Monday 5 November 2012

Kitakah yang menghukum..........

Hari nih aku tetiba nak coret berkaitan kehidupan.

Dari hitam kepada putih atau putih kepada hitam...yang manakah adalah yang lebih baik. Putih diibarat kan sebagai kesucian n hitam pula mengambarkan kejahatan. Hitam atau putihnya hati bergantung kepada iman seseorang dan redha Allah juga.

Aku sendiri kagum dengan adik aku yg begitu jelas memahami kehidupan ni dari aku yg hidup lebih lama dari dia. Betol la org cakap usia tidak melambangkan kematangan fikiran. Terima kasih juga aku pada adik aku n kakak aku yang banyak menyedarkan untuk terus berusaha mengekalkan sifat putih dalam diri aku.

Jika kita dilahirkan dan dibesarkan dengan sifat putih jaga dan peliharalah ia agar kesucian itu sentiasa bersama kita. Usahlah membunuhnyer dengan perasaan riak dan takbur tanpa kita perasan. Sifat riak itu adalah pembunuh segala kebaikan dengan senyap tanpa kita sedari.

Jika kita dilahirkan dan dibesarkan dengan sifat hitam usahlah kita merasakan hitam itu tidak akan menjadi putih. Akal yang Allah kurniakan itulah yang perlu diguna pakai sebaik mungkin untuk merubahnya. Sentiasalah berusaha mencari hidayah Allah agar pengakhiran hidup kita diakhiri dengan sifat putih.

Ramai manusia meletakkan hukum pada individu lain kerana mereka tidak melakukan apa yang mereka suka n lakukan. Contohnya seperti satu opis yang beragama islam semuanya mengamalkan solat dhuha dan ada sorang individu tidak menunaikannyer. dengan pantas segera mereka meletakkan hukum yang individu tersebut seperti tidak mensyukuri nikmat tuhan.

Perlukah meletakkan hukum kepada individu lain jika mereka tidak buat apa yang kita buat. Padahal mungkin individu itu lebih rajin melaksanakan qiamulail dimalam hari padamasa kita sedang nyenyak tidur atau solat2 sunat lain ketika kita sedang sibuk bershopping atau ibadat2 lain yang kita tidak nampak. Judgemental ini adalah perkara normal tapi bende ini lah yang perlu dijaga agar keikhlasan kita dalam menunaikan ibadat diterima oleh Allah. Sikap ini juga boleh mengakibatkan kurangnya tahap bahagia dalam diri sendiri.

Aku juga x pernah lari dari sikap judgemental nih tapi pengalaman mengajar aku erti memahami.

Pengalaman pertama yang menyedarkan aku ialah ketika aku syok mengadu ngan Jo perihal dak2 opis aku ramai yang x solat. Ya, aku rasakan ketika itu betapa teruknya mereka sebab tidak solat dan aku solat. Aku rasakan diri aku sangat baik. Poyo kan. Seb baek Jo jelaskan n sedarkan sifat aku yang da mula nak riak n bangga diri tuh. Die just cakap, awk selalu ke ada kat surau opis tuh yang nak cakap drg x solat. Boleh jadi mereka solat ketika org lain busy. Jika mereka x solat sekalipun awk tau ker bila Allah akan beri hidayah pada mereka untuk bersolat dan ketika itu Allah uji awak dengan tidak bersolat. Yang penting sekarang tegur mereka jika betul mereka x solat atau jika x berani, buat secara halus iaitu dengan mendoakan mereka.
Ketika itu aku sedar sifat aku yang mazmumah itu.

Pengalaman kedua, bila aku tgk muvie lakonan diana amir. X ingat lak tajuk muvie tuh. dalam muvie tuh dia sangat la seksi n aku rasakan sangat teruk untuk org islam melakukannya. Aku terus judge diana amir ini akan mendapat seksa neraka yang amat hebat. Dasyatkan judgemental aku. Tapi lihatlah sekarang bagaimana Allah tunjukkan pada aku bahawasanya diana amir itu lebih baek dari aku sekarang. dari kehidupan yang hitam terus kepada putih dan ia kekal istiqamah dengan perubahannya. Perkara ini banyak menyedarkan aku.

Sekarang ni aku sedang berusaha untuk tidak menjadi penghukum kepada insan lain. Aku serahkan segalanya kepada Allah. Itu adalah lebih baik. Aku berharap sangat kehidupan aku menjadi lebih baik dan sifat putih itu bertambah dalam diri aku n ahli keluarga serta insan2 yang aku sayang di sekeliling aku.Aku sangat mendambakan syurga dikehidupan kekal aku kelak....Amin Ya Allah.








No comments:

Post a Comment