Thursday 29 November 2012

Kehidupan...


Kehidupan ni penuh dengan kejutan. Kadangkala apa yang kita rancang x semestinya perancangan itu milik kita.

Hidup aku juga penuh dengan kejutan dan ada juga perkara yang aku rancang x menjadi seperti yang aku kehendaki. Siapa lah aku kan nak melawan takdir Allah.

Tahun ni banyak perkara yang aku rancang menjadi lain. Kewangan pon sama jugak. Sekarang ni aku perlu sedar dengan betapa pentingnya pengurusan kewangan. Aku xleh lagi nak teruskan dengan sifat boros yang melampau. Tabur duit sesuka hati sampai akhirnya xtau duit aku kemana dan simpanan habis macam tu aje.

Mengikut perancangan aku, awal tahun aku akan bertunang dan bernikah pada akhir tahun. Simpanan pon aku da prepared. Tapi bila x jadi ape yang aku nak. Aku guna duit untuk perkara lain. Aku pon masa tu da x pikir da akan bertunang atau kawin dalam tahun nih. Sebab nampak cam banyak jer masalah. Tapi disaat aku x bersedia dan menduga Allah bagi rezeki untuk aku bertunang. Budget masa tu pon cukop2 makan. Memang guna smua simpanan la.

Ingat selepas bertunang nak start menabung sb majlis pon lagi 6 bulan tapi sampai skang aku masih pening ngan budget sb family aku perlukan sokongan kewangan. Aku sendiri perlukan duit yang banyak tok covered segala jenis hutang dan belanja. Nak xnak sikit atau banyak perlu juga korbankan untuk membantu. Nampaknya perlu la berjimat cermat dalam berbelanja..huu

Bila fikir semula, aku rasa ini adalah ujian Allah untuk aku. Allah da hampir makbulkan doa aku untuk berkahwin dan kini aku diuji dengan masalah kewangan. Ujian ni aku anggap untuk aku lebih dekat lagi dengan Allah swt supaya aku tidak terbuai dengan nikmat yang diberikan. Aku juga bersyukur aku diberikan kesihatan dan kasih sayang dari orang sekeliling aku dapat lah aku melakukan rutin harian aku. Masalah tetap ada dalam setiap kehidupan manusia.

Perlu yakin dan sentiasa berdoa agar ujian aku ini dipermudahkan dan aku,keluarga aku serta Joe n keluarga die sentiasa dirahmati oleh Allah swt.

No comments:

Post a Comment