dari biasa....sila mencuba
untuk smoothie lak campurkan ngan air segelas dan blend hingga sebati dan  kemudian bleh la diminum tanpa ragu2...he

minyak zaitun

- Minyak ni memberi seribu kebaikan kepada kesihatan. Ia dapat melembut dan mencerahkan kulit. Boleh diguanakan untuk memasak, untuk salad dan bleh juga dijadikan losyen. Bagi yang ade masalh bibir kering bleh gak guna minyak nih untuk sapu di bibir. Murah dan mudah je kan...hee


Labu

- X sangka labu juga sebenarnya banyak kebaikan untuk kulit. Senang didapati dan sedap dimakan...hee
Labu dapat megelakkan kulit dari cepat tua atau anti-penuaan sb ia kaya dengan vit - C,E dan A. Labu dapat membersihkan kulit agar sentiasa kelihatan putih berseri. Jom start makan labu...masak lomak pon sodap nih...he

Masker labu :
beberapa potong labu
plain yogurt
madu

>blend je smua nih then pakai dimuka selama beberapa minit kemudia bilas dengan air suam. sama je cam masker strawberi tadi..

Buah delima

- Buah delima adalah buah yang paling kaya dengan antioksida berbanding teh hijau.
Berkhasiat untuk makan begitu saja atau boleh juga dijadikan scrub badan untuk menanggalkan sel kulit mati.

Scrub buah delima :
sebiji isi buah delima direndam selama 10 minit 
blender isi buah delima dicampur dengan oat
selepas di blender campurkan madu dan buttermilk
>bolehla diguna sebagai scrub muka dan badan juga...sangat mudah.


No comments:

Post a Comment