Friday 23 November 2012

Queen controlkah akue....


Aku seolah-olah mendapat tamparan yang amat hebat lepas malam khamis aritu Joe wat pengakuan yang aku jenis memaksa and cuba nak control die.

Terkedu...terkesima....terdiam...terngaga...

Aku ingat aku da wat habis baik tok hubungan kami tapi x sangka lak die rasa aku makin lama makin memaksa dan control. X tau mana silapnya sampai aku jadi camtu tanpa aku sedari. Mungkin aku sangat sayang ngan dia jadi banyak je yang aku wat buat die rimas.

Sedih memang xleh nak cakap la. Kalo x betul mesti die x luahkan kat aku kan. Aku suka ngan kejujuran die even hati memang pedih nak terima kenyataan itu.

Pada mulanya hati aku sangat memberontak bila die cakap camtuh. Mestilah kan. Aku rasa selama ni aku banyak je korbankan n abaikan kepentingan aku tok bersama die tapi itu yang aku syok sendiri rasa bukan ape yang die rasa.

Untuk menenagkan hati dan perasaan, teguran tu aku anggap seperti teguran dari Allah untuk aku yang slalu ingat diri tu sempurna n terbaik. Mungkin aku je rasa aku wat terbaik tapi tidak pada mata org lain. Sangat pentingkan dirikan bila jadi camnih.

Sekarang ni aku hanya biarkan je ape yang dia nak wat. Aku xnak amek tau. Bukan sebab x sayang tapi sebab xnak die rasa terkongkong ngan aku. Betul lah. Lelaki memerlukan kebebasan. Biarlah apa yang die nak wat asalkan baik untuk diri dia dan orang sekeliling.

Aku paling takot di label sebagai queen control lebih2 lagi dalam hubungan. Aku xnak mendominasi. Aku xnak menjadi isteri derhaka kelak. Aku perlu berubah. Skang ni aku masih lagi dalam fasa perubahan. Banyak mende yang aku perlu ubah dan perbaiki dalam diri ini.

Semoga usaha aku untuk merubah diri ini akan membuahkan hasil. Aku xnak lagi marah2 x tentu pasal. Aku xnak lagi benci orang sesuka hati. Aku xnak cepat menilai orang. Aku xnak lagi jadi kelam kabut dalam hidup. Aku xnak lagi terlalu berlembut dengan orang sekeliling yang cuba membuli aku dalam diam. Aku xnak buat sesuatu dengan terpaksa. banyak lagi aku perlu berubah...huuu

Sedih mengenang terlalu banyak kekurangan pada diri aku nih. Mungkin aku terlalu leka dengan pujian org sekeliling aku yang ntah betul atau tidak tuh. Betul lah manusia ni akan jatuh bila selalu dipuji. Baiklah dikeji jika itu akan lebih membawa kebaikan pada diri dan lebih dekat dengan Allah swt.




No comments:

Post a Comment