Thursday 22 November 2012

Dr.Muhammad Mursi Isa El-Ayyat...



Tiba2 aku tertarik hati untuk mengetahui lebih dekat mengenai Presiden Mesir ini yang berjaya membawa kejayaan kepada Gaza. Mungkin aku agak terlewat untuk mengkagumi beliau tapi itu bukan masalah utama dari xtau ape2 langsung...huu

Dr.Muhammad Mursi atau Mohammed Morsi dilahirkan pada 20 Ogos 1951 di Wilayanh As-Syarqiyah, di perkampungan Al-Udwah. Beliau dari golongan keluarga sederhana, bapanya petani dan ibunya surirumah. Berkahwin pada 1978, dan dikurniakan 5 orang anak dan 3 cucu. Kesemua anak2nya adalah hafiz dan hafizah al-Quran, malah beliau dan isteri juga adalah hafiz dan hafizah al-Quran.

Dr.Mursi mendapatkan pendidikan dari Universiti Cairo dalam bidang Kejuruteraan pada tahun 1970 dan selepas itu, beliau memperoleh Sarjana dalam bidang Kejuruteraan Metalurgi di Universiti yang sama pada tahun 1978. Tahun yang sama beliau melanjutkan pelajaran untuk Sarjana Kedoktoran di Universiti Southern California dan memperolehnya pada tahun 1982. 

Beliau dilantik menjadi pensyarah di Universiti Southern California, kemudian menjadi pembantu Prof di Universiti California-North Ridge. Setelah kembali ke Amerika Syarikat, beliau ditawarkan sebagai Profesor dan Ketua di Jabatan Fakulti Kejuruteraan Material pada tahun 1985-2000 di Universiti Zaqaziq.

Dr.Mursi bukan sahaja terlibat dalam bidang akademik malah beliau juga aktif dalam dakwah memperjuangkan keadilan dan kebebasan dan juga menentang segala kekejaman. Beliau aktif sebagai ahli Maktab Irsyad (dewan Syura) Ikhwanul Muslimin, dan terpilih sebagai ahli parlimen sepanjang tempoh 2000-2005. Pada pilihanraya parlimen tahun 2005, beliau meraih suara terbanyak mengalahkan Nasional Democratic Party (NDP) iaitu parti dinaugi Mubarak. Keputusan tidak berpihak kepada beliau hingga diadakan pemilihan semula dan berakhir dengan kemenangan parti NDP.

Palestin dan Al-Quds menjadi perhatiannya sebagai permasalahan umat manusia. Beliau terpilih menjadi ahli Majlis Penentangan terhadap Zionisme si wilayah Syarqiyah. Beliau juga terlibat sebagai pengasas Jawatankuasa mesir Menentang Projek Zionisme.

Dr Mursi adalah antara pendakwah yang bergiat cergas dalam Jemaah Ikhwanul Muslim. Perjuangan, pengorbanan jiwa dan harta telah diwaqafkan dalam jalan dakwah. Melawan kezaliman rejim dan sistem kezaliman, penjara dan pengusiran adalah istilah yang biasa bagi para pejuang. 

Sikap beliau yang kerap menentang tindakan perilaku rejim yang zalim menyebabkan beliau berkali-kali di tangkap. Selepas terjadinya pemalsuan parlimen pada pemilihan tahun 2005, Dr.Mursi menjadi tulang belakang dalam melakukan demokrasi dan menyokong kehakiman yang bebas. Akibatnya, pada tarikh 18 Mei 2006 beliau ditangkap bersama 500 anggota Ikhwanul Muslim di depan Mahkamah Cairo. Beliau dipenjara selama 7 bulan.

Dr.Mursi pernah di tangkap bersama-sama sebahagian besar pemimpin Ikhwanul Muslimin yang lain pada pagi Jumaat yang terkenal sebagai Jumaat Amarah (Jumaat Al-Gadhab), 28 Januari 2011 supaya tidak terlibat dengan Demosrasi. Tidak hanya beliau yang dizalimi, keluarganya turut menjadi sasaran penangkapan, anaknya Dr.Ahmad ditangkap disaat Dr.Mursi mencalonkan dirinya pada pemilihan tahun 2000.

Setelah prestasi beliau dalam politik selama 5 tahun, Majlis Syura Ikhwanul Muslimin memilihnya sebagai anggota Maktab Irsyad, dan pasca Revolusi Mesir. Mereka memilihnya  juga sebagai Presiden Parti Kebebasan dan Keadilan (FJP) iaitu sebuah parti yang ditubuhkan oleh Ikhwanul Muslimin.

Perlu diungkapkan kembali bahawa Ikhwanul Muslimin selama lebih kurang 80 tahun berjuang demi sebuah keadilan dan kebebasan. Selama itu pula mereka ditindas dan dizalimi. Telah banyak jiwa dan darah yang mengalir sepanjang jalan dan langkahan dakwah mereka bermula pengasasnya Assyahid Imam Hassan Al-Banna yang syahid terbunuh secara misteri. Malah saat kematian dilayan dengan keji oleh pemerintah disusuli Sayyid Qutub, Muhammad Al-Farigili, Abdul Qadir Audah hingga As-Syahid Nashir Uwais, dia antara pemuda Ikhwan yang syahid pada Revolusi 25 Januari 2011.

Perjuangan Dr.Mursi sangat besar dalam menegakkan agama Islam. Aku jga tertarik dengan komen beliau berkaitan Gaza...

"Kaherah tidak akan meninggalkan Gaza sendirian, Mesir hari ini bukan Mesir semalam dan Arab hari ini bukan Arab semalam"

Semoga Allah swt sentiasa merahmati sekalian pejuang Islam...













No comments:

Post a Comment