Monday 5 November 2012

amalan ibu dan pelajar ketika menghadapi peperiksaan....

Hari nih semua pelajar2 bakal menghadapi SPM. Selamat maju jaya aku doakan untuk pelajar2 ni smua semoga mereka lulus cemerlang n dapat menjadi insan gemilang dengan ilmu yang ditimba di sekolah.

untuk menghadapi peperiksaan ni kita perlu bekalkan diri dengan ilmu dan doa agar lebih tenang dan yakin ketika nak menghadapi exam nt.

Bagi student, selain kena rajin baca buku n wat latihan soalan2 tahun lepas tuh. Digalakkan juga mengamalkan:


Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu, 
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"

Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan

(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)

Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan

(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu Allahumma zakkirnii maa nasiit3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)

Doa memohon kejayaan cemerlang -
dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.


(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da' wan nasra alaal a'daa')
Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan,  tempat para syuhada' dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh




Amalan untuk ibu bapa pula:

1. Ambil Wudhuk.

2. Mengadap kiblat.

3. Baca Syahadah - 3x

4. Al- Fatihah - 1x

5. 3 Qul- 1x

6. Surah Insyirah - 1x

7. Selawat Atas Nabi - 10x

8. Baca Surah Yassin - 1x

9. Baca Surah Insyirah 100x.

10. Niat di dalam hati supaya Allah SWT permudahkan anak-anak kita menjawab soalan dengan mudah dan tenang.

Semoga segala amalan ini dapat membantu dalam mengecapi kejayaan didalam peperiksaan...Amiiinn



No comments:

Post a Comment